Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. Ibu: SalimSalimbangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. Salim: Alah mak Salim tidak mahu pergi ke sekolah! Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah. Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah. Ibu: Ehehbertuah punya anak! Salim dengar baik-baik. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun.. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH.!!!