RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenapa Kereta Sekarang Mudah Kemek?


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Kenapa Kereta Sekarang Mudah Kemek?


Jika berlakunya kemalangan jalan raya, bahagian sisi hadapan kereta kebiasaanya akan mengalami hentakan dan mengakibatkan kereta mudah kemek. Tahukah anda ia merupakan salah satu sistem yang dikenali sebagai crumple zone.

Related Posts with ThumbnailsBanyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan? Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. Kita ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi tidak nyawa. Jika dilihat, pembuatan kereta pada zaman 90-an seperti proton saga, bahagian bumper hadapan pun turut menggunakan besi aluminium. Tetapi kini, untuk mengurangkan kos, Proton telah menggunakan bahan fiber dan apabila berlakunya hentakan, bumper tersebut akan pecah seakan-akan plastik keras.

Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.

Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah dengan menghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan mengemekkan dirinya. Jangan cuba menghentakkan tangan pada kayu.



Attachments
__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 632
Date:

nak keras pakai ke30,datsun buah kana,dan seangkatan denganyer...

__________________

biarlambatasalselamat...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 391
Date:

Tetapi yang pastinya cik mat, menghentak tangan dan memukul anak cina kepala botak tidak akan menyakitkan anda.....

__________________

Rock Biar Sampai Mati,Ride Biar Sampai Destinasi.......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard