Al kisah.... Tersebutlah kisah di sebuah negeri di atas pokok.... Seorang lelaki berusia 50an baru sahaja kematian isterinya akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda iaitu berusia dalam lingkungan 25 tahun.. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain....
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis,mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan Ustaz jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau,dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu@bersetubuh kannn... abang kann... dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul,maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan'" Kata si suami '"Ye kerr!!!... tak apa,malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk kita bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg..."' sambil ketawa!!! Si isteri hanya tersenyum panjang. ..... Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...'. Si suami tersenyum panjang...... Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi, 'Banggg!!!!, jom kita bunuh syaitan bang...""" '"Tak pe... tunggu lah malam nanti ye yang!!!'". Esoknya si isteri berkata lagi, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg!!" Si suami hanya berdiam sambil mengangguk lemah...... Esoknya si isteri berkata lagi, 'Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...!! '. Si suami tiba-tiba marah dan berteriak .... 'Sayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!'
-- Edited by fahme burger on Monday 12th of April 2010 05:44:38 AM