RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sekadar ingin berkongsi, Mekah-Kota paling selamat di dunia


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:
sekadar ingin berkongsi, Mekah-Kota paling selamat di dunia


fakta ini sy dpt dr kwn sy melalui email.

<http://www.warta2u.com/2010/10/mekah-kota-paling-selamat-di-dunia.html>


BAGI orang-yang memahami hukum fizik dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemu­kan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari tuhan yang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi tuhan.

Prof. Norhisham Wahab, Pengasas Color Vaibration Therapy yang banyak mengkaji tentang kaitan amalan haji dengan sains menjelaskan, Mekah ada­lah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. Boleh dikatakan ia kawasan paling selamat di dunia. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, jika suatu hari nanti bumi mengalami kekacauan dan malapetaka, Mekah adalah bumi yang paling selamat untuk didiami.

Itulah kawasan yang dicari-cari selama ini, di mana manusia boleh tinggal dengan selamat dan aman se­hingga berlakunya kiamat. Sebagai pusat bumi memang banyak keistime­waannya. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bu­nyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

Suatu masa dulu kiblat kita adalah masjid al-Aqsa dan di situlah pusat bumi ketika itu. Kemudian Allah pe­rintahkan Nabi untuk berpaling ke arah Kaabah sebagai kiblat. Dari apa yang saya pernah kaji, berlaku gempa bumi dan pergerakan lempeng bumi di tanah Arab clan menyebabkan pusat bumi berubah ke Mekah, katanya.

Prof. Nohisham juga menjelaskan tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertah­anan daripada segala serangan penya­kit. Sebenarnya ketika berada di sana, sistem imun akan menjadi lebih kuat secara semula jadi tanpa bantuan vak­sin.
[http://img543.imageshack.us/img543/5232/makkah.jpg]<http://img543.imageshack.us/i/makkah.jpg/>


Pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsang kelenjar pineal yang terletak di otak tengah un­tuk mengawal kekuatan sistem imun. Memang sudah dibuktikan apabila berada di Mekah yang sakit akan jadi sihat clan yang lemah akan bertenaga. Apabila graviti tinggi maka banyak elektron ion negatif yang berkumpul di situ. Sebab itulah doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kem­bali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Ketika berada di sisi Kaabah perasa­an akan segera berubah menjadi he­ning, tenang, sayu, rendah diri, kerdil pada kebesaran tuhan. Semua itu ada­lah pengaruh dari tekanan graviti yang tinggi. Meskipun ada niat jahat Yahudi atau Kristian untuk menghancurkan Mekah, cubaan itu tidak akan berjaya. Setinggi mana teknologi ketenteraan negara-negara maju tetapi tidak dapat menembusi Mekah. Andai kata ada peluru berpandu yang dihalakan ke Mekah untuk menghancurkannya, itu pun tidak akan berjaya. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. Begitulah hebatnya tempat yang Allah pilih sebagai kiblat bagi umat Islam. Sudah pastinya manusia biasa tidak mampu mencipta sesuatu sehebat itu. Malah teknologi satelit pun tidak boleh merieropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

Tempat yang paling tinggi teka­nan gravitinya, mempunyai kandu­ngan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu­lah jika bersembahyang di Masjidilha­ram walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. Sujud, dahi mencecah lantar masih terasa dingin mamar yang dipanah matahari kerana tekanan graviti tinggi itu, terangnya.

[cid:7.2152266149@web76002.mail.sg1.yahoo.com]<http://www.incredimail.com/?id=606432&rui=101486298>

__________________

 https://www.facebook.com/SangPenghibur7



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

terima kasih bro..info yg sgt berguna...

__________________
fuhh...................



Member

Status: Offline
Posts: 17
Date:

subhanallah...sungguh indah dan byk isi tersirat kejadian Allah SWT....

__________________

papakaratz



Guru

Status: Offline
Posts: 1952
Date:

subhanallah! segala puji pujian hanya bg Allah s.w.t.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

__________________

in memory PBX 540,AR 4476 ... now with BFF 2636  .....Klang / Shah Alam 012-6044007 , 011-31549405

 

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1531
Date:

informasi yg berguna,trima ksih saudara..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard