RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Saman ekor: Ketahui hak anda


Senior Member

Status: Offline
Posts: 132
Date:
Saman ekor: Ketahui hak anda


190509_206171036064008_100000133400722_904536_4926741_n.jpg
Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

181524_206171092730669_100000133400722_904538_6951682_n.jpg
Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

SUMBER : http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=12340



__________________

 https://www.facebook.com/SangPenghibur7



Guru

Status: Offline
Posts: 3156
Date:

fuuh...

__________________

"SETTING BY MYSELF"



http://supermario-moomos.blogspot.com

https://www.facebook.com/nmoomos



Senior Member

Status: Offline
Posts: 160
Date:

terbaik ni..tq bro..

__________________


                                                    


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

jaga-jaga..ada yg sedang memerhati...awwaww

__________________
fuhh...................



Senior Member

Status: Offline
Posts: 216
Date:

kesalahan boleh dijatuhkan dengan adenye 1 pkara utama..iaitu Perbuatan..
namun ia akan disusuli atau dipertimbangkan dengan dua unsur iaitu :

1) Niat
2) Tanpa Niat

alamak..aku da lupa la bab2 kanun yg lain..hahaha..

Ps: Hamba ini semut kerengga..yang diatas sana Maharaja bodoh sombong lagi kaya..

__________________
ReTrO sTaiL0


Guru

Status: Offline
Posts: 1728
Date:

jaga2 cik salmah...... cctv ramai.... huhuhuu....

__________________

Salam persahabatan kepada semua gang2 retro se'antero malaysia......



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 73
Date:

INFO MENARIK...........TP KITE SP???ORG BIASE...XKN BLH LAWAN...
TP YG SLAH TETAP SALAH...!!!!!!!!SILA JELASKN SMAN SEBELUM 10 MAC 2011..
PANDU CERMAT JIWA SELAMT..INGT JENTRA TRSAYG..HAHAHAH..
TEMPOH TLH DILANJUTKN....

__________________

MEMERHATI DAN KESIMPULAN .......



Senior Member

Status: Offline
Posts: 468
Date:

Info yg bermanfaat utk semua...

__________________
Tawon Endas


Senior Member

Status: Offline
Posts: 259
Date:

..tanyelah pd yg pakar...anda berani....cubelah...''

__________________

""  kau Tetap D Hatiku selamanya......

kini Tinggal Kenangan...""



Guru

Status: Offline
Posts: 2137
Date:

orKED wrote:

jaga-jaga..ada yg sedang memerhati...awwaww




yesza...........awwawwaww



__________________


"wa caya lu brader!!!!!!!!!!"

"RMR pencetus fenomena retro negara"



Guru

Status: Offline
Posts: 928
Date:

MASALAHNYA,POLIS SAMAN KEPADA ORANG YANG BETUL2 BUAT SALAH...KALAU KESALAHAN DEPAN MATA.DAH KENA SAMAN PASTU XNAK BAYAR JADI TERTUNGAK..POLIS XSAMAN ORG YG XBUAT SALAH....INGAT TU!ITU JE YG PENTING....PELEMBAGAAN PANJANG2 PUN X GUNA KALU DAH COMPOM KO BUAT SALAH..KO BAYAR JE SAMAN,JANGAN NAK PERTIKAI2 LAGI...DAH TENTU2 KO SEDAR KO WAT SALAH.XBAYAR KO BLACK LIST...ITU JE SEBENARNYA....AKU NAK TANYA KORG,KALU KORG ADA WAT KESALAHAN TRAFIK,PASTU KENA TAHAN...ADA KAH KORG XNAK MENGAKU KORG WAT SALAH?KORG MESTI MENGAKU KAN,BILA MENGAKU KORG KENA SAMAN...SAMAN SEBAGAI DENDA KESALAHAN KORG KALU XPUAS HATI KORG LEH BAWAK KE MAHKAMAH,TETAPI!ADAKAH KORG NAK BAWAK KE MAHKAMAH SEDANGKAN KORG BETUL2 SALAH???SENANG CITE BAYAR JE LA....MEMANG KORG YG BUAT SALAH. BAB SAMAN EKOR,SAMAN EKOR DISERTAKAN DENGAN GAMBAR,KALU KORG XPERCAYA LEH CEK KAT TRAFIK..GAMBAR2 KERETA KORG YG MELEBIHI HAD LAJU...BUKTI ITU ADALAH GEZET DI MAHKAMAH....KORG XNAK MENGAKU LAGI?BAWAK LG NAIK MAHKAMAH....EMMM YANG PENTING KESEDARAN SIVIK...DAH WAT SALAH,BAYAR JE.....XPERLU NAK PERTIKAI......NAK NGATA POLIS NGAN JPJ SALAH GUNA KUASA.....ANDA BOLEH DI SUE DENGAN STATEMENT NI TAU.......

__________________

BERKAWAN LAH SEBAGAI SEORANG KAWAN

JANGAN LAH BERKAWAN SEBAGAI SEEKOR HAIWAN



Guru

Status: Offline
Posts: 2466
Date:

tp rasenya ape yg ditulis tu mmg ade dlm perlembagaan.. ta kan org tu brani je kuar statement mcm tu.. tp tuduhan liar tu tak bgus la....

ape yg dberitahu ini adalah utk pengetahuan kita sbgai rakyat msia... negara demokrasi.. kita ada hak bersuara... kalo saman yg terang2 kita salah kne la mengaku salah.. kalo saman speed trap mungkin kita bole minx dibicarakn... pasai kekdg2 bg kwn2 pinjam keta.. tetbe kne speed trap.....nak trace dah lupe tarikh.... kalo org pakai plate palsu gne no plat kita pn naya jgk...... undang2 manusia buat.... bole pinda..... skadar pandgan dari sye org tak sekolah tggi....awwawwaww

__________________

m_598ac4e3b59b4b57be6660f2806ea574.jpg



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

moto saya blacklist pdrm..
padahal saya da setelkn saman tahun lepas..
cek2 kat laman web masih lagi blacklist..
saya kene saman ekor ke???

__________________



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 44
Date:

kalo org pakai plate palsu gne no plat kita.. kite wat la repot polis.. cakap menafikan saman yang kite pada tarikh sekian-sekian x pernah g tmpat / lalu jaln situ.. pastu g rujuk kat trafik.. nnti akn di pertimbangkan.. hehe.. sory mencelah.. just bg pendapat..winkwinkwink



__________________
Bile laaa bleh siap...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard