RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kita punya akal dan fikiran yg sihat... gunalah sebaik mungkin!!


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Kita punya akal dan fikiran yg sihat... gunalah sebaik mungkin!!


BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA..

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana jahatnya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh membunuh) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebenar kejadian.

download?mid=1%5f41285%5fALCzo0IAAV0dTaRy1w6y2mJGoYM&pid=4&fid=Inbox&inline=1

adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8 pagi hari ahad.

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia cerita abang zamri.

download?mid=1%5f41285%5fALCzo0IAAV0dTaRy1w6y2mJGoYM&pid=5&fid=Inbox&inline=1

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti P**. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah menghukum mati peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

download?mid=1%5f41285%5fALCzo0IAAV0dTaRy1w6y2mJGoYM&pid=6&fid=Inbox&inline=1

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

kp : Al-Fatihah..



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 855
Date:

Al-Fatihah..
semoga arwah ditempatkan bersama insan yang soleh..
semoga tuhan memberikan petunjuk yang benar diatas kejadian yang berlaku..
INSYAALLAH


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5371
Date:

kalau ikutkan hati yang waras pun..tak patutla sampai nak ikat tangan semua..dah tu budak darjah 1 plak tu.. "akal yang cemerlang..ye..ye..menghasilkan iman yang mantap..ye..ye..ye.. (hj.fadzilah kamsah) awwaww



__________________
                                                        N9 RD members


                                                         RD LC in memory


Guru

Status: Offline
Posts: 895
Date:

hanya Allah yg tau.....
antara slh 1 ciri2 org beriman adalah memastikan dahulu berita yg di terima itu sahih sblm menyampaikan kpd org laen....
skdr selingan...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 468
Date:

Media ni pun satu,ada yg ok ada yg c*****

__________________
Tawon Endas


Senior Member

Status: Offline
Posts: 391
Date:

nodisbeliefyawnfurious



__________________

Rock Biar Sampai Mati,Ride Biar Sampai Destinasi.......



Guru

Status: Offline
Posts: 953
Date:

Kita ketepikan soal politik
Kita ketepikan soal lapuran akhbar yang berat sebelah...


Apa yang perlu kita fikirkan dan renungkan tindakan warden yg bertanggung jawab keatas mangsa...

1. Hilang akai ka Ustaz ni pi dok ikat tangan budak tu... buat siasatan biasa sudahlah, kalau betul budak ni salah ambil saja tindakan yg sewajarnya tanpa menyeksa dan memberi tekan mental kepadanya (budak lagi, bukannya dia reti apa)...

2. Dah ikat tangan budak tu - biaq sampai 2 jam apa cereta... Bangang apa... tak pikiaq ka budak tu nak sembahyang ka, lapaq ka nak makan, nak kencing berak dan lain2 lagi?

3. Keraguan timbul bila pakar forensik kata kurang oksigen. Mati akibat kekurangan oksigen jugak benda yg tak masuk akal (kalau orang tak dak akai kot boleh percaya)... susah sangat ka nak ambil udara dalam bilik kurungan tu kalau tak ada sebab lain yg boleh membuatkan budak tu sesak nafas akibat perbuatan manusia lain?
Kalau betui, tunjukan salinan lapuran forensik yg Ustaz Waqar tu habaq... (ka main cakap saja).

4. Apakah punca pendarahan otak terhadap mangsa?... Ikat tangan saja ustaz tu kata, tak kan la sampai berlaku pendarahan otak? Sekolah tu berantu kot... atau ada sesuatu entiti yg mai katok kepala budak tu sampai berlaku pendarahan otak.... Ni ada sesuatu yang berlaku, tapi tak di ceretakan oleh atau disembunyikan oleh puak2 ni... (biasa la nak jaga nama baik markas depa)... Kalau cereta bab politik lagi pandai dari menda lain... Orang ni tak betoi orang nu tak betoi, Karpal Singh yang hina Islam dan orang melayu pon boleh terima lagi....

Fikirkan lah..

AL FATIHAH untuk mangsa adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... Allah lebih menyayanginya..

 

ni komen dr seorang member saya!kalau pikiaq2 betui jgk apa yg member saya kata ni!nonono



__________________
Ahli Retro Ada Isteri
Suzy Jiwaku!
Die Hard Fan Liverpool!
Selamanya Jiwaku Retro......................!


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

panther jerung wrote:

Kita ketepikan soal politik
Kita ketepikan soal lapuran akhbar yang berat sebelah...


Apa yang perlu kita fikirkan dan renungkan tindakan warden yg bertanggung jawab keatas mangsa...

1. Hilang akai ka Ustaz ni pi dok ikat tangan budak tu... buat siasatan biasa sudahlah, kalau betul budak ni salah ambil saja tindakan yg sewajarnya tanpa menyeksa dan memberi tekan mental kepadanya (budak lagi, bukannya dia reti apa)...

2. Dah ikat tangan budak tu - biaq sampai 2 jam apa cereta... Bangang apa... tak pikiaq ka budak tu nak sembahyang ka, lapaq ka nak makan, nak kencing berak dan lain2 lagi?

3. Keraguan timbul bila pakar forensik kata kurang oksigen. Mati akibat kekurangan oksigen jugak benda yg tak masuk akal (kalau orang tak dak akai kot boleh percaya)... susah sangat ka nak ambil udara dalam bilik kurungan tu kalau tak ada sebab lain yg boleh membuatkan budak tu sesak nafas akibat perbuatan manusia lain?
Kalau betui, tunjukan salinan lapuran forensik yg Ustaz Waqar tu habaq... (ka main cakap saja).

4. Apakah punca pendarahan otak terhadap mangsa?... Ikat tangan saja ustaz tu kata, tak kan la sampai berlaku pendarahan otak? Sekolah tu berantu kot... atau ada sesuatu entiti yg mai katok kepala budak tu sampai berlaku pendarahan otak.... Ni ada sesuatu yang berlaku, tapi tak di ceretakan oleh atau disembunyikan oleh puak2 ni... (biasa la nak jaga nama baik markas depa)... Kalau cereta bab politik lagi pandai dari menda lain... Orang ni tak betoi orang nu tak betoi, Karpal Singh yang hina Islam dan orang melayu pon boleh terima lagi....

Fikirkan lah..

AL FATIHAH untuk mangsa adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... Allah lebih menyayanginya..

 

ni komen dr seorang member saya!kalau pikiaq2 betui jgk apa yg member saya kata ni!nonono


Kisah 1... menuduh ustaz tu mendera dan membunuh

Kisah 2 .... ustaz tu kata... dia cuma mengurung ( 2jam )

Sebab tu... tajuk topic tu pun... "Kita punya akal dan fikiran yg sihat... gunalah sebaik mungkin!!"

Allah saja yg maha mengetahui.

persoalan kenapa perlu ikat tangan?... kenapa perlu kurung? kita tunggu jer jawapan dari pihak tertuduh / tertentu. bila kita baca.. sekali lagi kita gunakan akal fikiran yg sihat dan waras untuk mempercayainya atau tidak. malah jika tertuduh didapati bersalah pun dan dijatuhkan hukuman. Adakah kita yakin dan mempercayainya?

 selagi cerita sebegini melibatkan hal2 politik... ianya tak akan selesai dgn hujah hujah yg sekadar buah pandangan org lain.. termasuk saya.

teori saya secara kasar... pabila budak tersebut di kurung, mungkin dia panic kerana takut hal ini terbongkar dan malu kepada keluarga, maka budak tersebut cuba memanjat utk melarikan diri dan kemungkinan terjatuh, pengsan atau mendapat kecederaan yg teruk atau sebagainya... sekadar teori! dan rasanya teori ini lebih baik dari kita beranggapan seperti teori ini..

Sekolah tu berantu kot... atau ada sesuatu entiti yg mai katok kepala budak tu sampai berlaku pendarahan otak..

 namun...

Kita punya akal dan fikiran yg sihat... gunalah sebaik mungkin!!blehbleh

 

 

 

 

 

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 953
Date:

hanya pak jo yg kenai ngan manikam!awwawwaww

renung2 kan dan selamat beramal!biggrinbiggrinbiggrin



-- Edited by panther jerung on Wednesday 13th of April 2011 11:05:03 PM

__________________
Ahli Retro Ada Isteri
Suzy Jiwaku!
Die Hard Fan Liverpool!
Selamanya Jiwaku Retro......................!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 194
Date:

biggrinbiggrinbiggrinbiggrinbiggrin



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 294
Date:

panther jerung wrote:
  

kalau pikiaq2 betui jgk apa yg member saya kata ni!nonono


 Salam Panther Jerung,

Harap anda dan rakan anda baca dengan teliti kenyataan tersebut dan fahami.. jgn baca guna emosi dan memberi pandangan tanpa pengetahuan yg cukup.

1. Sebelum ustaz tu tinggalkan arwah selama 2 jam, dia dah bukakkan ikatan tangan tu. Maknanya selama dua jam tangan arwah tidak berikat pun. Beliau hanya terkurung di dalam bilik tanpa diikat.

2. kenyataan doktor bahawa mati kerana kekurangan oksigen tu bukan bermakna dalam bilik tu takde oksigen. Maksud sebenarnya oksigen yang dipam sampai ke jantung adalah kurang mungkin disebabkan sesak nafas atau asma atau sawan atau penyakit yg berkaitan.

3.Isu pendarahan dalam otak tu pulak.. kita yg berotak ni cuba fikir... bila kena serangan jantung, sesak nafas atau sawan... kemampuan utk mengimbang badan sudah kurang, jadi kemungkinan utk arwah terjatuh dan terhantuk pada sesuatu mungkin berlaku. Soal hantu syaitan tidak timbul di sini.

 Saya tidaklah menyebelahi mana2 pihak... komen saya adalah berdasarkan kenyataan yg diberikan oleh kawan pada ustaz tadi. Sebagai org yang berakal, sama2 lah kita selidik dulu kedua2 sumber yg kita terima kerana seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan yg dia bersalah. wink



-- Edited by nagoya_geidai on Thursday 14th of April 2011 06:30:57 PM

__________________

....herumetto otaku 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 237
Date:

Tiap sesuatu yg berlaku... ader rahmat dsebalik.kite dicipta menjadi mahluk yg terbaek didunia....Gunakan lah akal dan fikiran yg waras sebelum bertindak...

walaupun terlepas hukuman ddunia,hukuman diakhirat pasti ade......                         ALfatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee                                                           Semoga dicucuri rahmat keatas roh nya..AMIN

                    INGATLAH PADA YG MENCIPTA DUNIA INI



-- Edited by arraf on Thursday 14th of April 2011 07:29:53 PM

__________________

   11879_457149111031718_69093270_n.jpg

Klik to join>>> https://www.facebook.com/groups/luckystrikearraf/

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard