RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HIGHWAY BERHANTU ?


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:
HIGHWAY BERHANTU ?


KISAH KARAK.....

 

jalan lama Karak(KL-Bentong) dan satu lagi Lebuh Raya Karak(baru)

 

 

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu,pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantuMana tidaknya seingat aku hampir

 

 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak..

 Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.

Langsuir

Budak Sekolah (merayau-rayau)

Wanita Tua

Bas Lama

Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)

Perempuan Bawa Anak (batu nisan)

Pontianak

Hantu Pocong

Hantu yang Makan orang (Paling popular)

 

Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

 1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana

 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

 2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena "tegur".

 3.Volkswagen kuning..

selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengarr adio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus.

 

 

4.Kereta Misteri

 

 KARAK Penemuan sebuah kereta

 

 Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu."Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar."

Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya," kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

 

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

 

 Jalan Karak Lama

 1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni.nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantikApa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

 2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

 3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung.Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

 4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

 5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di

KM 40 Bentongtetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia "temperature"naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya.lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap "jangan pandang belakang"..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!



-- Edited by rahami on Thursday 16th of June 2011 02:49:22 PM

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

SUNGAI PETANI

Gara-gara terkejut ternampak kelibat wanita berkebaya merah melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Kobah, Pendang.

"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.

 (sumber dari Kosmo!)



-- Edited by rahami on Thursday 16th of June 2011 02:54:54 PM

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

SUNGAI PETANI

 wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

 Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakanada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.

(sumber dari Kosmo!)



-- Edited by rahami on Thursday 16th of June 2011 02:52:48 PM

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 937
Date:

mcm 360 mlm td jew... huhhuhuhuu.



__________________
-Tempe Enduro_

Dimana ada jalan, di situ ada haigway...... preennnnngggggggg.................



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

tempe enduro wrote:

mcm 360 mlm td jew... huhhuhuhuu.


yaa... 360 malam tadi pun seakan mempromosi filem terbaru kru production.."KARAK".

apapun... posting dr Sdr. Rahami ni boleh dijadikan bahan bualan.

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

Klang, Selangor. (Jalan Pintas dr. Jalan Kebun - Jenjarum, Banting)

Kejadian baru baru ini saja berlaku, Yaslibrary melalui jalan ini menggunakan motorsikalnya AR80 setelah berjumpa Apekfumi di Jalan Kebun,.. ketika melalui jalan  dlm sekitar 12.00 mlm.. secara tiba tiba motorsikalnya mati, setelah diperiksa ternyata plugnya telah tercabut dan hilang. Yas memang perasan..sebelum ni mmg dia tidak mengetatkan plug tersebut, maka yas pun mencari2 disekitar motorsikal tersebut. oleh kerana lampu jalan tiada, memang agak sukar nak jumpa.. dia pun putus asa dan terus menyorong motor dgn harapan ada org lain akan membantu menunda mtorsikal beliau.

beberapa meter selepas menunda, didalam kegelapan malam tersebut..kelihatan kelibat seseorang berjubah berdiri dihadapan beliau... memang beliau pun seram ketika tu, tapi oleh kerana beliau nekad tak mahu tinggalkan motor AR80 nya maka yas pun lalu terus juga bergerak kearah org yg berjubah tersebut yg semangnya berada di laluan yas. Apabila sampai saja dihadapan org tersebut... org yg berjubah itu terus menghulurkan plug pada Yas.. Kelibat muka org yg berjubah itu mmg tak nampak sbb keadaan gelap, tetapi dalam ketakutan tersebut, yas mengambil juga plug tersebut dan terus memasang dan terus menghidupkan motor.

Pabila motor hidup, Yas pun menoleh kearah org berjubah tersebut untuk mengucapkan terima kasih... ternyata orang tersebut sudah tiada/ghaib entah kemana... Yas pun apa lagi..... FULL TROTTLE la..walaupun Yas bukan geng FULL TROTTLE.... 300km/h laaa... pabila sampai dirumah. macam biasa laa...Gigil ketakutan dicampur gigil kesejukan malam.

Dipendekan cerita...keesokkan paginya..pabila Yas nak pergi kerja... bila nak hidupkan motor AR80nya.. ternyata plug sudah tiada lagi...... misteriiiiiiiii!!!! cerita ini diceritakan sendiri oleh Yas... jikalau Yas temberang.... maka YAS lah yg bersalah...bukan aku yeaa...!!!

 

 

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Laaa.... kat sini ke sambungan citenye. Jenuh mencari.

Kalau kena kat teman ni ngeri jugak,boleh kena gout.disbeliefdisbeliefdisbelief

(Berani hang ambik plug tu yas)biggrin



__________________

HIJAU BUMI TUHAN



Guru

Status: Offline
Posts: 937
Date:

plug n play

ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee



__________________
-Tempe Enduro_

Dimana ada jalan, di situ ada haigway...... preennnnngggggggg.................



Guru

Status: Offline
Posts: 3156
Date:

hahahaha...geli hati aku baca semua ni..

__________________

"SETTING BY MYSELF"



http://supermario-moomos.blogspot.com

https://www.facebook.com/nmoomos



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

satu info yang bleh di kongsi bersama...

 



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

ada sapa2 tahu cerita mistik pasal kt exit highway PAGOH ?

lokasinya kt area bwh flyover exit Pagoh...



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 855
Date:

cer citer, cer citer saudara rahami..
time kawan dok muar dulu ada gak dgr..
tapi story xhabis..

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

khairilhafiz363 wrote:

cer citer, cer citer saudara rahami..
time kawan dok muar dulu ada gak dgr..
tapi story xhabis..


 sy x pasti cerita ni benar atau propaganda..

tp kejadian ni berlaku pada rakan se-opis sy..

 

dia dalam perjalanan dari KL nk ke JB..dia tunggang moto 125z..

time tu rasanya dh senja2 ke malam kot..

bila nk menghampiri kawasan exit Pagoh arah selatan..moto dia jem..

jadi dia tunda hingga ke bawah flyover exit tuu..

smentara nk tunggu bantuan dari rakan yg lain nk smpai ke situ..

so dia pun berehat kt bawah flyover tu..

dah xde bnde nk buat..on MP3 henpon,isap rokok dan tgk kereta yg lalu lalang..

tetiba bila dia alihkan pandangan ke arah hutan semak kt blakang dia...

nahhh..makhluk tu mnyerupai perempuan yg x sempurna sifatnya...

hmmm...hanya doa dan kekuatan diri dia je laa yg ada..

nk lari pon xleh,moto still jem lagi..hari pun smakin gelap..

tp syukurla..mmber sy ckp..bnde tu xde nk kaco lebih2..

 

 

*ini berdasar kisah kawan sy tu...xpsti benar atau tidak..

 

 



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

kesah yang menarik...

ada sapa2 lagi yang ada pengalaman tentang kesah mistik ni?

kita kongsi same2...



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 322
Date:

salam semua...

bler bce cerita saudara rahami bercerita tentang highway karak yakni jalan baru dan jalan lama, rse xsedap plak saya sbg org pahang tak menyumbang 1 2 cerita... begini bunyi nya cerita saya....xsyok bce jgn kondem aaaa

HANTU HANTU KAT KARAK


kat highway karak mmg byk hantu sbb kt tempat2 laen pn banyak ini pulak kt highway tgh2 hutan...betul x ? mmg tempat ny la tu..betul x ?

KERETA VOLKSWEGEN KUNING

selama 15 tahun berulak alik menggunakan jalan karak - kuala lumpur ( highway bru dan jalan lama ) naek moto ke, naek nas ke, naek kerete ke...jlan kaki xpernah la, bukan sekali tapi xpernah sekali pun diganggu dgn volkswagen ne, bukan nak berlagak ke ape tp sy sendiri kurang pasti tentang cerita volkwagen kuning ne

setahu sy cerita volkwagen kuning ne bkn ke kt highway plus utara selatan ? cerita volkwagen kuning di highway karak setahu saya hanya keluar biler cerita KARAK jd filem ...tp sy sediri pn xpasti sbb xpernah jumpe dan xpernah dgr cerita2 tentang volkwagen diraja ni...

HANTU MAKAN ORANG

yang jenis ne sy ade dgr cerita tp xlengkap, yang bro rahami cerita pasal suami isteri cari air tu mmg sy ade dgr, bukan sekali tp dah berkali2 sy dgr tp saya xpasti sejauh mane kebenaran ny tp mmg agak ramai org bercerita

PEREMPUAN BAWAK ANAK ( BATU NESAN )

cerita yang ini terjadi pada mak merangkak ibu kepada sy sendiri, tp ini highway LPT la, bkn karak, suatu masa ibu saya mengikuti rombongan pejabat beliau ke KL dan ondway blk ke kuantan

dalam jam agak2 3 pagi di persimpangan exit maran bende ni bertenggek kt tepi divider, xde la melintas, bertenggek je kt divder tu, mungkin mainan mata kata ibu sy tp biler msuk opis keesokan arinya, rupenya mainan mata ibu sy same dgn mainan mata opis2 mate ny...hmmmmm

exit maran tu mmg cerah dgn lampu sukan ny dan sy rse saudara2 bley bygkan keadaanya....aaaaaaaa

PENUMPANG XDIUNDANG

ini terjadi kepada sy sendiri, fuhhhhhh !!!!!! serammmmmmmm !!!!

kereta wira 1.3 tahun 2000, agak top spedd ny dapat la 150kmh klu stendet, betul x ? klu yg dapat lebih dari 140kmh tu adat la, tp ape yg nak diceritakan kt sini ialah ibu sy pny wira hanya dapat cecah 60kmh di laluan LPT maran ke kuantan ! 60kmh beb ! ex5 potong senang2 je...itu dah full pedel dh tu tekan, mmg pelik tp time tu kul 4pagi berdua dgn kawan, kawan plak duk sebelah berdengkur...

tgh syok layan 120kmh lepas je exit maran tup2 kereta jd drop, puas drop gear xnak pegi jugak, 60 kmh je....aiseh....time tu xde la rse seram tp cume pelik, igtkan kereta rosak tp nak dijadikan cerita lepas je hentian maran......tuuuupppp !!!! meter melentik terus naek 150kmh, hampir2 hilang kawalan sbb tibe3 laju cm vtec terbuka plak tp kereta wira mne pkai vtec...lg bertambah pelik !!

so bile dh smpai kuantan esok pegi bengkel check takut de pe2 ke yg xkene dgn kerete tp pomen xjumpe kerosakan tp jumpe bunga kemboja kt celah bonet belakang antara spoiler ngan cermin belakang !!! aiseh men.......

MAT MOTOR TANPA KEPALA

wahhhhh !!!! yg nie femes neh....hoohoho yg jenis ne mmg ade dgr cerita jgk tp xpernah jumpe tp mungkin ternampak n buat2 xnampak tu ade la kot...

time tu konvoi ke teluk batik, taun 2002 xsilap, ride besar besaran neh...mungkin ade diantara bro2 sekalian tau pasal ride ne...sy dan kawan dari kuantan gerak ari jumaat mlm sabtu ke kl...xdela ramai sgt tp ade la dlm 50bijik dlm kul 11 mlm bertolak tp dh jd adat konvoi kul 3 pagi bru sampai temerloh...lambat yg amat ! nak buang air la, lepak tangkap gmbar la, tggu moto tyr pancit la dan macam macam la yg ade lagi...

kul 430 pagi masuk jalan karal...total bdk2 moto time tu ade la 100 bijik dh campur ngan bdk dr temerloh maran semua la...adat mat moto masuk karak mmg maen koner...biler sorg start yg len pn follow, meter xjatuh dr 170kmh, okayla utk beginner naek rxz maen koner karak....

tgh syok layan sy ade perasan stu moto mayby rxz @ panther xpasti yg togel...mmg laju berdesup ! mula tgh rocket tu moto ne potong group sy, laju beb ! potong cm xde susah pyah tu !...lame skit lg die potong lg sekali..dan lagi...dan lagi dan lagi...dan ade la dalam 10x lagi...kteorg pun pelik ish laju betul moto neh, sape gerangan ny membuatkan kteorg tertny2...

dh sampai genting sempah kteorg stop n mencari2 kelibat moto tersebut tp xjumpe !! time kt highway td mmg xde group moto laen cume kteorg je xkan la xjumpe time lepak kt genting sempah tu...so kteorg pn mengagumi la kehebatan moto da n rider ny dan secara tibe2 ade seorg geng sy berkata dlm nada pelik " weh, moto tu potong kite dlm 10 x tp berapa kali kiter potong die ? " dan bdk2 laen hanya menjawab dgn menhisap rokok, lepak petronas sampai kul7 pagi tggu matahari naek.......

sekali pun xpernah beb keteorg potong moto tu ! dan mungkin dgn sbb tu la kteorg xtau rider die berkepala atau tak ? maseh trtny2 sampy sekarang......

HENTIAN MARAN

cerita kt hentian ne mmg femes !!! stu pahang tau.....kot la ! cerita begini....

mse mula2 highway LPT tiada sebarnag tol dikenakan...test market kot...slalu gk la sy gune timetu turun naek kl...naek ex5 ade, jalan kaki je la xpernah...tgh syok ulang alik tu ade sorg meber cerita sbb pelik tgk sy selalu turun naek kl, die ckp jgn " ko jgn berenti rehat kt hentian gambang ", sy pn ckp la nk " berenti wt pe, bukan ade kedai bukak lg "..die pun ckp " mmg la sbb tu jgn berenti kt situ..." sbbny....

ade satu tcerita, time tu bulan puasa ade seorg mamat dan kawan odway blk ke ktn dr kl, berenti rehat nk berbuka puasa kt hentian gambang, disebabkn jam dh kt kul 715 so plan ny nk berbuka kt gambang la sblm teruskan perjalanan ke ktn dn kampung masing2...

time berenti kt hentian tu, ade stu je kedai yg bukak, dorg tgk mmg ramai giler org, meriah yg amat, macam pesta, so dorg pn berenti dan mencari tempat duduk utk berbuka, dh dpt tempat duduk ade sorg hamba Allah ne dtg amek order, mamat 2 org ne pun order la mee goreng 2 pinggan dan air teh o ais sbb menu yg laen semua ny lmbt nk siap, waktu berbuka dh dekat...so hentam je la mee goreng ngan teh o ais sbb pas berbuka nk jalan jauh lg ke kampung...

dh sttle berbuka ape semua, dorg pun nk cabut, panggil la hambe Allah ne td utk wt kira2 tp hamba Allah ni seibuk semacam dn xlyn pun panggilan mamat org ne,..seakan fedup mamt 2 o rg ne pun letak la rm10 wt byr hidangan dorg td, yg lebih tu dorg niat sedekah....

dh sampi rumah msing2 mak ayah dorg pn tny " td berbuka dlm kete ke ? " mamat dorg ne jwb " xla, ke hentian gambang td, tgk ramai je org kt situ, join la sekali " dan mak ayah dorg dh beristifar panjang, so mamt 2 org ne pn tny knape, " nak, hentian gambang x bukak lg nak oii " mamat 2 org ne terkejut beruk la dan menafikan ckp mak ayah ny sbb dorg yg mkn kt situ td...berlaku sdikit percanggahan fakta yg xdapat diselasaikan...

esok ny ari ahad, dorg pegi blk ke hentian gambang, pusing balik highway menghala ke kuantan nk pastikan kedai tu ade ke x....dan...yang ade hanya rm10 yg dorg tinggalkan semalm....kedai semua berkunci, tidak ade sebarang tanda kedai yg bukak walaupun jam dh kul 3 ptg...mkan dan minum ape dorg smlm ? sesape yg reramai smlm tu ? mne pegi dorg ?

LANGSUIR CUCUK ANGIN

bende ni selalu jd kt mat2 moto yg gune highway karak tgh2 malam atau awal dinihari, sesiapa yg gune highway ne kai moto time2 tu, lebih baek saudara2 semua terbalikan cermin pandang sisi moto anda ke arah hadapan, bkn seperti lazimnya kearah belakang...

ade drg cerita mmg akn ade langsuir yg join perjalanan anda dari belakang, anda rocket bende tu pn roket, klu anda willie, bende tu pun willie sbb bende tu mmg dh sediakala mmg stail terbang...so better korg terbalikn utk tidak rse terperanjat yg amat sgt sehingga boleh mengundang padah....

sekian serba sedikit cerita yg jadi kt saya dan sy drg dr org laen ttg high way karak, jalan lama dan jalan baru dan highway lpt...

betul atau x, percaya atau x, itu terserah kepada saudara2 sekalian...hak masing2

selama 15 tahun guna jalan2 tersebut, dari bawak kerete ke moto ke naek bas ke, pagi ke ptg ke mlm ke walhal kul 3 pagi ke, ini la yg tau serba sedikit ttg KARAK...

ade stu pengalaman lg yg jadi kt sy time kt KARAK tp ngeri gegiler nk cite...

tips :

hentian genting sempah ke temereloh --- bawak la selaju dan dalam keadaan yg terkawal sehabis boleh...

temerloh ke maran --- bawak rilek2 je, jgn tgk kiri kanan, tgk depan je...

maran ke gambang --- bwk dalm keadan yg selesa, jgn tgk depan sgt, tgk jgk kiri kanan anda

gambang ke kuantan --- jgn tgk belakang, tgk kiri kanan xpe , depan jgn xtgk plak, wajib tgk !

tips2 diatas byk guneny...klu anda amalkan insyallah akan dapat manfaat ny

 

selamat mengamal dan selamt berjaga2



-- Edited by nanke on Tuesday 21st of June 2011 12:32:50 AM

__________________
- TEAM LUCKY STRIKE SUZUKI -


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 73
Date:


 

ade stu pengalaman lg yg jadi kt sy time kt KARAK tp ngeri gegiler nk cite...

 

CECITER CECITER........



__________________

MEMERHATI DAN KESIMPULAN .......



Guru

Status: Offline
Posts: 555
Date:

VOLKWAGEN 2 TOP MSA THN 80AN LG
RAIDER XDER KPALA PN PRNH JGA DGR CITER
SMMG NYER HGWY KARAK TRBAIK UTK MEMAHIRKN TUNGGANGAN

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

trima kasih NanKe....pengalaman menarik serta info2 yg berguna kpd kita semua..



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 325
Date:

Pengalaman yg menakutkan..,tapi amat berguna untuk mereka yg

akan melalui lebuh raya ni...

Berhati-hatilah di lebuh raya.. Ingatlah makluk halus.

Jangan pandang belakang!!!!!!!!!!! tgk depan je.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 1370
Date:

insyaallah kalau naik kereta tu pasang la bacaan ayat2 alQuran insyaallah tiada yg menganggu, serta tenang jer pemanduan kita nanti

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 150
Date:

taun lepas aku ada ride sorang2 naik gpz900 menghala ke kerteh. bertolak dari shah alam lebih kurang pkol 10 malam. semasa dekat karak aku agak laju tp duduk line kiri jer sbb kenderaan lain mmg xda.

tetiba aku pelik kenapa ada satu mto ni 'wrong way' ke arah jalan aku tp dia sbalah line kanan..mto tu pon selisih dgn aku. xda rasa seram cuma aku ckap ja dalam hati, 'isk, dkt karak ni org asli xtau naik mto ke, suka hati ja bawak moto mlm2 gelap mcm nie, munkin dia senang nk u-turn balik rumah nnti' pastu aku sampai dkt kuantan cerita dkt saiful jepon pasal nie.

pastu dia pon bukak cerita la.. dah ramai jgk org kena.. so lpas nie xbrani la aku. nasib baik la kondisi moto cemerlang. walaupon hujan lebat masa nk balik aku x brenti. redah jugak. takot punya pasal sbb saiful ckp dkt satu bukit tu orang xprasan. bnyak eksiden. huhuh.... (maaf pada sesiapa berketurunan asli)

__________________

Berminat dgn part-part gpz900r? bole contact sy...byk nk jual..nk pindah rumah.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 322
Date:

alhamdulillah selamat...
bayangkan klu korg sorg2 kt karak kul 4 pagi parking tepi highway sbb minyak moto habes ...
cube korg bayang...cube try....

terus terang aku ckp ape yg korg byangkan tu xsame dgn keadaan sebenar, hanya yg pernah mengalami keadaan itu shj yg tau mcne rseny...
menitik air mate wooooo...

p/s : amy9, nnt2 esok lusa bile2 nk turun pantai timur roger2 la, boley aku jd peneman haha

__________________
- TEAM LUCKY STRIKE SUZUKI -


Senior Member

Status: Offline
Posts: 283
Date:

HUHUHUHUHUHUHUHUHU CITER YG MENARIK NI.....

AKU PN ADE 1 CITER GAK YG NK D KONGSI KN BERSAMA

bnde ni benar2 trjadi kt aku,mse tu raya ketiga taun 2009 jam kol 11.30pm tgh lepak2 minum sorng petik ajak trun p.pinang jd dgn pantas kitorng blik umh masing2 utk brsiap pack bju n coci2 ckit rxz yg dh berdebu tu siap sume kitorng grak dri sg buloh mlm tu dlm kol 12.30am gak,mse prjalan tu tipu ar kalo nk bwak kedamain kompom2 la meter duduk kt 170kmh pling slow,masuk perak kitorng maintain slow je dlm 120kmh cmtu,sblum smpai 1 terowong pe ntah kt perak coner nye coner trnampak sorng lelaki brjubah putih siap dgn serban skali brdiri btol2 tepi jln smbil melambai2,masing2 buat x reti sbb agk nye masing2 dh tau hal tp aku degil aku toleh ke belakang sbb x puas ati tp lelaki tu dh xdeashamedashamedashamed,seram la jgk ble dh jd cmtu kitorng pn mnerus kn prjalanan kuar drpda terowong skali lg kelibat lelaki td muncul kt tepi jln dan sume yg ade mse tu nmpak ape lg buang gear x bg can la pulas smpai x mau......

smpai p.pinang pagi tu kitorng tido dan mlm nye pekena pasembor ngn char kuey tiaw perghhh lyan beb,lpas selesai mkn kitorng pn grak blik ke sgbuloh dlm kol 1pagi kot,blik tu slow je maintain dlm 140kmh,cun2 sblom sgperak sekali lg aku kne kacau x tau pe bnde ntah tetibe mtor jd berat dri maintain 140kmh drop smpai 100kmh je kne tggl plk ngn mmbe2 yg dh laju dri td lg,cbe korng bayang kn trun bukit pn smpai pkai gear 4 trottle pulas abis tp mto x de over rem meter tetap 100kmh,time tu x pkir pn psl bnde2 tu yg aku pkir cme mybe mesin aku problem,aku pn pulas je trottle nk kejar blik mmbe2 aku tp x blh sbb berat ,mula la trbayang yg bkan2,aku pn toleh ke belakang tp x de spe2 aku pn tawakal je la ckap sorng2 atas mto tu aku ckp "ko jgn la kaco aku,g la main jauh2 aku first time lalu jln ni" dgn bacaan sdikit ayt yg aku  tau,lps 5km lbh kurng lps tu mto ttiba je ringan jd cm biasa,perghhh dlm hati aku dh agk mmg kompom bnde tu laevileye.....

lps dpt blik power mesin rxz yg ade aku pn kejar la mmbe2 aku yg dh jauh kedepan,dgn keaadaan takot aku smpai kt sg perak aku tgk mmbe2 aku tgh tggu aku,dgn selamba nye aku tros sound dorng "tau la mtor baru jgn la tggal kn aku sorng2,korng x tau pe jd kt aku td" dgn keaadaan terpinga-pingaconfuseconfuseconfuse mmbe sorng ni jwab"la kn ko ade je ngn kitorng td pstu ko x ckp pe2 pn aku nmpak ko brnti kt jambatan tu td (jmbatan sblom petronas sg perak) pastu aku nmpak ko u turn blik aku ngat brng ko cicir ke pe''...FUUUUUUHHHH seram aku makin brtambah...mcm mne plak mmbe aku ckp aku ade je ngn dorng?pe punca mto aku berat?spe sbnar nye yg ikot dorng??????aku pn bkk citer dri A smpai Z,pe lg masing2 belacan (tido) kt hntian sg perak tu sbb x snggup menanggung seram dhnonono,kol 10am bru kitorng grak blik sgbuloh......

fuhhh trbyang lg pristiwa tu

 



-- Edited by keCik 1c on Thursday 23rd of June 2011 07:35:17 AM

__________________

RXZ DULU KINI SELAMANYA!!!!!!!!.......HAHAHAHAHAHA
''SETTING BY: BACOK GILE''



Senior Member

Status: Offline
Posts: 283
Date:

rahami wrote:

ada sapa2 tahu cerita mistik pasal kt exit highway PAGOH ?

lokasinya kt area bwh flyover exit Pagoh...


alamak pagoh dh jd bualan ke,aku pn pnh dgr citer ramai gak yg pnh kne nmpk kelibat pmpuan tu kt kwasan tu tp x tau la btol ke x...huhuhu nsib baek kmpung aku kt segamat je ngn jai...hahahahahahahabiggrinbiggrinbiggrin

 



__________________

RXZ DULU KINI SELAMANYA!!!!!!!!.......HAHAHAHAHAHA
''SETTING BY: BACOK GILE''



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

keCik 1c wrote:

HUHUHUHUHUHUHUHUHU CITER YG MENARIK NI.....

AKU PN ADE 1 CITER GAK YG NK D KONGSI KN BERSAMA

bnde ni benar2 trjadi kt aku,mse tu raya ketiga taun 2009 jam kol 11.30pm tgh lepak2 minum sorng petik ajak trun p.pinang jd dgn pantas kitorng blik umh masing2 utk brsiap pack bju n coci2 ckit rxz yg dh berdebu tu siap sume kitorng grak dri sg buloh mlm tu dlm kol 12.30am gak,mse prjalan tu tipu ar kalo nk bwak kedamain kompom2 la meter duduk kt 170kmh pling slow,masuk perak kitorng maintain slow je dlm 120kmh cmtu,sblum smpai 1 terowong pe ntah kt perak coner nye coner trnampak sorng lelaki brjubah putih siap dgn serban skali brdiri btol2 tepi jln smbil melambai2,masing2 buat x reti sbb agk nye masing2 dh tau hal tp aku degil aku toleh ke belakang sbb x puas ati tp lelaki tu dh xdeashamedashamedashamed,seram la jgk ble dh jd cmtu kitorng pn mnerus kn prjalanan kuar drpda terowong skali lg kelibat lelaki td muncul kt tepi jln dan sume yg ade mse tu nmpak ape lg buang gear x bg can la pulas smpai x mau......

 


mungkinkah kelibat lembaga yg sama kini telah berada di Selangor

yang telah meminjamkan 'PLUG" pada Yaslibrary!!!....

hanya Yas saja yg mampu menjawab!!....

JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELAPUTI.... MISTERI!!!!!

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

setelah membaca kisah kecik1c membawa RXZnya mantain 170km/h..

maka aku membuat kesimpulan dan ingin menerangkan kpd pihak berkuasa..

sekiranya mereka membawa laju di Highway.... mereka bukan lah

berlumba...... merempit... atau samseng jalanan...

TETAPI.... ada sesuatu yg MISTERI telah berlaku!!!...

harap pihak berkuasa tidak menuduh mereka sembarangan!!!....



-- Edited by MamatKapar on Thursday 23rd of June 2011 08:32:34 AM

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 375
Date:

keCik 1c wrote:
rahami wrote:

ada sapa2 tahu cerita mistik pasal kt exit highway PAGOH ?

lokasinya kt area bwh flyover exit Pagoh...


alamak pagoh dh jd bualan ke,aku pn pnh dgr citer ramai gak yg pnh kne nmpk kelibat pmpuan tu kt kwasan tu tp x tau la btol ke x...huhuhu nsib baek kmpung aku kt segamat je ngn jai...hahahahahahahabiggrinbiggrinbiggrin

 


nasib baik exit pagoh tu dopan lagi... kite pancung masuk tangkak la... heheheh... kocik yok balik kampong...biggrinbiggrinbiggrin



__________________

-tak kan melayu hilang di dunia-



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

kecik 1C...itu terowong dkt dgn Jelapang...wooooo...woksegan kuning.

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 928
Date:

aku membesar dengan ribuan kisah misteri sepanjang jalan dari jengka-temerloh-bentong-karak-kl.......semuanya dalam kenangan.....sudah 19 tahun aku tidak merasa pengalamn di gangu di jln berkenaan....tapi 19 tahun dahulu...peh..........x sangup.......jeng jeng jeng

__________________

BERKAWAN LAH SEBAGAI SEORANG KAWAN

JANGAN LAH BERKAWAN SEBAGAI SEEKOR HAIWAN



Guru

Status: Offline
Posts: 906
Date:

rahami wrote:

kecik 1C...itu terowong dkt dgn Jelapang...wooooo...woksegan kuning.


 hehe..laluan bulanan ak tu rahami...

n berhati hati kepada sesiapa yg melalui hiway nih....selekoh selepas terowong ke arah utara di tengah2 mlm...agak 'berbahaya'kerana ad 'org' akan melompat dri divider tengah ke arah kenderaan anda...secara x langsung anda akan terkejut dan hilang kwalan....ini berdasarkan cerita kwn kpd kwn teman...blankstare



__________________

rerajin la tepon teman jika sampai ke pasir gudang.... 012-4495983 

 

ABC 1599,ADS 2394...ku Mencari... WAY 6235..starT to d End... 



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

nanke wrote:

alhamdulillah selamat...
bayangkan klu korg sorg2 kt karak kul 4 pagi parking tepi highway sbb minyak moto habes ...
cube korg bayang...cube try....

terus terang aku ckp ape yg korg byangkan tu xsame dgn keadaan sebenar, hanya yg pernah mengalami keadaan itu shj yg tau mcne rseny...
menitik air mate wooooo...

p/s : amy9, nnt2 esok lusa bile2 nk turun pantai timur roger2 la, boley aku jd peneman haha


mesti ko menangis teresak esak kat tepi jalan tu kan?...

abih..sapa yg tolong hantar minyak??

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1370
Date:

wei aku nak balik kl minggu depan ni!!! nak kena ikut jalan maner nanti??? hahahaahahahahaahahaha lalu siang hari la jawapnyer!!!

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

hitam_kidal wrote:

wei aku nak balik kl minggu depan ni!!! nak kena ikut jalan maner nanti??? hahahaahahahahaahahaha lalu siang hari la jawapnyer!!!


seeloknya ko balik jer malam..sorang sorang...

kalau ko jumpa...

boleh la ko bercerita kat kita orang...

bertambah la posting ko.... bleh lawan posting aku ..akekeke

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

nak xnak..kena la lalu gak...

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

rahami wrote:

nak xnak..kena la lalu gak...


kalau nak diikutkan...

dimana2 ,....ada saja mahluk tu.... samada ia mahu menonjolkan diri atau tidak.

Taman peRumahan kawan aku... kalau bukak pintu dapur selang 2 kaki je dah tanah perkuburan.... kalau bukak tingkap dapur tu ..hampir setiap hari ..ada saja jenazah yg dikuburkan.

aku tanya.... ada jumpa apa2 ker sepanjang tinggal ditaman ni...

dia kata Ok jer.... tak de apa pun....

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 5371
Date:

hiway kolo pilah - somban.hehehe

jalan seromban - kuala pilah..BUKIT PUTUS..(jalan lamo)..banyak yo donga cito pasal hal menyeramkan ni...tapi den lalu kek situ tongah malam dulu-dulu lum ponahla jumpo laie..mungkin sobab den bantai berlumbo ngan LOMBIK.. "dio" tak sompek koja..hehehhee...tapi den cito anla cerito kawan ateh kawan..tipu dio tipula den...

cito pertamo...

sekumpulan mat motor (tahun 90an)la..menghala ke seremban dari kolo pilah..jam lebih kurang 12 tengah malam..sampai selekoh pokok durian bosa tu ado plak roadblock..abis semuo pusing balik..pastu suruhla salah sorang geng dio usha line bawa moto complete nak tengok botul ko tak ado roadblock sobab memang tak ponah pun ado roadblock kat bukit putus tu apotah laie waktu malam...lagi beberapo meter nak sampai ke roadblock tu barula dio nampak....memang roadblock tapi roadblock zaman bukit kepong punyo..polis pakai seluar pendek..pakai pelito..dan pakai tong dram yo(sekarang kan pakai kon)..apo laie..member pun pusing balik..cakap kat member..last-last semuo tido kek ulu bendul..matahari dah naik barula diorang teruskan perjalanan...

cito keduo...

kalau dari seromban ikut bukit putus jalan lamo mesti korang akan nampak signboard " SELAMAT DATANG KE KUALA PILAH " kan..???..tapi signbord tu kalau nasib tak baik dio akan bertukar jadi "SELAMAT DATANG KE KUALA PILAHI) ..tau tak mana datang I plak kat ujung tu...sebab ada pocong yang berdiri togak kek sebolah H tu...ramai dah orang jumpo...sobab tu dulu kalau lalu jalan tu malam-malam den tak pandang signboard tu..hehehehhe

banyakla cito laie tapi den dah lupo...banyak kenangan bukit putus ni..kosan parut pun ado koner bukit putus punyo pasal..tapi semonjak ado jalan baru ni..dah sonang dah...tapi kalau korang perasan jalan baru ni laie banyak makan nyawo dari jalan lamo walaupun jalan baru ni lurus yo..kenapa..???fikir-fikirkanla...selamat beramal....



-- Edited by manggo on Thursday 23rd of June 2011 04:19:02 PM

__________________
                                                        N9 RD members


                                                         RD LC in memory


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:

Pengalaman aku tak de la berkait dengan hiway karak...tapi pengalaman mistik naek motor...heheheh~

1. Aku ni suke lepak sampi kul 2-3pagi... nak balik umah pon kene kacau... tetiba ade ppuan terbang pastu duduk kat seat blakang...dia punya mengilai masyaAllah helmet aku yang ketat ni pon macam dia dalam helmet aku...kuat gile...tengok side mirror blakang haiisssh gelap terus...hehe~

2. Hiway Sedenak shot dari Batu Pahat pukul 8 malam, sampi situ motor da full throtle tapi naek 10kmj...pastu aku tegur kuat2, "nape motor aku lembab woi"...pastu trus naek 120kmj...huhuhu..~

3. Tempat same jugak Sedenak bertolak dari JB pukul 6petang, datang dari mane ntah sekeping besi melayang dari langit... mase tu lori tak ade, flyover tak de....kene tepat kat motor kawan, dan kaki beliau....kasut timberland yang keras trus kemek... =.="

4. Mase jalan2 pegi ke bundle, gune laluan jalan lame Air Itam-JB...pukul 12malam...tengah2 kebun sawit ade ppuan tengah menunggu bas bawah lampu jalan...huhuhu~

banyak ag...tapi malas nak ingat, kalu berani takpe jugak aku ni...adeh~ =.="

__________________
click for visit our Blogspot..=) Thanks~)





Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:

lagi satu baru2 ni bulan Mei aku teman member aku amek motor zzr dia kat melaka, ikot jalan Muar-Batu Pahat... dalam kul 1pagi, mula2 nampak makcik tua tutup kepala pakai kain batik tepi jalan, aku dalam ati " Makcik ni buat ape malam2.." pastu dia hilang...xsampi 20saat makcik tu ade betul2 depan aku tengah2 jalan plak tu...aku elak la...gile lu nak langgar...huhuhu...tapi trus dia hilang...adeeeehhh...tak suke betol nampk bende2 ni... =.="

__________________
click for visit our Blogspot..=) Thanks~)





Guru

Status: Offline
Posts: 1370
Date:

tapi dulu aku pernah gak lalu karak dengan xder lampu motor akibat coil terbakar tu!!! aku redah sampai kuantan, aku 3 bijik maser tu , aku, kuda kepang, ngan marol. bawak motor sambil berzikir la

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 2137
Date:

paling senang ingat pesan den............

"jangan berani sangat sampai mencabar,jangan takut sangat sampai menyembah(ngangkung ekor)huhuhuhu"

(maksudnya-terlalu berani@terlalu takut kat makhluk halus ni lah ya)

mengulas cerita nanke.......

kesimpulan dia senang...

org yg dah biasa dgn kawasan tu@org kg tu,dia xkan jumpa,mungkin susah kena sakat

org yg bukan org kg tu,bukan dari situ,memang slalu kene sakat....

lokasi-xkiralah ,karak ker,pagoh ke,perak ke....sama jer.n lah sifir dia(boleh jadi ya,boleh jadi x)

p/s:kalo nak kena sakat,kat kg sendiri pon kene gak......depan umah sendiri plak tu...cam aku....seram tgkuk nak citer!!!!!!!ashamedashamedashamed



__________________


"wa caya lu brader!!!!!!!!!!"

"RMR pencetus fenomena retro negara"



Guru

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

saya ada pengalaman ni....

 

sedang sy memandu dari kuala lipis ke gua musang sekitar lewat tahun 90an....sebuah kereta waksegan dlm keadaan gelap gelita di pandu dgn agak perlahan....aku pun trus memotong. selang 2-3km kereta waksegan  tu masih ada dihadapan , lalu aku pun memotong dgn tenang. 

tapi bila terjadi keadaan yg sama hampir 10 kali , aku menjadi was2.....macamna wak segan tu masih ada di hadapan ? padahal dah berkilo2 aku tinggalkan di belakang. 

Aku gagah kan diri dgn trus memandu tanpa lihat di belakang. Next stop RNR merapuh , aku berasa lega. trus masuk parking dan order kopi o besar utk merehat jiwa yg tengah xtenteram. 

 

sambung esok la.....dah malam ni.



__________________

-setting by nazries-

Uploaded with ImageShack.us
RON95 - $1.85



Senior Member

Status: Offline
Posts: 322
Date:

hampir - hampir air mata aku menitik !!! serius tak bohong !!!!
kelam kabut pikir
nk tido tepi jalan ke tp takut sampai menggigil kepala lutut,
nk tolak moto sampai genting sempah mau patah tulang belakang,
tgh2 kelam kabut tu...berenti satu van buruk !!! buruk mmg amat buruk !!!
mak makin menggigil sampai nk terkucil aku dibuatny...

p/s : hitam kidal, klu nk balik saing roger2 la hahaha aku pun cadang2 nk blk kampung gk ne

__________________
- TEAM LUCKY STRIKE SUZUKI -


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

otai_1kt wrote:

sambung esok la.....dah malam ni.


 sedang menanti sambungannya.. ashamed



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

nanke wrote:

p/s : hitam kidal, klu nk balik saing roger2 la hahaha aku pun cadang2 nk blk kampung gk ne

 balik saing senang sket...wink



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 1370
Date:

rahami wrote:
nanke wrote:

p/s : hitam kidal, klu nk balik saing roger2 la hahaha aku pun cadang2 nk blk kampung gk ne

 balik saing senang sket...wink


 hari rabu ni aku nak balik au4 nak follow ker? hehehehehe



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 895
Date:

perh.....byk ye kisah misteri.....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 283
Date:

MamatKapar wrote:

setelah membaca kisah kecik1c membawa RXZnya mantain 170km/h..

maka aku membuat kesimpulan dan ingin menerangkan kpd pihak berkuasa..

sekiranya mereka membawa laju di Highway.... mereka bukan lah

berlumba...... merempit... atau samseng jalanan...

TETAPI.... ada sesuatu yg MISTERI telah berlaku!!!...

harap pihak berkuasa tidak menuduh mereka sembarangan!!!....



-- Edited by MamatKapar on Thursday 23rd of June 2011 08:32:34 AM

-BETOL2 SOKONG ABG MAMAT 100%
TAPI JANGAN LA SELALU PLAK JD CMTU KANG BETOL JUMPA MASAK NNTI

__________________

RXZ DULU KINI SELAMANYA!!!!!!!!.......HAHAHAHAHAHA
''SETTING BY: BACOK GILE''



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

MamatKapar wrote:

Klang, Selangor. (Jalan Pintas dr. Jalan Kebun - Jenjarum, Banting)

Kejadian baru baru ini saja berlaku, Yaslibrary melalui jalan ini menggunakan motorsikalnya AR80 setelah berjumpa Apekfumi di Jalan Kebun,.. ketika melalui jalan  dlm sekitar 12.00 mlm.. secara tiba tiba motorsikalnya mati, setelah diperiksa ternyata plugnya telah tercabut dan hilang. Yas memang perasan..sebelum ni mmg dia tidak mengetatkan plug tersebut, maka yas pun mencari2 disekitar motorsikal tersebut. oleh kerana lampu jalan tiada, memang agak sukar nak jumpa.. dia pun putus asa dan terus menyorong motor dgn harapan ada org lain akan membantu menunda mtorsikal beliau.

beberapa meter selepas menunda, didalam kegelapan malam tersebut..kelihatan kelibat seseorang berjubah berdiri dihadapan beliau... memang beliau pun seram ketika tu, tapi oleh kerana beliau nekad tak mahu tinggalkan motor AR80 nya maka yas pun lalu terus juga bergerak kearah org yg berjubah tersebut yg semangnya berada di laluan yas. Apabila sampai saja dihadapan org tersebut... org yg berjubah itu terus menghulurkan plug pada Yas.. Kelibat muka org yg berjubah itu mmg tak nampak sbb keadaan gelap, tetapi dalam ketakutan tersebut, yas mengambil juga plug tersebut dan terus memasang dan terus menghidupkan motor.

Pabila motor hidup, Yas pun menoleh kearah org berjubah tersebut untuk mengucapkan terima kasih... ternyata orang tersebut sudah tiada/ghaib entah kemana... Yas pun apa lagi..... FULL TROTTLE la..walaupun Yas bukan geng FULL TROTTLE.... 300km/h laaa... pabila sampai dirumah. macam biasa laa...Gigil ketakutan dicampur gigil kesejukan malam.

Dipendekan cerita...keesokkan paginya..pabila Yas nak pergi kerja... bila nak hidupkan motor AR80nya.. ternyata plug sudah tiada lagi...... misteriiiiiiiii!!!! cerita ini diceritakan sendiri oleh Yas... jikalau Yas temberang.... maka YAS lah yg bersalah...bukan aku yeaa...!!!

 

 

 


 kisah nie ada betul ya...
jalan yg yas lalui tu dulu2 orang pggil jalan rabok..mmng gelap gelita..tpi itu satu2 nya jalan pintas ke banting/jenjarum/morib


 



__________________

                       Dengar lagu lama....Hidup lebih lama



Senior Member

Status: Offline
Posts: 322
Date:

rabu kerje boss !!! huhuhuhu

__________________
- TEAM LUCKY STRIKE SUZUKI -


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

rahami wrote:
otai_1kt wrote:

sambung esok la.....dah malam ni.


 sedang menanti sambungannya.. ashamed


yeaa... Otai1kt ada cerita pasal hal ni...

macam terasa nak terkencing kencing sbb seram sangat.......

lepas otai1kt cerita kejadian tu.... aku pun balik ke Kapar..... dlm perjalanan balik.... aku mengalami kejadian yg sama..

masa tu aku bawak Lctong dlm 130km/h.... aku line kiri,,, potong semua kereta ... terperasan kereta naza Citra.. aku potong sayur...

selang 1 km...jumpa balik keta citra kaler sama... aku potong lagi....

sampai kat tol..... keta citra kaler yg sama..tengah bayar tol.....

masa tu aku tak kesah sangat......

sampai kat traffic light Meru... kete citra tu berhenti sebelah aku..

aku cuba tengok kat dalam... tapi samar samar sbb cermin tinted..

lampu hijau jer... aku terus pecut sampai kapar... lebih kurang 7 kilo aku tapau kete ..citra tu.. Sampai Kapar... keta citra kaler sama dah ada kat depan aku.... aku pun terus potong traffic light tu..tak tunggu kaler hijau pun..

aku terus besit sampai rumah dlm kol 10 malam....

sampai rumah jer..... aku dah ternampak citra tu dah parking depan rumah aku. aku tergamam.....

hisss seram laa nak sambungkan citer..... bulu aku dah berdiri semua ni.....

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard