Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini..Nauzubillah!!
Apa sudah jadi dengan dunia artis sekarang ini. Membela, memegang dan menbelai anjing sudah jadi macam perkara biasa bagi artis Melayu beragama Islam. mereka menjadikan anjing seolah-olah sma seperti binatang piliharaan lain seperti kucing misalnya. Mereka kelihatan berbangga berposing dengan anjing kesayangan mereka. Anda perhati dan kenali artis-artis ini. Mungkin dia artis pujaan anda selama ini.
Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".
Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?
PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.
Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :
Barang siapa yang memeliharaanjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap haripahalanya berkurangan satu qirot.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
saya pun ada bela anjing wat jaga kebun(1995-2001)......last sekali anjing tu blah cam tu jer coz dia dah tua n dah tak larat(anjing memang camtu,dia akan tinggalkan tuan dia bila dia rasa dah tak mampu berbakti tuk tuan dia)........tapi hasilnya kebun saya selamat dari kes kecurian sawit dari manusia yg perangai lebih teruk dari anjing!!!!!
Saya ade citer pasal anjing,berlaku thn 1973 masa tu sy tggl di Estate sb bapa dulu keje kt situ dan kebanyakan penduduk disitu org india.Bleh kata smua india kt situ bela anjing termasuk jiran sebelah rumah.Umur sy pd masa tu 6thn dan berkawan dgn anak jiran yg sebaya sy dan tambi tu memang baik ngan sy.Satu hari....
adoiiii... bro pun dah pandai sambung sambung... hahaha
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
Bab sentuh bukan muhrim, tak tutup aurat, tak sembahyang, tak puasa, beli nombo ekor, riba kita pandang ringan... bab benda yg tak berdosa ni kita pandang berat...
Bab sentuh bukan muhrim, tak tutup aurat, tak sembahyang, tak puasa, beli nombo ekor, riba kita pandang ringan... bab benda yg tak berdosa ni kita pandang berat...
Renung2 kan...
apa maksud tuan hamba... yg tak berdosa tu?..
sekadar perbincangan yg sihat.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
Saya ade citer pasal anjing,berlaku thn 1973 masa tu sy tggl di Estate sb bapa dulu keje kt situ dan kebanyakan penduduk disitu org india.Bleh kata smua india kt situ bela anjing termasuk jiran sebelah rumah.Umur sy pd masa tu 6thn dan berkawan dgn anak jiran yg sebaya sy dan tambi tu memang baik ngan sy.Satu pagi tambi jiran sebelah rumah tu bagitau yg anjingnya telah melahirkan 6ekor anak anjing yg comel2 dan mengajak sy tuk melihat anak anjing tersebut.Memang comel dan gebu anak anjing tu...geram tul!!Tak leh tahan sy tgk,klu leh nk bela seekor.Tambi tu mendukung anak anjing tu satu persatu....pastu dia suruh sy plak dukung anak anjing tu...sy yg jahil pd masa tu,pe lagi sy pun abik anak anjing tu,sy dukung,sy belai,sy timang tinggi2 smpai cucur atap..eh memang best lah,,,oleh kerna dah syok sgt sy pun ckp tambi tu..klu leh nk mintak sekor,mulanya dia sayang nk bagi..tp ayat demi ayat akhirnya dia beri sekor,seronok tul sy pada masa tu dapat bela anjing.Selepas puas bermain anak anjing bersama ngan tambi tu,,,tengahari tu sy pun bawaklah pulang anak anjing tu...masa tu ibu sy x tau lg sebab x nampak yg sy pegang anjing. Sy pun sorokkan anak anjing tu kt dalam reban ayam kt belakang rumah.Sy bersihkan skit lantai reban ayam tu..dan lapikkan ngan kain2 buruk agar ank anjing leh tidur ngan selesa.Tiba2 je...jari sy ni krem plak...bukan penat bersihkan reban tp penat menaip nieee..sambung sok lah..heehehhee
hik2.......sambung la skarang....syok baca ni,mesti kelakar jap lagi.....huhuhu
naseb baik posting dia ni tak de penaja iklan..... kalau tak mau berbuih mulut tunggu!!
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
adoiiii... bro pun dah pandai sambung sambung... hahaha
NIee baru nk belajar sambung2 la...cikguuuu...hehehe
Episod akhir:perkataan Aku mgantikan Saya pasal citer makin suspen hehehe..
Tiba2 je jari aku terkena taik ayam...("hiisss taik ayam plak.. kene basuh bersih2 niee..najis"kata aku).sebenarnya x tau yg pegang anjing tu lg najis..he3.Aku pun g cuci tangan kt paip jamban di blkang rumah.Aku rasa xsesuai anak anjing niee kt reban ayam lah,sb banyak sgt taik ayam.aaahhh!!bawak masuk rumah jelah anak anjing niii..Aku pun bawak masuk anjing tu kedlm rumah,mulanyer mak aku x perasan sb dia tgh sibuk memasak kt dapur,yg ader adik pompuan aku baru umur 4thn.Aku pun main lah anak anjing tu dgn adik aku kt ruang tamu,mcam anak patung.Adik aku pun seronoh dgn anak anjing tu sampai gelak tawa(gelak dak umur 4thn).Ibu kt dapur sedar yg aku sedang bmain dgn adik aku kt ruang depan rumah..lalu menyapa aku...
Ibu:(suara dari dapur)Alonggg... main aper tu ngan adik???
Aku:Xde ape la mak!!adik niee suker sgttt...ketawa2
Tiba2 adik aku terpukul anak anjing tu...lalu anak anjing tu pun menjerit kesakitan.... (keeeinnng!!! keeeinnng!!! keeeinnng!!!)Dari dapur ibuku meluru kedepan dan melihat anak2nya sedang bermain dgn anak anjing...
Ibu:heii...long knape main anak anjing niiii...Ya Allahhh..maner ko dapat anjing nie....hisssyyy...(dgn nada marah dan cemas,lalu aku pun dipukul)
Aku dan adikku:Uuuggwaaaaaaaaaaaaa......(menangislah aku mengikut nada lagu berduet)
Dipendekkan citer...aku dan adik dimandikan dgn air tanah satu badan kt tepi parit yg berhampiran dgn reban ayam belakang rumah.Yang lucu nyer mak aku sekali mandi air tanah.Hampir seluruh rumah aku juga dibasuh dgn air tanah.Tulah pengalaman aku masa kecil dulu yg x dapat aku lupakan sampai skang....TAMAT
he he he..... nasib baik budak india tu tak bela anak kerbau kontot.....
lagi haru laa .....
-- Edited by MamatKapar on Monday 19th of September 2011 10:17:18 PM
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
he he he..... nasib baik budak india tu tak bela anak kerbau kontot.....
lagi haru laa .....
-- Edited by MamatKapar on Monday 19th of September 2011 10:17:18 PM
pentol lahir thn 1982...belum jadi laeii...
entah2 che mat pun x ujud lg..1973 ni zaman moto vespa,lambretta,BSA,Norton dll
baru setahun.... baru pandai cakap... guugugu ga gaga