Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup,
cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab
yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama
Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam
bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan
membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap
makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan
Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam
oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas
itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
hahaha..logik gak la... tap klu nak diikutkan...sunnah Nabi ni mkn ngn tangan...jgn lupe jilat jari2 anda selepas mkn sbb kt jari2 anda tu ade sejenis enzim yg leh memudahkan sistem penghadaman anda menjadi mudah dan cepat..hahaha...
__________________
Kalau nak minta review events, motor atau mintak tolong pape on behalf Majalah By'U, Majalah Kapcai & Majalah Otomania...sesila la rerajin berkomunikasi tanpa had dengan saya di:
orang melayu dulu-dulu memang bijaksana dalam menggunakan akal dan fikiran....cara menjawab soalan dengan cara yang beradab dan sopan sambil memperbodohkan orang yang fikir beliau bodoh....

komen yg smart untk cerita mamatkapar...hahaha
cuma masalah nya... banyak orang yg bodoh tak tahu dirinya bodoh.. dah la bodoh sombong pulak tu....
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
orang melayu dulu-dulu memang bijaksana dalam menggunakan akal dan fikiran....cara menjawab soalan dengan cara yang beradab dan sopan sambil memperbodohkan orang yang fikir beliau bodoh....
komen yg smart untk cerita mamatkapar...hahaha
cuma masalah nya... banyak orang yg bodoh tak tahu dirinya bodoh.. dah la bodoh sombong pulak tu....
itu la yg dinamakan....BODOH SOMBONG!! hahaha...apehal la nak sombong..adeh la..dunia ni kecik je..
__________________
Kalau nak minta review events, motor atau mintak tolong pape on behalf Majalah By'U, Majalah Kapcai & Majalah Otomania...sesila la rerajin berkomunikasi tanpa had dengan saya di: