Alor Star akan menjadi gelanggang pertama Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta musim ini yang akan berlangsung sebanyak 10 pusingan sebelum ditamatkan di Pulau Pinang pada Disember.
Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg, perlumbaan Cub Prix yang membuka tirainya pada 20 Mac ini, mempunyai peminat setia yang ramai di utara tanah air dan jemputan kerajaan negeri untuk mengadakan perlumbaan di sana itu amat dinantikan pihaknya.
"dengan perlumbaan pembuka tirai yang akan berlangsung di tengah bandar raya, kami yakin ia memberi pengalaman baru bukan saja kepada penganjur, malah peminat sendiri." katanya.
Selepas kedah, ia akan ke selatan dengan Kluang, Johor menjadi tuan rumah untuk pusingan ke 2 pada 18 April diikuti Kuala Terengganu bagi pusingan 3 pada 8 Mei.
Perlumbaan di Kota Baharu, Kelantan pula akan berlangsung selepas itu (19 Jun) manakala Litar Sepang akan menjadi lokasi perlumbaan pusingan 5 pada 11 Julai sebelum.
Pusingan 6 dan 7 masing-masing bakal berlangsung di Kuching dan Kota Kinabalu pada 1 Ogos dan 15 Ogos sebelum saingan akan berehat seketika pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri sebelum kembali ke Kangar pada 10 Oktober.
Bagaimanapun, saingan pusingan 9 masih belum ditentukan ketika perlumbaan terakhir akan dilangsungkan di Pulau Pinang pada 5 Disember.
INFO
Kalendar Perlumbaan 2009
1 - Alor Star, Kedah (20/21 Mac) 2 - Kluang, Johor (18/19 April) 3 - Kuala Terengganu, Terengganu (8/9 Mei) 4 - Kota Baharu, Kelantan (19/20 Jun) 5 - Litar Sepang (11/12 Julai) 6 - Kuching, Sarawak (1/2 Ogos) 7 - Kota Kinabalu, Sabah (15/16 Ogos) 8 - Kangar, Perlis (10/11 Oktober) 9 - Akan diumumkan kemudian (14/15 November) 10 - Pulau Pinang (5/6 Disember)
asekom... aloyaiii best ni.. tak de ke dak2 rmr nak wat event ride kesana ke.. aku la ni ada kat kulim.. erm.. klo ada event.. nak gak aku ikot pi sana tengok cuprix...
__________________
sukungolek yang suke golek - golek <---club aku yang dulu jentera aku----->
julung2 x diadakan kat aloq staq ni....sejak peristiwa grand stand runtuh cuprix dah diharamkan di kedah tahun mat x igat...time tu mat p tgok cuprix pun kayuh basikal lg...masa tu bdk2 lg huhuhuhu...
sy pn lega..lpas nie jgn serik plak bang berurusan dgn kami..hehehe sy dapat transfer penang bang..lpas nie ssh la nk jupe abg..kalo trun pnang,halu2 la..
to mat pang>la,ape prob nye..amik la lori 1 tan..aku sewa 550 je br2 nie ala,labor la sket..nnt bole claim dow..bantakkkk....
__________________
TOYOTA 1JZ 2500 GTE twin turbo (drag) vs TOYOTA 7K 1800 GL (drift)