Al kisah... maka adalah di riwayatkan oleh Sheikh al buaya al unta lalu kisah bermula di sebuah negeri di barat daya.... Kisahnya bermula tak segagah Negara Pura Cendana.. namun lebih kaya dari Negara Inderapuri... tanahnya lebih rendah dari daerah Martapura di kalimantan selatan... lalu segerombolan kumpulan tersebut yang bersenjatakan pistol air,plastik getah dan lastik,telah singgah sebentar ke sebuah desa,berhampiran jalan utama hendak Ke Lumut,melawat sebuah tempat yang sungguh mulia dan mendamaikan jiwa nurani bak kata Karam Singh Walia"setenang-tenang air di laut,jangan di sangka tak ada cipan turut berenang..." Tempat tersebut seringkali di singgah oleh para dermawan-dermawan,cendiakawan-cendiakawan,tuan-tuan guru,para alim ulama dan juga penjual ais krim serta org Pakistan menjual karpet... Lalu disini disertakan juga,sedikit coretan dan rentetan dari hari yang bersejarah itu buat tontonan anda semua..
oleh itu,tanpa membuang masa serta tanpa membuang sampah merata-rata,anda saksi kanlah sedikit coretan yang di taja oleh Syarikat Periuk belanga bertingkat-tingkat cap kepala unta Sdn.Bhd:
Konvoi amal Ostic(Olskool Teluk Intan Car Club) ke Rumah Anak yatim dan Warga Emas di Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum,Batu 10 Lekir,Setiawan Perak...
Tarikh:26/09/2010..
Masa:8.00 pagi-12.00 tengah hari
Para konvoi terdiri daripada anggota-anggota Kumpulan Ostic...(anggota Bomba dan anggota Tentera tidak turut serta...) Setelah mesyuarat di antara anggota kabinet Ostic,wakil2 rakyat Ostic dan JKKK ostic di adakan,lalu kata sepakat telah dapat dicapai.. lalu pada tarikh seperti diatas,satu konvoi amal telah di laksanakan dengan jayanya... Tujuan utama dan agenda penting ialah memupuk semangat silaturahim(mcm lagu Kumpulan BPR),muhasabah diri,mendekatkan diri pada masyarakat2 setempat,menyemai benih rasa kecintaan pada kereta lama dan menyemarakkan lagi semangat setiakawan serta semangat 46(silap daa..semangat kemuafakatan)
Meskipun,ramai ahli-ahli Ostic yang tak dapat turut serta pada konvoi amal pada kali ini,(maklum saja lah,ada yang kereta rosak,angkat enjin,angkat body,angkat kain jemuran lah,cat body lah,program kahwin sana sini,yang dah kahwin nak kahwin lagi lah)namun sumbangan demi sumbangan peribadi masih terus berjalan.... walau bagaimana pun,sekalung ucapan terima kasih di ucapkan buat seluruh peserta konvoi yang dapat hadir bagi memeriahkan lagi konvoi amal ini...
Sedikit paparan buat anda:
Berkumpul di RnR Batu 5 Teluk Intan seawal jam 8.00 pagi......
tidak ramai yang dapat turun!!..masing2 ada komitmen yang lain.....
semua jentera lama berada di dalam keadaan baik dan sempurna....
jentera pengankutan yang banyak berjasa dan menabur bakti........
"Hello sayang!!abang ada hal sikit ni!!!abang nak ke rumah anak yatim la...bukan nya ke rumah pak yatim yang ada anak dara yang lawa tu!!awak jangan fikir yang bukan2 pulak....tapi kalau awak izinkan,apa salahnya saya nikah sorang lagi!!..."
Sebelum bertolak,bacaan doa di utamakan.....semoga kesejahteraan mengiringi sepanjang perjalanan....
konvoi mula hendak bergerak....berhenti seketika bagi pemeriksaan terahkir bagi memastikan tiada ahli peserta yang tercicir atau tertinggal ataupun hilang tanpa di kesan radar......
Tiba di perkarangan Kompleks anak yatim pada pukul 9.15 pagi.. suasana pagi begitu hening dan damai... burung2 kecil berkicauan..unggas-unggas rimba bersahutan.... lalu kedengaran,bunyi suara seseorg sedang menyampaikan kuliah Ugama di dalam masjid....
lalu,barang-barang derma mula di turunkan dari van.... segala hajat dan amanah org ramai,sudah terlaksana.....
Barang-barang yang telah di sampaikan buat pihak pentadbiran Kompleks anak2 yatim.....
Ustaz yang menyambut kedatangan kami...senyum senantiasa terukir di wajah ustaz ini... Beliau seorg yang peramah dan juga friendly...... Beliau juga merupkan urusetia Kompleks ini.....
Sumbangan wang peribadi dari ahli2 Ostic di sampaikan oleh Encik Presiden Ostic... nama beliau,terlupa pulak....tapi ada ke dia cakap wajah dia ada iras2 Shahir AF?...tak patut..tak patut!! macam wajah Hero filem tamil tu,ada la jugak...
Dialog sesi bergambar:"Ya sheikh..anta di sana ya sheikh..biar ana di sini bergambar...ahlan wa sahlan..marhaban ya sheikh..
penghuni-penghuni kompleks ini......bakal2 ustaz bakal lahir dari kompleks ini..alhamdulillah!!!
Ahli-ahli Ostic bergambar kenangan bersama anak-anak yatim serta Pengasas Kompleks ini....
pengajian ugama di dalam surau di kompleks ini.....sungguh tenang dan nyaman sekali......
Muslimat juga belajar serta mendalami ilmu ugama di kompleks ini.......
Inilah rupa signboard Kompleks ini..pada sesiapa yang berminat utk berwakaf,bolehlah berurusan pada pihak pentadbiran kompleks ini..
kawasan persekitaran kompleks......
Asrama-asrama penghuni muslimat.......
Asrama-asrama golongan warga emas....kemas dan teratur serta bersih....
kantin dan dewan.......
Kantin...belakang kantin ini,ada sebuah dewan besar.......
kenderaan rasmi pihak pentadbiran Kompleks....janji tarik belakang!!
sebelum berangkat pulang,pihak Ostic bergambar dengan Ketua Urusetia Kompleks ini......
pada jam 10 pagi,kami semua mula berangkat menuju ke pekan Setiawan... Untuk tujuan sesi mengalas perut dan membasahkan tekak yang sudah kering.....
sewaktu dalam perjalanan ke pekan Setiawan,kenderaan salah seorang peserta,mengalami gegaran dan ke tidak seimbangan tayar hadapan...lalu sepantas krew Kereta F1 Petronas Sauber,kami semua cuba membantu beliau..hinggakan saya sendiri pun turut tolong juga(tolong tengok-tengok kan aje le..)
"Longgar rim ni yob?...ye la..longgar la!!!patut le bergoyang...ko guna produk jus Mate 5 ke?abis longgar semuanya..."
pihak JKR selalu terlepas pandang...jalan pun udah berlubang-lubang...salah siapa ni?bak kata Karam Singh Walia"jangan salahkan ibu mengandung namun hakikatnya si ayah memang tak boleh mengandung"....
"hallo abang!!ada main drift ka sini tempat?....tarak la dik,itu kita punya kawan,rim depan ada goyang jugak!!ya ka?takpa la"kata si pemuda berbangsa india yang menaiki basikal itu...
Satu Malaysia..bendera ku tericinta..."oh,insurans kenderaan lama kian lama kian naik!!yang makin kaya pihak insurans,yang benar terhimpit,hamba rakyat jelata....Oh negaraku yang tercinta..."
asal parking,nak kena gores..asal parking,nak kena gores!!memang menggores hati hamba rakyat jelata..apa nak buat,negaraku yang tercinta"....
peserta2 konvoi terhenti seketika di bandar baru Manjung.....
hari panas yob!!!....
Datsun mania.........
kenderaan yang sering mencuri tumpuan orang awam hinggakan pencuri rambutan pun turut mencuri pandang kenderaan ini....
Negara bersih,rakyatnya sihat.....negara udah bersih cuma mentalitinya hamba rakyat nya saja yang kurang sihat..... P/S:sila buang sampah ke dalam tong sampah...
antara peserta termuda konvoi kali ini....anak abah kata AR Tompel dalam filem Ahmad Albab.....
lalu kami semua mengambil keputusan untuk menjamu selera di medan selera Taman sri serdang,Setiawan.. perancangan awal,hendak menjamu selera di restoran bawah pokok(memang nama kedai tu bawah pokok,yob!!) kalau kedai atas pokok,itu udah org lain le pulak yang datang makan(org hutan le yob!!)....
gerai makan telah di serbu...bukan Jakim atau pengcegah maksiat tapi para peserta yang telah ketandusan tali perut... maka oleh itu,acara memakan secara berhemah telah berlangsung sambil di hiburkan oleh makcik yang buat ayor tu(mulut makcik tu tak boleh duduk diam..mungkin banyak makan belacan kot)huah3......
lauk pauk pembuka selera....juadah-juadah terhidang di atas meja,oleh itu,mari le kita menyental apa yang patut...
juadah teman...nasi campur ikan bilis,campur sayur potong2,sedikit mee kicap..sekali makan,udah rasa macam nasi ambeng!!pandai pulak orang Kelantan masak macam nasi ambeng...mungkin pemilik kedai ni,biasa minum air asam jawa campor gula batu daripada kawin dengan orang jawa,yang mana org jawa susah nak cakap kelantan dan org kelantan boleh tergeliat lidah bercakap org jawa... apa yang pasti,tak kira jawa,kelantan,banjor,minang ke atau org Uganda,janji boleh menyental dan melapik perut yang tengah lapor ni...
apabila semua peserta udah tersandar kekenyangan macam ikan buntal kat sungai Bidor,lalu tepat pukul 11.30 pagi,kami semua meninggalkan pekan Setiawan dan beransur pulang ke Bandar Teluk intan.... Alhamdulillah,Kami semua selamat tiba di Bandar Teluk Intan pada pukul 12.30 Tengahari....
Rumusan:
sejumlah 13 buah kenderaan telah turut serta dalam konvoi ini...
Cuaca amat baik sekali...cuma agak terik selepas jam 10 pagi....
sebuah kenderaan peserta mengalami gegaran dan goyangan di bahagian hadapan kenderaan beliau....
dua orang peserta telah secara senyap-senyap pergi membeli ayor teh o ais semasa kesemua peserta sedang membantu kenderaan yang mengalami kerosakan..ini tidak adil kerana teman sendiri pun cadang nak kirim pi beli daa...haus daa!!!
3 ekor kucing telah mengganggu keasyikkan menjamu selera di medan selera itu....
ini adalah gambar salah seekor samseng nya:
pemilik gerai seharusnya peka dan prihatin terhadap binatang...dan seharusnya,beliau bersedekah iaitu berupa makanan pada kucing2 ini..(meskipun sisa2 makan orang yang tak habis makan) bersedekah itu bukan hanya pada manusia,namun pada binatang juga mampu memberikan ganjaran pahala...
oleh itu moralnya di sini jika ANDA MEMPUNYAI KUCING PELIHARAAN,BERILAH KUCING ANDA MAKANAN YANG BERKHASIAT IAITU AYAM BERKUKUS TANPA KOLESTROL DAN IKAN SIAKAP MASAK TIGA RASA..UDAH TENTU KUCING ANDA TAKKAN MENGGANGGU ANDA WAKTU MAKAN...HEHEHE...selamat beramal....
Terlebih dahulu,pihak kami OSTIC mengucapkan ribuan terima kasih pada seluruh peserta konvoi samada yang turut serta ataupun tidak,kerna dengan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bagi,konvoi amal yang murni ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna..moga di masa akan datang,konvoi amal sebegini dapat di jadikan acara wajib tahunan kerna semangat ukhwah sesama insan dan sesama ugama dapat di capai dengan baik bak kata Karam singh walia"bersatu kita teguh,bercerai kerna si suami ada pulak perempuan lain yang cantik macam Diana Daniele.." ;D
Akhir kata,jika terdapat salah dan silap,atau ada yang terkurang,mohon kemaafan di bulan yang mulia ini... semoga anda semua terhibur membaca warkah dari kami iaitu geng Ostic Teluk intan......namun apa yang paling penting,ianya JANJI TARIK BELAKANG!!!! :D
Yang Benar.... Fahme Burger, Presiden Kelab kereta Lama Teluk Intan..Ostic(olskool Teluk Intan Car Club)
program yg memberi manfaat utk semua... TAHNIAH kelab OSTIC!!
bukan saja motor.... Kereta pun ada kelab Retro!!....
saga buruk bleh join tak???
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
program yg memberi manfaat utk semua... TAHNIAH kelab OSTIC!!
bukan saja motor.... Kereta pun ada kelab Retro!!....
saga buruk bleh join tak???
saga retro tp x rare.. p main jauh2..
aku tak pakai saga laa.... aku wakilkan kelab saga malaysia... takpe... posting ko ni... aku post kat forum diorang.... biar diorang tahu...
kalau diorg nak bantai ko... aku cakap JANGAN!!!.... JANGAN bantai... terus jer cincang/panggang/bakar... abu buang kat sg. Kapar.
baik ko nyorok...
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!