RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BAHAGIAKAH KITA?


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
BAHAGIAKAH KITA?


Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

Bang, bahagiakah kita?

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

Bahagia itu di mana? tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama, kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami

Apa perasaan mu?

Dia senyum.

Saya bahagia.

Hari ni boleh jadi bahagia tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya. kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya mentari kehidupan pun menyala petanda bulan bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.  

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan mujur hati sering diingatkan dia adalah hadiah Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?  

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan pelayaranpun diteruskan.

Bahagiakah kita?

Soalan itu kembali mengusik rasa.

Di mana bahagia itu?

Di hujung atau di pangkalnya?

Lalu saya temukan jawapannya

Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan.

Bahagia itu apa?

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan  rasa. Mampukah?

Bahagia itu ketenangan! kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

Ketenangan itu apa?

Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian sama sahaja.

Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?

Ingat Allah hati akan menjadi tenang.

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama terburai semuanya di malam ini ditusuk sebuah pertanyaan: Bang, bahagiakah kita?

Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.

Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA Tuhan kita!

Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?

Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu apakah aku telah tenang?

Kenapa?

Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan

Ah, semakin sukar pula mencari jawapan semakin diselam, semakin dalam.

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:

Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa musnahlah kita.

Lalu dalam suram kamar yang sederhana saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku kita bahagia!

Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak Jauh itu dekat tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:   

Kembali kita berjauhan

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama  

jari-jari merahmu

di malam pertama

Sayang Jauh itu DEKAT!



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

i luv u syg...

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 2137
Date:

fuh.....dasat.......muah3

__________________


"wa caya lu brader!!!!!!!!!!"

"RMR pencetus fenomena retro negara"



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

ayat power...heehe

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara

Alangkah bahagianya mereka, bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar

Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

sy belum kawin...dan pasti satu masa nanti akan menempuh juga..

tak pasti kebahagian itu untuk selamanya..

sbb bercinta semua indah..lepas tuu ??...hmmm

mudah2an semoga kebahagian itu adalah untuk selamanya...

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

rahami wrote:


mudah2an semoga kebahagian itu adalah untuk selamanya...


Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak andai apa yg kita inginkan tidak kesampaian.

 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

rahami wrote:

sy belum kawin...dan pasti satu masa nanti akan menempuh juga..

tak pasti kebahagian itu untuk selamanya..

sbb bercinta semua indah..lepas tuu ??...hmmm


 

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan menyedut tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

insyaallah..huraian yang diberikan sedikit sebanyak memberi ilmu kepada saya serta rakan2 yang lain..

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 1952
Date:



sayuu diriku membaca warkah ini
terasa bagai di tusuk di hati
walaupun diriku tidak sempurna lg
akan ku usaha untuk berjaya hingga ke akhir hayat nanti.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






__________________

in memory PBX 540,AR 4476 ... now with BFF 2636  .....Klang / Shah Alam 012-6044007 , 011-31549405

 

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard