KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sekumpulan 1,200 mat rempit yang digelar 'hantu lebuh raya' kerana sering menjadikan Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu dari Sungai Besi hingga Seremban, Negeri Sembilan sebagai litar lumba ditahan pihak berkuasa awal pagi ini.
Kumpulan 'hantu lebuh raya' itu berlumba sejauh 50 kilometer selepas menyambut Tahun Baru 2012 di ibu negara sebelum ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Unit Khas Trafik Bukit Aman di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan.
Dalam operasi awal pagi ini, puluhan kumpulan mat rempit terbabit terkial-kial untuk melepaskan diri ketika dikepung polis di hentian R&R Seremban yang dijadikan lokasi mempamer pelbagai aksi selepas penat berlumba.
Ketua Operasi, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, hentian R&R itu dikepung sejak pukul 10 malam sebelum kesemua jalan ditutup secara mengejut pada pukul 2.45 bagi menghalang mat rempit melepaskan diri.
"Berikutan itu, ratusan mat rempit berlegar-legar di atas lebuh raya untuk mencari jalan bagi melepaskan diri, namun mereka terpaksa akur dengan kepungan tersebut dan menyerah diri.
"Selepas semua dikumpul di kawasan lapang R&R, lebih 1,200 motosikal diperiksa dan dikesan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai motosikal.
"Berikutan itu, 251 saman trafik dikeluarkan manakala Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 112 saman serta mengarah 22 kenderaan termasuk kereta melakukan pemeriksaan semula," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.
Turut terlibat dalam operasi itu, anggota dan pegawai Ibu Pejabat JPJ dan anggota polis dari Kontinjen Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Selangor.
Khuzir menambah, dalam operasi yang tamat pada pukul 9 pagi ini, 12 motosikal disita atas pelbagai kesalahan.
Antara yang mencuri tumpuan dalam operasi itu, gelagat seorang pelajar tingkatan tiga yang memulakan persekolahan tidak lama lagi turut ditahan kerana berlumba menggunakan motosikal dipercayai milik bapanya.
Pelajar berusia 15 tahun itu yang mendakwa kehilangan kad pengenalan hanya mengemukakan surat beranak sebagai dokumen pengenalan diri untuk dikeluarkan saman pihak berkuasa manakala motosikalnya disita.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
Khamis malam jumaat nanti jangan lupa tgk TV.. TV3 siaran 999, budak Retro jajahan KAPAR kene operasibesar2an.. polis/JPJ kat RNR seremban. .masa nak gi santai Retro Melaka... kene 2pagi... 7pagi baru dapat kuar bersama surat autograph!!!... haru haru!!
Kelihatan sebijik GP geng Bkt badung.... bang Jamal Lipat -chip tolong bagi komen?.. apa citer.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
.pengulas..;""lensa kamera kami sempat merakam gelagat aksi samseng jalanan ketika operasi d jalankan dengan melakukan pelbagai aksi .."""
hahaha..kompom kua aksi kejar mengejar antara satu sama lain..(tong,,rz,daytona,,x7.)..dari lensa curi tv3 rakam kt tepi highway sblum sampai rnr seremban...