projek ni den spent 2 bulan...pakai model ducati monster skel 1:2 ....kena barai abih macam den restore moto yp den gak le....boleh bukak satu-satu ...pakai polimer putty...polimer putty ni boleh guno tuk tampal radiator bocor....bracket patah boleh buek balik pakai polimer ni....macam tanah liat gak ...5 minit dah keras...
jamal tu den pakai pelakon kill bil..cumo tuka rambut ngan kacut je....he...he...he...
tunggu projek akan datang....buek azura plak....pastu rafi usin....pastu....a galak....pastu....rgv....pastu....
WoW...Mmg Retro r Bro...huhu...Tip Top..Tiada Tandingan..
__________________
Kalau Nak Maju Kenapa Mesti Tinggalkan Retro ??? Tanpa Retro Siapalah Kita... Majulah Retro Untuk Negara... "Azura..,Aku Tidak Termimpi Utk Mencintai Dirimu..,Tapi Suratan Takdir Telah Menemukan Kita..,Lalu Aku Jatuh Cinta Padamu.."
projek ni den spent 2 bulan...pakai model ducati monster skel 1:2 ....kena barai abih macam den restore moto yp den gak le....boleh bukak satu-satu ...pakai polimer putty...polimer putty ni boleh guno tuk tampal radiator bocor....bracket patah boleh buek balik pakai polimer ni....macam tanah liat gak ...5 minit dah keras...
jamal tu den pakai pelakon kill bil..cumo tuka rambut ngan kacut je....he...he...he...
tunggu projek akan datang....buek azura plak....pastu rafi usin....pastu....a galak....pastu....rgv....pastu....
pandai abang buat patung ngan motor....cun...
tapi esok kalo Tuhan soh tiup roh kat patung tu baru tau...
Soalan:
Mengikut hukum syara dan dalam Islam adalah ditegah untuk membina atau membuat patung-patung sama ada patung manusia atau binatang. Tapi apakah fatwa Yang Dimuliakan Pehin mengenai patung-patung binatang yang ada dibina di Jerudong Park Playground dan jua pada tiap-tiap malam termasuk malam Jumaat dibukakan kepada orang ramai? Harap Pehin dapat berikan penjelasan dengan tabah dan berani.
Jawapan:
, , ,
Definisi
Apabila disebut patung, maka akan segera diertikan sebagai suatu ukiran daripada batu, besi dan sebagainya yang mempunyai bentuk dan rupa paras dengan tubuh badan serta segala anggota bagi sesuatu objek tertentu yang hendak digambarkan dalam bentuk ukiran tersebut.
Ini bererti bahawa patung itu ialah gambar yang mempunyai jisim (tubuh badan dengan segala anggotanya) dan bayang. Dalam bahasa Arab dikenali sebagai timtsâl atau bila banya disebut tamâtsîl.
Dengan ini patung berbeza daripada gambar yang tiada berjisim dan tidak mempunyai bayang.
Bentuk-Bentuk Patung
Bagi mengetahui hukum masalah di atas kita perlu melihat kepada bentuk-bentuk patung dan juga gambar-gambar seperti berikut:
(i) Patung bagi benda (objek) yang bernyawa (ada baginya nyawa), sama ada manusia, binatang dan lainnya yang lengkap dengan segala anggota tubuh badan serta ada baginya jisim dan bayang.
(ii) Patung bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran.
(iii) Patung yang tidak lengkap dengan anggota yang diperlukan bagi ia hidup.
(iv) Gambar atau lukisan benda bernyawa diletakkan pada tempat-tempat terhormat dan tidak menghinakan.
(v) Gambar atau lukisan benda bernyawa yang dipotong-potong dan dijadikan suatu benda lain dan digunakan dalam bentuk menghinakannya seperti bantal.
(vi) Gambar atau lukisan bagi benda-benda yang bernyawa yang diperlukan bagi sesuatu tujuan yang tidak bercanggah dengan syara.
(vii) Gambar atau lukisan bagi benda-benda yang tidak bernyawa.
Berikut dinyatakan hukum-hukum yang berkenaan dengan setiap bentuk yang tersebut di atas berserta dengan dalil-dalil dan pendapat-pendapat ulama Islam yang muktabar terutama dalam Mazhab Imam Syafie Radhiallahu anhu.
Hukum
1. Hukum membina atau membuat patung bagi benda yang bernyawa seperti manusia atau binatang-binatang yang lengkap dengan segala anggota tubuh badannya, berjisim dan ada bayang adalah haram dengan ijma seluruh ulama daripada semua Mazhab Ahli Sunnah Wal Jemaah dan wajib dirobohkan, sama ada diletakkan di tempat terhormat atau tempat yang menghinakannya. Manakala membinanya atau membuatnya adalah merupakan suatu dosa besar iaitu dosa besar yang kedua ratus enam puluh lapan seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al-Zawâjir, kecuali jika disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan pembelajaran seperti kanak-kanak sebagai mainan kepada kanak-kanak perempuan bagi tujuan latihan dan pendidikan dan latihan untuk masa depannya sebagai ibu. Demikian juga dengan patung manusia atau binatang yang lengkap atau sebahagian sahaja daripada anggota tubuh badan tertentu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi seperti di Kolej atau di Fakulti Perubatan. Patung-patung atau sebahagian anggotanya untuk tujuan ini adalah harus dibuat, dimiliki dan digunakan, kerana diperlukan (hajat), sama ada daripada batu, besi, kayu dan plastic atau lain-lainnya. Manakala patung yang dibina atau dibuat untuk tujuan selain daripada pendidikan, pengajaran dan pembelajaran adalah diharamkan dan merupakan dosa besar iaitu patung bagi benda yang bernyawa, dalam apa sahaja bentuk dan rupanya, diletak pada tempat yang dihormati atau hina, di atas tanah atau lainya, sekalipun patung itu tidak ada baginya bandingan seperti kuda berkepak atau bersayap. Dalil bagi pengharaman dan sebagai dosa besar tersebut ialah berdasarkan beberapa hadits shahih daripada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam mengugut, mengancam dan memberi amaran dengan azab pada Hari Kiamat terhadap mereka yang mengukir patung-patung tersebut dan membuat atau membinanya, antaranya:
(i) Hadits Bukhari dari Muslim Ibnu Shabih Abu Dhuha berkata:
( )
Maksudnya: Kami sama-sama Masruq di rumah Yasar Ibnu Numair, tiba-tiba dia terlihat di ruang rumah itu ada beberapa patung. Lantas dia terus berkata: Aku telah mendengar daripada Abdullah bin Masud berkata: Aku mendengar Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Bahawasanya manusia yang paling berat azabnya di sisi Allah pada Hari Kiamat ialah para pembuat gambar (patung).
(ii) Hadits Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Nafi bahawasanya Abdullah bin Umar Radhiallahu anhuma Shallallahu anhuma menceritakan kepadanya, bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya: Bahwasanya mereka yang membuat gambar-gambar (patung) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat kelak, dikatakan kepada mereka (dipaksa): Hidupkanlah patung yang kamu buat itu.
2. Dalam satu riwayat lagi oleh Bukhari dengan sanadnya
2. Dalam satu riwayat lagi oleh Bukhari dengan sanadnya Said Ibn Abi Arubah yang banyak bermulazimah (berdampingan) dengan Qatadah, yang kebetulan pada suatu hari Qatadah ada bersama-sama dengan Al-Nadhru bin Anas bin Malik, Al-Nadhru menceritakan kepada Qatadah, sambil didengar oleh Said yang bersama-sama dengan mereka, Al-Nadhru berkata:
Suatu hari aku duduk di sisi Ibnu Abbas, di ketika itu ramai orang yang bertanya masalah dan meminta fatwa daripadanya, Ibnu Abbas menjawab persoalan-persoalan itu tanpa menyebut sebarang dalil daripada Al-Sunnah (hadits) sehinggalah ditanyakan oleh seorang lelaki dari Iraq yang bekerja sebagai tukang kayu, katanya kepada Ibnu Abbas: Aku membuat gambar ini, dalam riwayat lain katanya: Kehidupanku adalah melalui kerja tanganku iaitu membuat gambar (mengukir kayu-kayu menjadi patung), maka apakah yang tuan boleh memberi apa-apa perintah tuan kepada saya (berhubung dengan perkara ini) Di sini Ibnu Abbas menjawab katanya:
Maksudnya: Aku dengar Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang membuat sebarang gambar di dunia ini akan diseksa pada Hari Kiamat kelak dengan memaksa dia supaya meniupkan padanya roh, sedangkan dia tidak mampu sama sekali meniupkan roh (menghidupkan).
Dalam riwayat yang lain, apabila Ibnu Abbas melihat lelaki itu tidak senang dengan jawapannya, maka Ibnu Abbas berkata kepadanya:
Maksudnya: Celaka kau! Jika terpaksa juga engkau kerjakan, maka buatlah gambar pokok.
Dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu Abbas menjawab bagi pertanyaan lelaki tersebut:
Maksudnya: Aku dengar Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Setiap penggambar (pembuat patung) diazab / diseksa dalam neraka, dijadikan setiap gambar (patung) itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.
hehehehe.....tp apo2 pun...tahniah la bro....ko telah mengunakan satu seni yg dianugerahkanNYA dgn penuh kesenian...cuma cr penyembahan je berbeza.....satu anugerah oleh yg maha ESA yg jarang terdapat pd org2 kita....seni art yg jarang dapat dilihat oleh peminat2 moto....TAHNIAH......
harap asaplebih xkecil hati...kita sama2 berkongsi minat...jadi tegur menegur amalan mulia...dah jadi tanggungjawab yg tua menegur yg muda,yg baik diberi sokongan,yg tersilap diperbetulkan...thanks pada lee memberikan penjelasan..
.....thanks bro TENZ atas ingatan....tersedar dari kealpaan.....hanya nak berkongsi.....
namun memang menakjubkan... aku ada sket sket pandai melukis... nak buat atau lukis muka seseorang dan menyerupainya teramat 2 payah.
Hasil kerja tangan anda amat bernilai kalau bleh buat sebijik Daytona... nanti jual kat aku yea...
P/s... mcm mana nak dapatkan polimer putty??... berapa RM??
banyak projek aku nak buat ni.. hehehe
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
ape plak buat kat ko sorang..buat la model motor banyak-banyak..tahun depan boleh bukak booth kat pd...jual sama collector...untung ada..kepuasan pon ada...