RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: buatla kebajikan


Guru

Status: Offline
Posts: 2736
Date:
buatla kebajikan


Jadikanlah amalan BERSEDEQAH suatu budaya kita, walaupun hanya dengan sebelah Tamar..



Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit , cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada kenalan anda yang lain. Semoga usaha kecil kita ini mendapat nilaian TAQWA dari Allah swt.



Tabung Dapur untuk RKH & RSK: Walaupun sumbangan kecil, namum ia sangat bermakna, ibarat kata pepatah " SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT" yang PENTING anda rasa terkroban dan sumbangan itu IKHLAS.



Assalammu'alaikum wrt. wbt.



TABUNG DAPUR RUMAH KASIH HARMONI (RKH) & RUMAH SIRAMAN KASIH (RSK)

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH & RSK ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membiayai KEPERLUAN DAPUR UNTUK RKH & RSK seperti beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang seumpamanya.



SUKAREALAWAN BAGI PENGUMPULAN BARANGAN UNTUK RUMAH AMALDI BAWAH YKPPM

Lembah Kelang : Ustaz Zahari - 013 3303430

Semenyih & Mantin : Ustazah Zaiton - 019-2645313

Kajang dan kawasan berdekatan : En. Ku. Hafiz - 012 4374379

Putrajaya, Puchong dan sekitarnya : En. Usamah: 012 6453582

Petaling Jaya dan sekitarnya : En. Zuki - 012 7697457 / 03 78038426

Gombak & Selayang : Pn. Fauziah - 0361385135 / 0162648651



UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain. com/rumahamal.htm



Untuk kemudahan anda menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:



MAYBANK

5121- 8313- 4032

(RUMAH KASIH HARMONI)



Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan jutaan terimakasih semoga ianya dinilai sebagai amal ibadah dan jariah di sisi Tuhan.

Setiap sumbangan melebihi RM500.00 akan diberikan resit pengecualian cukai pendapatan
(atas permintaan) : Ruj: LHDN. 01/35/42/51/179-6.5132



MENYUMBANG SECARA SMS:

ON JEMAAH BN0002 ke 32202


__________________________________________________________________________________



MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)

Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang diketengahkan oleh Rumah Kasih Rarmoni (RKH)dan Rumah Siraman Kasih (RSK) pihak kami bercadang untuk memindahkan konsep ini ke kawasan bandar, dan kawasan yang dipilih ialah kawasan Lembah Kelang. Maklumat untuk usaha ini telah dan sedang pihak kami kumpulkan agar usaha amal ini dapat berjalan dengan lancar.



Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:



1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.

2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.

3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.

4. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham untuk pemilik rumah berkenaan.

5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.

6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang



Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang dalam berbagai cara:

1. MEMBIAYAI:

A. Sewaan bulanan bangunan

B. Bil-bil utiliti

C. keperluan dapor

D. Belanja persekolahan pelajar



2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):

A. Katil dan tilam untuk asrama

B. Keperluan dapur asrama

C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik

D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen

E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah



3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:

Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5 hingga 12 tahun.



4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:

A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama

B. Pengendali laman web

C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana

D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD



5. DOA MENDOAKAN

Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.



Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi, dimana anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.



Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :

Puan Rohana : 019-3133430

Ustaz Zahari : 013-3303430

Lamanweb: www.rumahamal. org/wakaf.htm





Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.



Yang berusaha,

MARIANA BT. MARTIN

Emal: mariana@rumahamal. org

Sukarealawan RKH & RSK

HP: 0132545389 / 0193678916



(A) RUMAH KASIH HARMONI - 001775722-M

(a) SELANGOR:

No. 12, Jalan 8/5, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

(b) PAHANG:

No. 20, Lorong Cemerlang 2, Taman Cemerlang, 26820 Kuala Rompin, Pahang.

LAMANWEB: www.rumahamal. org/rkh_pahang.htm

FOTOPAGES: http://ummuain.fotopages. com/?entry=1826268&back=http://ummuain.fotopages.com/



PENGURUS:

Cawangan Selangor: Puan Mazlina - HP: 019-2649430

Cawangan Pahang: Puan Sakinah Yusof - HP: 014-8739138





(B) RUMAH SIRAMAN KASIH



(a) ASRAMA PUTRA:

No.18-1, , Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor D.E.



(b) ASRAMA PUTERI:

No. 2, Jalan 12/2, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.



PENGURUS: Mak Kamariah - HP : 016-3313546 / 013-3492273





P/S: Ingin dapatkan kuliah siri MiNDA: "BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR"

Silalayari: http://www.rumahamal. org/Syukur_Sabar.htm


__________________

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard