Jep, nama samaran yang diberikan pada members rock yang selalu longgok dibawah blok Flat Jalan Pahang. Selalu rockers ini akan berkumpul ramai ramai dan ditemankan guitar tong. Biasa lah.. kalau dah bercampur,salah satu ada perangai macam setan.
Jep mula terpengaruh dengan drug. Nak diikutkan, Jep ni budak baik.. tapi semenjak dia dah berjinak-jinak dengan drug ni, dia semakin liar. Selalu mata dia kuyu semacam aja, kalau dia tongkat dengan lidi mancis, mungkin patah lidi tu. Di pendek kan cerita, satu petang bila Jep dah "kena" dia pun kata kat geng-geng dia "Wa mau naik atas kat rumah wa, nanti wa turun lagi".
Jep pun naik lif dan terus tekan butang tingkat 15. Masa tengah jalan kat koridor menuju rumah dia, Jep terdengar ada suara memanggil dia. Jep toleh ke belakang tapi satu ekor bayang pun tak ada. Dengan mata serta muka dia yang dah "high" dia jenguk pula ke bawah!
Perasan dia, dia nampak ada satu minah cun gila lambai-lambai dari bawah blok. ntah macam mana, Jep tiba-tiba panjat tembok kat koridor tu sambil balas lambaian minah yang dia nampak dibawah tadi. Tak diduga, Jep terjatuh dari tingkat 15. "Gedebuk!" (rasa-rasa macam tu lah sound effect kalau orang jatuh dari flat).
Members dia yang masih dibawah blok terperanjat berok bila diorang kenal orang yang jatuh. "Oiiiiiiii.. Jep lah jatuh!!" "Eh!.... dia masih hidup lah!" Salah satu members Jep dengan pantas talipon Polis.Tak sampai 10 minit Polis dengan Ambulance pun datang kat tempat kejadian tu. Mat kampau dengan ambulance attendance pun heran macam mana Jep boleh hidup.
Setelah Jep di angkat kedalam ambulance, Jep sempat mintak air dengan ambulance attendance. Masa memberi air, attendance tu pun tanya kat Jep.. "Macam mana kau boleh survive jatuh dari tingkat 15?" Dengar muka Sardine dan yang masih stim tu lagi, Jep jawap...................................
vvvvvvvvvvvvv
vvvvvvvvvvv
vvvvvvvvv
vvvvvvv
vvvvv
vvv
v
.
.
.
.
"ROCK WILL NEVER DIE!!!!!!!"
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!