Persoalan rantai bising ramai yang menganggap merimaskan terutama pada kelajuan tinggi. Saya sering menerima emel agak bertubi-tubi hu..hu..hu.. terutama secara personal menggunakan ruangan Hubungi Kami. Terima kasih kerana memberi kepercayaan DuniaMoto untuk menjawab sebarang pertanyaan.
Punca-punca rantai berbunyi kuat antaranya:
a) Bukan kerana rantai tersebut besar atau berat tapi disebabkan keadaan rantai tersebut berdebu, kotor danberkarat. Debu yang mengandungi pasir akan melekat dan masuk dicelah-celah rantai dan menyebabkan ia menjadi tegang dan mengeluarkan bunyi bising. Lagi satu spoket juga akan cepat haus dan poket pun haus juga. Jadi kenalah rajin cuci rantai motosikal kita dengan menggunakan apa-apa berus tapi saya lebih suka gunakan berus gigi terpakai. Gunakan minyak tanah jangan minyak petrol atau sabun sebab O-ring akan cepat rosak. Lepas tu minyakkan semula rantai dan selesai masalah bising.
b) Masalah ke dua punca rantai bising disebabkan rantai terlalu tegang atau kendur. Kadang-kadang kita tak perasan semasa menegangkan rantai kedudukan tayar tidak sejajar. Pomen sendiri pun tak ambil kisah perkara-perkara remeh macam ni. Sebab kita sebagai pengguna perlu ambil tahu. Pastikan garis penanda sebelah kiri dan kanan lengan ayun sama. Lepas tu cuba meniarap (kalau boleh) di belakang motor dan perhatikan apakah tayar belakang sejajar dengan tayar depan dalam keadaan lurus.
Ok itu dua punca yang biasa dialami oleh kita sebagai pengguna motosikal. Gunakan minyak SAE80 atau 90 untuk menyapu pada rantai motor pada setiap 500km perjalanan. Boleh guna berus gigi terpakai untuk tujuan itu. Atau ada duit lebih beli dalam bentuk spray dalam tin mudah nak dibawa berjalan jauh. Pantang! jangan gris atau WD-40 kerana gris akan menyebabkan debu mudah terlekat dan WD-40 cepat merosakkan O-ring rantai.
Sekian tips ringkas berkaitan penjagaan rantai motor u all
Wira DuniaMoto
__________________
''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
marwie 3xv 017-3766415 BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!