salam semua forumer RMR.....sambil urusniaga sebuah yp dijalankan pada malam yang cuacanya hampir hujan sekeping banner RMR telah diambil untuk dibawa ke pucak tertinggi asia tenggara, gunung kinabalu.....
maka perjalanan menaiki burung besi bergelar kunang-kunang telah dikepakkan pada 21 september 2011
maka setelah 2jam30minit berlabuhlah burung besi tersebut di kota kinabalu international airport....sebelum tiba besi beroda sesi bergambar pon dimulakan tanpa banyak bicara kerana tiadalah kurang kodak di kamera...
di kampung air kota kinabalu tempat persinggahan...teh tarik mamak jua yang dicari...
purnama diganti suria aka perjalanan disambung semula..dari kk ke tamparuli ke kinabalu park jua destinasinya....
perjalanan jauh tapi tak terasa akibat pemandangan menusuk mata di kiri kanan hanya rimba dan gunung berawan jadi santapan jiwa
dah bayar conservation fee rm3 baru pintu gate dibuka..singgahsana sementara di asrama sebelum perjalanan disambung semula...
walau gunung yang didaki...baju racing masih dihati....
air gunung telah disaji..tadahlah tubuh buat mandi..air dingin sejuk sekali..belasah aje jangan tak mandi....dari kinabalu park ke timpohon gate bas menanti...tak payah kita berjalan kaki..kang lenguh pulak kaki..macammana nak tracking 6km lagi...
berjalan kaki berhati-hati..nak berlari tak kenal trek lagi..baik jangan tersadung kaki...nanti menyesal kena buat trip lagi...
angin dan awan berarak menempuh tubuh menyambut pendaki....setelah 6km dengan tempoh 5jam 32min, Laban Rata berjaya didaki...air panas jadi minuman kerana suhu hanya 5darjah celcius...tangan ditiup masih rasa beku...inilah trip paling sejuk menurut guide...
nak mandi tak sanggup lagi kerana water heater pon tiada...air sejuk umpama pisau yang membelah kulit sebelum kebas pantas menutupi minda...sepersalinan ditukar dan tubuh direhatkan.....oksigen dah kurang...nafas makin kencang..kepala berdenyut macam migrain...panadol 4bijik dah ditelan..deep heating rub disapu untuk elak muscle cramp...gebar berlapis-lapis tapi tilam masih lembab...baru pkol 7 petang tapi mata harus lelap..malam kang nak sambung hiking...
pkol 2pagi dikejutkan pendaki untuk memulakan pendakian ke puncak..tinggal 2km saja lagi untuk puncak tertinggi malaysia didaki
angin kuat dan hujan renyai-renyai menyambut perjalanan ke puncak..suhu dibaca hanya 2darjah celcius...snow cap dikepala ditutupi hood dari jaket...tongkat ditangan dihayun lengkah demi langkah...kepala ditundukkan supaya muka tak ditiup angin...hidung basah akibat hujan...hanya mulut jadi tempat bernafas...kekeringan tekak dibasah energy bar dan energy drink...caiyuk...
ibarat todak melanggar singapura..macam tu la awan melanggar batuan gunung...
setelah 2km perjalanan mencabar mental dan spiritual...2jam yang diharungi dibalas dengan pemandagan indah..g-shock berkabus menunjukkan jam 5.30 pagi...aiyak semayang subuh macam mana nih....
dan dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan umur hambaNya untuk merentangkan banner ini dipuncak kinabalu...amin
dan inilah kisah dari seorang aku yang berjaya menawan kinabalu.....
Tenz....
Sepanjang lebih 6 tahun ko melibatkan diri dalam
bidang keNEGROan ini... aku rasa inilah laporan ko yg
TERHEBAT!!!!!... caya bro...
ko nak aku cakap apa ni??...
nak DASAT ker AWESOME!!!???...
ahh aku bantai jer la yea...
DAS
DAS
DAS
DAS
DAS
DAS
DAS..SOME!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ( dasat & Awesome )!!!!
tapi kalau ko bawak kriss ko panjat gunung tu lagi hebatt!!!
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!

terima kasih dan tahniah kembali pada semua....tiada anda tiadala bannner RMR dipuncak kinabalu!!
sehingga artikel ini ditaip kepala aku masih dikinabalu....dah pudar bau asap 2t dan petrol campur R40...insyaallah trip hiking akan berlanjutan lagi...walaupun kaki sakit lagi.....
syamin : jiwa permotoran tak luntur dihati...fox racing masih menyelimuti buat mengingatkan diri sendiri siapa diri ini...
toaster : semoga panjang umur murah rezeki dapat panjat kinabalu..
mamatkapar : naik kriss kalo kena marah ngan warden park...
yamaha set : ada rezeki boleh naik lagik
manggo : harta karun lain yang lebih bernilai dijumpai...
rahami : everest blom lagik....belum cukup ilmu di dada dan currency dalam poket...
tq pada salsa kerana jemput ke tawau....nak lari ke sana tak cukup masa..jadual pack....
Try la naik gunung Nuang dulu..... test endurance,....
emmmm dah lama tak naik..
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
aku....gunung Datuk pernah , tapi kalau bukit berapit ....selalu.
Bukit berapit tu laluan penuh semak samun..... !!...
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
den selalu yorr bersihkan laluan tuk den!! sonang nak manjat!!! mamat tu yorr tobarr bonar hutan eh!!! hahahah
mamat jangan koba hutan..dah jadi rimbo dah..hahahah
ooo mungkin den panjat bukit itu ikut jalan lain......
Den jumpo hutan rimbo dulu ..pehtu baru nampak tanah lapang sebelum naik bukit berapit....