Keperihatinan anda diperlukan......
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!
Hulurkan bantuan anda kepada :-
Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul)
Maybank Acc : 162 106 168 490
Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...
Assalamualaikum/Salam sejahtera ,
Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt
Samsulrizal(4 tahun), merayu kepada
sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik
Nurul.
Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan
tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari
sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang
lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor
adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).
Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda
serba
sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.
Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua'lam....
Retro Owner Club Kuantan
et0Ne wrote:br0,ape kata ki wat kutipan pd ari fiesta retr0 nnt...mudah2an dpt gak la seberapa yg ade untuk membantu meringankan beban adik nurul n keluarga...aku just beri cadangan jer br0...tepulang la pd rakan2 yg len...
br0,ape kata ki wat kutipan pd ari fiesta retr0 nnt...mudah2an dpt gak la seberapa yg ade untuk membantu meringankan beban adik nurul n keluarga...aku just beri cadangan jer br0...tepulang la pd rakan2 yg len...