RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kalau rasa panas.... ambil wuduk!!

Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Kalau rasa panas.... ambil wuduk!!

Sejukkan Dengan Wuduk
 
download?mid=1%5f116148%5fAGnjimIAADRdTnn04w4kPgprjrM&pid=2&fid=Inbox&inline=1
 
"Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah. (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk. Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

Senior Member

Status: Offline
Posts: 237
Date:

......kalu marah abik wuduk
......kalu marah gak solat sunat 2 raka'at
......kalu marah gak aku start moto ronda 1 kampung...hehehe

__________________

   11879_457149111031718_69093270_n.jpg

Klik to join>>> https://www.facebook.com/groups/luckystrikearraf/

Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

arraf wrote:

......kalu marah abik wuduk
......kalu marah gak solat sunat 2 raka'at
......kalu marah gak aku start moto ronda 1 kampung...hehehe

kalau moto rosak sbb block kawan rosakkan camna??

MamatKapar wrote:
arraf wrote:

......kalu marah abik wuduk
......kalu marah gak solat sunat 2 raka'at
......kalu marah gak aku start moto ronda 1 kampung...hehehe

kalau moto rosak sbb block kawan rosakkan camna??

                    moto rosak naik kete,x pun naik basikal....susah2 naik je bas MARA dok   relexx kt blkang smbil kenang kisah lalu...aduhaiii....yg penting jgn marahhhh..he3 

__________________

   11879_457149111031718_69093270_n.jpg

Klik to join>>> https://www.facebook.com/groups/luckystrikearraf/

Guru

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

cam mana nak ride bang. . . . moto ada kat bengkel.lagi

__________________

-setting by nazries-

Uploaded with ImageShack.us
RON95 - $1.85

Guru

Status: Offline
Posts: 2016
Date:

MamatKapar wrote:
arraf wrote:

......kalu marah abik wuduk
......kalu marah gak solat sunat 2 raka'at
......kalu marah gak aku start moto ronda 1 kampung...hehehe

kalau moto rosak sbb block kawan rosakkan camna??

mengadu dlm porum. . . raih simpati. mula2 kena lock , pastu delete.

__________________

-setting by nazries-

Uploaded with ImageShack.us
RON95 - $1.85

Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

otai_1kt wrote:
MamatKapar wrote:
arraf wrote:

......kalu marah abik wuduk
......kalu marah gak solat sunat 2 raka'at
......kalu marah gak aku start moto ronda 1 kampung...hehehe

kalau moto rosak sbb block kawan rosakkan camna??

mengadu dlm porum. . . raih simpati. mula2 kena lock , pastu delete.

kalau ati mula terasa panas... boleh la amik wuduk.

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard