Harap maklum ------------------ Mulai hari ini 19/06/2009, Sila patuhi arahan yang diberikan dibawah sebelum membuat posting Jual/Beli. Ini adalah untuk mengekalkan dan menjaga keharmonian forum ini, ia juga adalah mengelak sebarang penipuan dan juga menjaga hak terhadap penjual maupun pembeli.
Peringatan akan diberikan pada Penjual/Pembeli yang tidak mengisi butir diri pada bahagian tersebut. Sekiranya dalam tempoh 2 hari Penjual/Pembeli tidak berbuat demikian, Maka posting tersebut akan dibuang.
2. SILA LETAK TARIKH DI BAHAGIAN SUBJECT PADA SETIAP TOPIC BARU UNTUK URUSAN JUAL/BELI. seperti contoh : "Motorsikal YP250 hendak dijual RM8k..... (19/6/2009)" atau : " Mencari Suzuki GP100 atau X7......... 13/06/2009)" Ini adalah untuk memudahkan pihak Moderator untuk mengemas kini rekod dan juga memudahkan pengguna untuk mengetahui samada posting tersebut baru atau sudah lama.Pada posting2 yg sudah sedia ada, diharap dan digalakkan posting owner dapat mengEDIT kembali posting tersebut
3. SILA UPDATE POSTING YANG SUDAH SELESAI DENGAN MEMAKLUMKAN "SOLD" ATAU "CLOSE". Sekiranya treat owner tidak sempat berbuat demikian, Forumer yang lain yang mengetahui urusan jual/beli tersebut boleh juga memaklumkan di topic berkenaan.
-- Edited by rahami on Friday 25th of November 2011 10:57:42 AM
Mulai dari tarikh hari ini ISNIN 13/6/2011, sebarang iklan jualan dari penjual/seller pada topic JUAL/BELI hendaklah diletakkan tanda harga. Sekiranya iklan tersebut tidak diletakkan tanda harga atau terlupa, Pihak moderator akan memberi notis peringatan, sekiranya dalam tempoh 2 hari dari tarikh iklan tersebut masih tiada pembetulan atau tidak diletakkan tanda harga maka posting tersebut akan dipindahkan ke bhg STOR AZURA dan diDELETE.
Antara sebab sebab perlu diletakkan tanda harga:-
1. Mengurangkan posting meleret leret yg berupa pertanyaan / PM dan sebagainya.
2. Mengurangkan dan menjimatkan pengunaan SMS/CALL HP rakan forumer yang bertanya harga.
3. Mengelakkan Penjual/Seller membuat cara seperti 'Lelongan" atau test market.
4. Memudahkan proses pemilihan, penjualan dan pembelian.
Cara yang terbaik adalah disarankan kepada pihak penjual/Seller terus meletakkan HARGA MATI, jadi tak perlulah pembeli membuat tawar menawar dan jelaskan sekali kos penghantaran samada FOC atau COD dll.