Bagi mengesakan Zat, Sifat Salbiah digunakan sebagai perisai untuk menangkis sebarang serangan dari pihak yang bertujuan untuk menyamakan, menyengutukan ataupun menduakan Zat ALLAH Taala dengan apa jua sekalipun. Setelah dapat ia menafikan manusia ada kuasa dan kehendak untuk bergerak atau diam maka dikatakan ia telah dapat pula mengesakan ALLAH Taala pada Af'alnya pada sifat Kamalat ALLAH Taala pada ZatNya. Harus bagi ALLAH menghidup atau mematikan, sesungguhnya manusia itu, bodoh, lemah, nafsu, pekak, buta dan bisu. Setelah yakin dengan sebenar-benar yakin maka barulah seorang itu dapat mengesakan ALLAH pada sifat kamalat ALLAH Taala. Sifat inilah yang dinamakan Sifat Maani. Salah satu ciri sifat ini ia berada berada diluar fikiran kerana itu, tidaklah untuk digambarkan dengan akal fikiran kita akan bagaimana sifat kamalat yang tujuh ini berfungsi. Sebagai contoh bagaimana ALLAH melihat, akal tidak terpakai dalam kontek ini bagi memikirkan bagaimana ALLAH Taala melihat. Akan tetapi wajib kita sebagai umat Islam beriman dengan sifat ini, dalil al-qur'an : 'Dan ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan'. Noktah. ! Maka pada tubuh atau jasad anak Adam itulah zahirnya segala perbuatan ALLAH Taala melalui Sifat Maknawiyah yang tujuh iaitu keadaan yang hidup, keadaan yang tahu, keadaan yang berkuasa, keadaan yang berkehendak, keadaan yang mendengar, keadan yang melihat dan keadaan berkata-kata. Ketujuh sifat Maknawiyah ini lalu dikatakan tidak memberi bekas. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur'an : 'Aku tidak menghendaki rezeki dari kamu, bahkan Akulah yang memberi rezeki kepada mu' Lalu adalah pembahagian pada sifat ALLAH Taala kepada dua yakni Istighna dan Iftiqqar iaitu sifat Maha Kaya ALLAH dan Berhajat segala sesutu kepada sifat Kaya ALLAH ini. Andaikata tiada ALLAH Taala ciptakan Nabi Adam As maka tiadalah manusia dimuka bumi ini bagi menzahir sifat Kaya ALLAH Taala. Setelah diciptakan Manusia dan Jin maka diperintahkan kepada kedua golongan ini supaya beribadat kepadaNya sebagaimana firmanNya bermaksud : 'Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu'. Bersabda Nabi Muhammad : 'syariat itu perkataanku, tarekat itu perbuatanku, hakikat kenyataanku dan makrifah itu meliputi seluruh anggota tubuh badanku'. Berkata Rasulullah saw : 'Syariat itu perkataan ku', maka dapat difahami ia sebagai khabar gembira dan peringatan atau ancaman. Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad itu maksum, maknanya terpelihara perbuatan zahir batinnya dari segala dosa, lalu dikatakan tidaklah Baginda berkata melalui nafsu, akan tetapi dengan iradat ALLAH Taala, namanya wahyu. Justeru dari 'perkataan' ini lahir pula dua iaitu perintah dan larangan. Perintahnya supaya tidak menyekutukan ALLAH Taala dengan sesuatu pada setiap perbuatan zahir batin. Keduanya mestilah saling lazim melazimi antara satu sama lain, supaya terlepas dari perumpamaan 'cakap tidak serupa bikin'. Perbuatan yang nyata, maka dinamakan perbuatan yang zahir, manakala yang tidak nyata pula dinamakan perbuatan yang batin. Inilah yang saya faham dengan maksud hadis 'Tarekat itu perbuatanku'. ALLAH Taala ciptakan sekelian Jin dan Manusia supaya beribadat hanya kepadaNya, selain dariNya syirik namanya, neraka tempat kekalnya diakhirat kelak. Selain daripada perintah beribadat, manusia dan jin juga diperintahkan supaya mengingati hanya Dia pada setiap detik, dikiaskan pada masa berdiri, duduk dan baring. Banyak cara orang mengingati ALLAH Taala, Zikir Namanya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian, zikir jihar, zikir khafi dan Zikir Tanpa hurup tanpa suara. Ucapan yang zahir ditangkap oleh kedua malaikat lalu dicatitkan,, manakala yang batin hanya ALLAH Taala yang tahu. Dalam Solat, rukun qalbi tempat nya dihati, neracanya sifat ilmu bermula dengan sifat kehendak Aallah Taala, rukun qauli nyata sifat kalam, neracanya pada sifat samak, rukun fekli pula nyata pada qudrat dan Iradat, neracanya pada sifat basar. Samada sedar atau tidak inilah yang terjadi pada kita setiap detik dan ketika samada kita sedar atau tidak.. Niat ada padanya tiga bahagian, pertama tanpa huruf tanpa suara, kedua lintasan sedetik dihati dengan kehendak ALLAH Taala untuk melakukan perbuatan samada perbuatan itu baik atau tidak baik dan terakhir lafaz pada niat itu sendiri iaiatu dinyatakan misalnya semasa mengatakan 'ussalli.....'. Kemudian bila dilaksanakan maka 'nyatalah' pada kita 'perbuatan dan kelakuan' ALLAH Taala yang terjadi keatas diri hamba dengan 'sendirinya' semasa hamba itu mendirikan ibadah solat fardu atau apa jua perlakuan zahir batin diluar solat. Dalil al-quran : 'ALLAH menghidupkan dan mematikan' ; 'Kami membacakan ( al-qur'an ) kepadamu maka tidak akan lupa, kecuali kalau ALLAH menghendaki. Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi'; 'ALLAH Maha berkuasa berbuat apa yang dikehendakiNya'. Rasanya dalil al-qur'an ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allahlah yang memberi petunjuk dan Dia jualah yang menyesatkan. Manusia tak boleh buat apa- apa. Asas tauhid itu adalah nafi dan isbat maka wajib dinafikan ada perbuatan dan kelakuan pada diri hamba yang zahir dalam usuluddin, tasauf namanya pada diri yang batin dari satu peringkat keperingkat yang lebih tinggi. Pada saya inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan 'Wujud Hanya ALLAH' iaitu bermula dengan wujud hanya af'al ALLAH ( gerak dan diam ), kedua wujud hanya asmak (semua yang bernama kembali ia kepada yang empunya nama ) ALLAH, ketiga wujud hanya sifat ( qudrat, iradat, ilmu, hayat, samak, basar, kalam ) ALLAH dan paling atas wujud hanya zat kerana terhimpun pada af'al, asmak dan sifat seperti dalil al- qur'an 'aku datang dari ALLAH datang kepada ALLAH aku kembali'. Pada saya inilah maksud hadis 'hakikat itu pakianku' Dilarangkan sekeras- kerasnya kita memisahkan antara zat, sifat, asmak dan af'al; dalil Aku beserta kamu walau dimana sahaja kamu berada'. Pada saya ( )( )'pandang satu pada yang banyak' atau pandang banyak pada yang satu' masih lagi berkisar pada tahap tauhid - dapatkah dia tauhid kelas ini 'DIA MEMANDANG DENGAN MATA KEPALA DAN JUGA MATA HATI PADA AF'AL DAN KELAKUAN YANG BERLAKU SAMADA PADA DIRINYA SENDIRI ZAHIR BATIN ATAU PADA SEKELIAN 'ALAM INI ZAHIR BATIN ADALAH PERBUATAN DAN KELAKUAN ALLAH TAALA YANG TERJADI DENGAN SENDIRINYA'. Yang perlu pada setiap individu adalah YAKIN. Jika berada pada iman taklid, berusaha supaya naik kepada iman 'ainul dan begitulah sterusnya sehinggalah tahap paling tinggi iaitu kamalul yakin. Keempat mahzab diasaskan oleh Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Ahmad Hambal. Diantara keempatnya Imam Ahmad Hambal yang paling muda ( wafat : sekitar 241 Hijrah ). Ilmu Tauhid pula mulanya diasaskan dan disusun oleh Imam Abu Hassan As-Shaari dan dikemaskini / dilengkapkan oleh Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan seterusnya diperakui oleh jumhur ulamak selepas kewafatan kedua-dua imam tersebut. Imam Abu Hassan As-Ashaari dan Imam Abu Mansur Al-AMaturidi wafat pada sekitar 15 dan 24 tahun selepas Al-Hallaj wafat. Imam Abu Kassim Al-Junaid pula wafat pada sekitar 15 tahun sebelum wafatnya Al- Hallaj manakala Sheikh Abdul Qadir Jalaini lahir 160 tahun dan Syeikh Abu Yazid Bustami wafat sewaktu Al- Hallaj berusia pada sekitar 15 - 16 tahun. Dari fakta sejarah yang diperakui Imam Abu Mansur Al-Maturidi telah menyususn serta melengkapkan secara tersusun Ilmu Tauhid yang diajar kepada masyarakat umum sehinggalah kepada umat Islam dewasa ini. Ini bermakna cara-cara penyampaian Ilmu Tauhid disampai dan dipelajari oleh Islam selepas kewafatan Imam Ahmad Hambal sehingga tahun 333 Hijrah ( tarikh kewafatan Imam Abu Mansur Al-Maturidi ) ada kemungkinan tidak sama dengan cara yang dipelajari oleh umat Islam selepas tahun 333 Hijrah. Dari fakta ini saya berpendapat kebangkitan mempelajari ilmu Feqah begitu kuat dikalangan umat Islam berpandukan kitab- ktab Feqah yang dikarang oleh Ulamak-Ulamak Feqah yang didorong oleh kitab- kitab yang dikarang oleh keempat Imam iaitu Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Ahmad Hambal. Dalam tempoh yang sama juga lahirnya beberapa tokoh tasauf besar dan terbilang seperti Rabi'atul Adawiyah, Sheikh Abu Yazid Busthomi, Sahl Ibn Abdullah, Sheikh Abu Kassin Al-Junaid, Zunnun Al-Misri dan banyak lagi ahli sufi yang amat dikenali sehingga ke hari ini. Seperti mana yang diketahui tingkah laku ahli-ahli sufi ini begitu sukar untuk difahami oleh mereka-meraka yang tidak sealiran dengan perjalanan kesufian. Kebanyakan dari ahli-ahli sufi ini suka mengungkapkan kata-kata yang pelik lagi sukar untuk difahami oleh orang kebanyakan, antaranya : 'Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada ALLAH telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan.' : Rabi'atul Adawiyah 'Aku melihat dan mengetahui Tuhan dengan Tuhan dan sekiranya tidak karena Tuhan aku tidak melihat dan tidak tahu Tuhan.' : Zunnun al- Misri 'Aku mengetahui Tuhan melalui diriku hingga aku hancur, kemudian aku mengetahui-Nya melalui diri- Nya dan akupun hidup. Ia membuat aku gila pada diriku hingga aku mati. Kemudian Ia membuat aku gila kepada diri-Nya, dan akupun hidup. Gila pada diriku adalah fana' dan gila pada diri-Mu adalah baqa' (kelanjutan hidup).' : Sheikh Abu Yazid Busthomi Tentu saja orang akan membuat berbagai tanggapan tentang sesuatu yang diucapkan oleh orang lain yang dia sendiri tidak dapat memahaminya sepenuhnya. Lihatlah saja daripada kenyataan Rabi'atul Adawiyah ; Rasulullah sendiri tidak ada tempat dihatinya dikala dia sedang mabuk dengan cintanya kepada ALLAH Taala. Sulit sekali untuk difahami cara-cara ahli-ahli sufi mengkhabarkan pendapat mereka dan bahasa-bahasa yang mereka gunakan untuk memberitau orang lain tentang apa yang mereka lalui, apa lagi untuk difahami oleh orang lain. Pada saya pertembungan antara dua golongan yang berbeza aliran ini dapat difahami melalui firman ALLAH Taala bermaksud : 1 'Dan ( ingatlah) Musa berkata kepada muridnya : "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai kepertemuan dua buah lautan ; atau aku akan berjalan sampai bertahun- tahun". 2 'Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. 3 Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya : "Bawalah kemari makanan kita ; sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita" 4 Muridnya menjawab : "Tahukah kamu tetakala kita mencari tempat berlindung dibatu tadi, maka sesungguhnya aku lupa ( menceritakan tentang ) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakan kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya kelaut dengan cara yang aneh sekali". 5 Musa berkata : "Itulah ( tempat ) yang kita cari". Lalu keduanya kembali mengikut jejak mereka semula. 6 Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba diantara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami 7 Musa berkata kepada Khidir : "Bolehkah aku mengikutmu supaya kamu kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar diantara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu" 8 Dia menjawab : "Sesungguhnya kamu sekali- kali tidak akan sanggup sabar bersamaku" 9 'Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?' 10 Musa berkata : "Insya ALLAH kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam suatu urusan pun" 11 Dia berkata : "Jika kamu mengikutku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu". 12 Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata : "Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnay kamu menenggelamkan penumpangnya?. Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar". 13 Dia ( Khidir ) berkata : "Bukankah aku telah berkata : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku ". 14 Musa berkata : " Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam hidupku". 15 Maka berjalanlah keduanya ; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata : "Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia membunuh orang lain ?. Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar". 16 Khidir b
16 Khidir berkata : "Bukankah aku telah berkata : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku ?". 17 Musa berkata : "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali ) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku mengikutimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku". 18 Maka berjalanlah keduanya ; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan didalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata : Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu". 19 Khidir berkata : " Inilah perpisahan antara aku dengan kamu ; Aku akan memberitahu kan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya" 20 "Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang- orang miskin yang bekerja dilaut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera" 21 "Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khuatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran" 22 "Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya ( kepada kedua ibubapanya" 23 "Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim dikota itu, dan dibawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu ; dan bukan aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya" 24 'Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba DIANTARA HAMBA-HAMBA Kami, yang telah Kami berikan kepadanya RAHMAT dari SISI Kami, dan yang telah kami AJARKAN kepadanya ILMU DARI SISI kami' Sebaiknya kita jadikan satu ikhtibar akan perkara yang terjadi kepada Nabi Musa As betapa peranan limu laduni ( ilham terus dari ALLAH Taala ), tentang Kurnia, Petunjuk atau Hidayah dan juga Rahmat ALLAH Taala. Siapalah kita untuk dibandingkan dengan Nabi Musa Kalamullah, ALLAH Taala kurniakan sembilan mukjizat sebagai bukti akan Kenabiannya. Lihatlah betapa hebat Qudrat dan Iradat ALLAH Taala, hanya dengan sebatang tongkat dapat terbelah Lautan Merah. Semua orang Islam percaya apabila diceritakan Nabi Musa dengan Izin ALLAH Taala mampu membelah Lautan Merah kerana ada diceritakan didalam Al- Qur'an, akan tetapi sukar sekali untuk mempercayai yang terjadi kepada mereka yang terpilih tetapi tidak dinyatakan didalam Al- Qur'an. Sheikh Yazid Busthomi berkata tentang fana' : 'Aku mengetahui Tuhan melalui diriku hingga aku hancur, kemudian aku mengetahuiNya melalui diriNya dan akupun hidup'. Fana' bermakna lenyap atau binasa atau ada juga orang mengatakan ghaib. Bila digunakan bahasa kiasan maka menjadilah ia seperti 'binasa af'al hamba dalam af'al ALLAH jika seorang itu berada pada tauhid af'al, atau 'ghaib kelakuan hamba dalam sifat ALLAH' apabila dia telah dapat mengesakan ALLAH Taala pada sifatNya. Dua rangkap ayat ini pendek tapi lihatlah betapa indahnya susunan kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Abu Yazid Busthomi ini walaupun ia sulit untuk difahami dan renungkanlah bagaimana beliau membezakan antara ilmu dengan makrifah. Yang dikatakan beriman dengan ALLAH Ta'ala kita beriman kepada tiga bahagian iaitu af'al, asmak, sifat dan ZatNya sebagaimana firman ALLAH Taala bermaksud : 1 Tentang tauhid Af'al - 'Bukan engkau yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang ketika kamu melempar, tapi ALLAH yang melempar' - Af'al 2 Tentang tauhid Asmak - 'Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi' 3 Tentang tauhid Sifat - "Mahasuci Engkau, tiadalah y ang kami ketahui kecuali apa yang Engkau beritahu' 4 Tentang tauhid Zat - 'Kemana sahaja engkau hadapkan wajahmu, disitulah Zat ALLAH' 5 Tentang Makrifah - 'dan Kami ajarkan dia ilmu dari sisi Kami' .
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!