RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ~Surat seorang perempuan utk bakal husbandnya..hehehehehe~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 405
Date:
~Surat seorang perempuan utk bakal husbandnya..hehehehehe~


aritu aku terbace surat sorg laki utk future wife die ...haha..mmg best...ni aku amek dr blog org... lawak giler..tp aku sokong ape yg pompuan nie tulis....time kaseh sebb bace..

layan!!
Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)

Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)

Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh laling,

Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej good morning pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai sorry sayang, I baru bangunmakan jom. Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkatsiap laling!

Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki

Oh laling,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.. penat tau saya masak.

Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling.

Oh laling,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh bajulepas tu kena layan laling pulak. Heissskalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagiake laling bahagia?

Oh Laling,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan laling,

Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata dia pakai macam tu laling tengok la? Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

Laling,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan.

Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^

:: ok tak camnie? hehe ::


P/S: HOHOHOHOHOHOHOHOHOHO...
hehehehehehehehe....ehem2..kpd yg bakal2 nak kawen tu..khas utk korang yek...ingat jgn x ingat! hehehehe...lalalalalala...biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin



__________________

Kalau nak minta review events, motor atau mintak tolong pape on behalf Majalah By'U, Majalah Kapcai & Majalah Otomania...sesila la rerajin berkomunikasi tanpa had dengan saya di:


Email:  astarawistana85@yahoo.com

YM: astarawistana

FB: Astarawistana Momoi

Skype: astarawistana_momoi

T:  012-3284387 (Urusan kerja)

Blog: http://astarawistana-momoi.blogspot.com (KaryaKuTanpaBatasan)


~One Love, Peace & Harmony~



Guru

Status: Offline
Posts: 649
Date:

sempoi la lalling....tapi jgn kna baling ble gaduh dh ler...hu3biggrin
nmpak mcm klakar,tp byk pngajaran....ap kate amalkan....smile

__________________

LU mikir LA DeWeK..PELuPUtaN jalok NGaPURO..
/// 017-3142342 SABAK BERNAM - KLANG



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

adoii
ini mcm lepas kawin
tak bleh lepak sec 7 dan Kapar laaableh

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 906
Date:

(^_^) aww

__________________

rerajin la tepon teman jika sampai ke pasir gudang.... 012-4495983 

 

ABC 1599,ADS 2394...ku Mencari... WAY 6235..starT to d End... 



Guru

Status: Offline
Posts: 1327
Date:

laling...so sweet. wo wo wo....

__________________

walk the talk



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

usyar wrote:

laling...so sweet. wo wo wo....




kunci Gari dan solek nak ker??..

aku dpt tahu... ko balik jer keje
pagar terus kene solek..
pastu tangan kene gari kat bucu katil.bleh

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 150
Date:

eeeee takutnya. ala kejap jer tu kena gari. lepas tu merdeka la balik hahahah

__________________
wal


Guru

Status: Offline
Posts: 527
Date:

MamatKapar wrote:

adoii
ini mcm lepas kawin
tak bleh lepak sec 7 dan Kapar laaableh



hahahaha...boleh jer...bukan nk bincang tambah bini pon~hehehehe~ \m/ \m/

 



__________________
23714_1350470674549_1014821507_1066942_5492029_a.jpg11564_1246679479834_1014821507_783242_5448214_a.jpg24176_1332360621809_1014821507_1018123_1214058_a.jpg


Guru

Status: Offline
Posts: 895
Date:

MamatKapar wrote:

usyar wrote:

laling...so sweet. wo wo wo....


kunci Gari dan solek nak ker??..

aku dpt tahu... ko balik jer keje
pagar terus kene solek..
pastu tangan kene gari kat bucu katil.bleh

Owh...
itu ke kisah ye...
patut la da jrg nmpk...
hikhikhik...

 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

oke laling....hehehe biggrin

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya


aww



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 1191
Date:

panjang gak coretan ajmal ni ye...........bleh



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

yamaha set__ wrote:

panjang gak coretan ajmal ni ye...........bleh




 saje suka suka..ahaha.. biggrin



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 73
Date:

HAHAHAHAHAHAHAH...........BLH TAHN.TP BERANGANJEW LAH.

__________________

MEMERHATI DAN KESIMPULAN .......



Guru

Status: Offline
Posts: 565
Date:

best2

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 1191
Date:

rahami wrote:

 saje suka suka..ahaha.. biggrin



saje suka suka ni yg biasanya ada maksud tersirat........biggrin

 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 1728
Date:

laling ka?? xpa2 you can call me laling maa.... laling ok demi momoi.....

__________________

Salam persahabatan kepada semua gang2 retro se'antero malaysia......



Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

Harap Harap ada di antara mereka yang reply kat sini adalah calon suami cik momoi kita.. kih kih kih biggrin


-- Edited by GiGi_LcTong_Muar on Sunday 21st of November 2010 06:57:32 AM

__________________
Mari Tengok Cite Nankong


Senior Member

Status: Offline
Posts: 405
Date:

GiGi_LcTong_Muar wrote:

Harap Harap ada di antara mereka yang reply kat sini adalah calon suami cik momoi kita.. kih kih kih biggrin


-- Edited by GiGi_LcTong_Muar on Sunday 21st of November 2010 06:57:32 AM



hahahahaha...camne ni ek? coz semua yg reply ni bapak2 orang dah..n bf orang laaa....hahahaha...aku nak yg bujang n single/available je...hahahaha~biggrinbiggrinbiggrinbiggrin

 



__________________

Kalau nak minta review events, motor atau mintak tolong pape on behalf Majalah By'U, Majalah Kapcai & Majalah Otomania...sesila la rerajin berkomunikasi tanpa had dengan saya di:


Email:  astarawistana85@yahoo.com

YM: astarawistana

FB: Astarawistana Momoi

Skype: astarawistana_momoi

T:  012-3284387 (Urusan kerja)

Blog: http://astarawistana-momoi.blogspot.com (KaryaKuTanpaBatasan)


~One Love, Peace & Harmony~



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

momoi wrote:

GiGi_LcTong_Muar wrote:

Harap Harap ada di antara mereka yang reply kat sini adalah calon suami cik momoi kita.. kih kih kih biggrin


-- Edited by GiGi_LcTong_Muar on Sunday 21st of November 2010 06:57:32 AM



hahahahaha...camne ni ek? coz semua yg reply ni bapak2 orang dah..n bf orang laaa....hahahaha...aku nak yg bujang n single/available je...hahahaha~biggrinbiggrinbiggrinbiggrin

 




gigi ... ko ada chance la ini mcm....
lebih lebih lagi mcm moto Negro...
aku... awal awal momoi dah reject!!bleh

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard