Mungkin ramai di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan. Jadi, disini adalah beberapa tips-tips penting yang boleh diamalkan untuk menggelakkan kecurian kenderaan anda.
TEMPAT-TEMPAT KECURIAN KENDERAAN SERING BERLAKU
1. Tempat letak kereta di hotel-hotel;
2. Tempat letak kereta awam;
3. Di hadapan rumah, tepi jalan raya; dan
4. Kompleks membeli belah.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KECURIAN KENDERAAN
1. Kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri;
2. Meletakkan kenderaan di tempat terpecil atau gelap di waktu malam;
3. Meninggalkan kunci di dalam kenderaan;
4. Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan; dan
5. Tiada kunci tambahan
TIPS MENCEGAH KECURIAN KERETA
1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta. 2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu. 3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci. 4. Jangan serahkan kunci kepada Jockey kereta sekiranya anda berasa was-was. Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda. (sandblasting) 5. Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang) 6. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah. 7. Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.
TIPS MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL
1. Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. 2. Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat. 3. Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap. 4. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu. 5. Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
Sumber: Laman web Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- INGATLAH MENCURI ITU SENTIASA DILAKNAT OLEH ALLAH YANG MAHA ESA - RENUNG-RENUNGKANLA........................................
__________________
''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
marwie 3xv 017-3766415 BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)
masalah sekarang ni penyamun semua dah pandai-pandai....10 kunci pun diorang bleh bukak...beg sirih pun dio sosah....
TUE LA PASAL..............MAK BAPAK AJAR GIE SEKOLAH DOK MENCURI,MENYAMUN...........ORANG MACAM NIE MENYUSAHKAN ADALAH........ MANGGO BAGI AYAT POWER CIKIT BAGI GOLONGAN NIE SEDAR
__________________
''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
marwie 3xv 017-3766415 BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)
TUE LA PASAL..............MAK BAPAK AJAR GIE SEKOLAH DOK MENCURI,MENYAMUN...........ORANG MACAM NIE MENYUSAHKAN ADALAH........ MANGGO BAGI AYAT POWER CIKIT BAGI GOLONGAN NIE SEDAR
diorang tak tau ko camno orang berjimat cermat tiap-tiap bulan sobab nak boli motor @ kereto..???den sampai sekarang ni pun walaupun parking kek umah dopan mato...tapi totap risau kuk kono curi..ni sumo penyamun punyo pasal...
manggo wrote: diorang tak tau ko camno orang berjimat cermat tiap-tiap bulan sobab nak boli motor @ kereto..???den sampai sekarang ni pun walaupun parking kek umah dopan mato...tapi totap risau kuk kono curi..ni sumo penyamun punyo pasal...
Ekau mcm ado pengalaman yo manggo..ponah kono ko??
TUE LA PASAL..............MAK BAPAK AJAR GIE SEKOLAH DOK MENCURI,MENYAMUN...........ORANG MACAM NIE MENYUSAHKAN ADALAH........ MANGGO BAGI AYAT POWER CIKIT BAGI GOLONGAN NIE SEDAR
diorang tak tau ko camno orang berjimat cermat tiap-tiap bulan sobab nak boli motor @ kereto..???den sampai sekarang ni pun walaupun parking kek umah dopan mato...tapi totap risau kuk kono curi..ni sumo penyamun punyo pasal...
samo la dgn den wlupn parking dlm umah tapi hati tetap tk tenang.... huhuhuhu
SAPE-SAPE YG ADE NIAT NK MENCURI TU..BAIK BATALKAN LAH..KORANG X PENAH RASE..NASIB MANGSE KECURIAN NI..KALAU KORANG DPR RASE..MESTI KORANG BLEH PIKIR..TAPI..KALAU PENCURI YG TEGAR NI..BG NASIHAT APE PON X JALAN JUGAK..DAH MEMANG TABIAT DIA MENCURI..KALAU MALAYSIA NI DAPAT LAKSANAKAN HUKUM HUDUD..POTONG TANGAN..BARU KORANG TAU..RASE..HILANG NYE NIKMAT DARI ALLAH..!!!