Mengikut asalnya,hukum perkahwinan adalah sunat bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk berkahwin serta sanggup membayar maskahwin kepada isteri dan mampu menyara nafkahnya.Walaubagaimanapun,hukum tersebut akan berubah mengikut keadaan seseorang iaitu:
1) Wajib-Hukum berkahwin itu menjadi wajib terhadap mana-mana lelaki yang mempunyai kemampuan nafkah zahir dan batin serta mereka bimbang diri mereka akan terjerumus ke lembah zina dan keji sekiranya tidak berkahwin.
2)Sunat-Hukum perkahwinan menjadi sunat bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta mempunyai nafsu juga berkeinginan untuk berkahwin dan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri dan kesempurnaan agama,namun begitu mereka masih dapat mengawal diri mereka daripada perbuatan zina dan terkutuk sekiranya tidak berkahwin.
3)Harus-Hukum berkahwin adalah harus bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa sebab yang mendorong mereka berkahwin dan tidak ada sebab yang menghalang mereka daripada berkahwin.Hukum berkahwin juga adalah harus bagi mereka yang mempunyai kemampuan tetapi belum ada keinginan untuk berkahwin.
4)Haram-Hukum berkahwin adalah haram bagi mereka yang tak mempunyai kemampuan dari segi nafkah zahir dan batin atau mereka berkahwin dengan tujuan untuk menzalimi perempuan yang menjadi isterinya.
Itulah hukum-hukum perkahwinan yang telah ditetapkan di dalam agama kita mengikut keadaan individu tersebut.Semoga memberi manfaat buat kita bersama.