dimana kisah berlaku di sebuah kampung yang permai..
Kampung itu pula mempunyai Tok sidang yang baik hati dan hensem macam Brad Pit
dan kampung itu juga mempunyai tempat pembuangan sampah yang konsisten sekali
iaitu para penduduk nya masih lagi membuang sampai merata-rata walaupun sudah tertera papan tanda dilarang membuang sampah merata-rata,
namun mereka masih lagi konsisten membuang sampah sebegitu..
Walau pun begitu,kampung itu mempunyai kelebihan yang mana kampung lain tidak terdapat sedemikian iaitu kampung itu mempunyai pelumba-pelumba yang handalan
seperti Eddie Lawson,Wayne Rainey,Mick Doohan,Loris Capirossi,Kenny Roberts,Kenny Remy Martin,Pak ngah Husin,Makcik Zaleha awang,Kudin jongang dan juga Malik abdul kudus rock tempoyak..
pun begitu,walaupun kampung itu mempunyai ramai pelumba-pelumba,namum mereka semuanya bersopan santun dan berbudi bahasa,sama seperti abang mendan yang merupakan puaka di pekan Kapar itu..
Hendak dijadikan cerita serta menjadi buah mulut atau pun buah limau sempena tahun baru cina ni,ada seorang pemuda yang bengis dan muka ganas gila macam AR Badul,ingin menjual motorsikalnya yang telah di
ubahsuai sepenuhnya oleh mekanik yang berpengalaman dalam bidang menjahit langsir dan juga memasak kek pandan..
Motorsikal ini juga mampu menarik minat para pegawai JPJ,Polis-polis Trafik jalan bandar,dan juga Kementerian Alam sekitar..
pun begitu,jentera ianya juga mampu meluncur laju tanpa menggunakan pil tupai jantan ataupun kopi gano tongkat ali..
oleh yang demikian,tanpa berlengah masa dan membuang pampers di hutan-hutan lipur,anda saksikan lah sendiri jentera tersebut...
Inilah rupa jentera nya..
Gua bikin kasi lepas rindu sebab la ni ramai rider2 yang bunyi ekzosnya senyap membisu..
Yang ini memang kasi terangkat..sampaikan si Kuda puteh asyik tersengih aje bila tertembung kat traffic light sana..
yang ini kucing gua..
dia pun rindu nak tengok motor2 yang make up sebegini..
udah lama tak nengoknya katanya...
Enjin cukup sedap bila direntap..
mempunyai daya kilas yang cukup tinggi..
bunyi lunak ekzos seperti TZR 125...
kaki-kaki lama mesti ingat paip si Takim ataupun Abbas..
apa yang boleh gua kasi krom,gua kasi celup krom..
no plate memang ikut spec dressing zaman tu..
Korang tengok lah sendiri dan yang mana masih ingat zaman cover enjin berwarna,ini lah zaman nya..cukup top kala dulu..
Keterangan terperinci:
Motor ini tahun 1990
body cantik takde tergeliat..
enjin best dan dan bikin habis ribu..
Blok Y4 dan dah modified..
Bunyi ekzos memang stim..tengkuk ekzos(magnifold BM power)
Minyak 2t menggunakan VSX sahaja..
Minyak enjin Motul..
sport rim yang biasa punya lah..
motor ni nak berlumba pun boleh,nak pi kenduri arwah pun boleh,nak bawak imam masjid pi Khutbah Jumaat pun boleh..
tayar baru depan belakang Dunlop TT100
Cukai jalan sehingga Januarai 2014
Geran baru dan boleh tukar hak milik
Harga Yang di canangkan:Rm6500 ini sport rim lah..JIKALALU ditambah lagi seribu ringgit,gua kasi tambah sport rim Kawasaki AR 125 yang ada cop Enkei lah..
Jika berminat,kasi hubungi di talian 012-5646 800 Mr Fahme Burger
Lokasi:Teluk Intan
-- Edited by fahme burger on Monday 11th of February 2013 11:02:50 PM
Setelah penat berkebun maka berehatlah hamba di bawah sebatang pokok yang diberi nama pokok ketapang. Mungkin dek kerana keperitan dari bahang matahari yang menikam susuk tubuh dan ditambah keletihan juga kelesuan yang amat sangat sementelah seharian bekerja di kebun terlelaplah hamba di bawah pokok itu. Tatkala terlena itu bermimpilah hamba apa yang pernah hamba idamkan selama ini. Melihat sebuah jentera yang menyilau mata memandang, tak sunyi orang mencanang, tak lekang dari bualan.. ya! tiba-tiba terpacul dalam mimpi hamba. Wah! kalau inilah rupanya jentera itu.. tak rugi kiranya hamba laburkan sejumlah wang tabungan untuk memilikinya.. Dan dikala tangan hamba teraba-raba pada badan jentera hamba dikejutkan oleh satu dentuman.. ah! bunyi apakah itu? Dentuman berulang lagi.. hamba tidak peduli, jentera itu mesti hamba perolehi.. dan kali ini dentuman bergema kembali dengan lebih kuat lagi diiringi kebasahan melimpahi bumi. Hamba terkejut bila hujan menimpa diri, kebasahan hamba seorang diri.. ke mana pergi? mana pergi jentera idaman hati? oh! hamba cuma bermimpi untuk memiliki sedangkan hakikat sebenar hamba tidak punya wang untuk membeli.. tak mengapalah, sekurang-kurangnya kisah hamba ini oleh menaikkan posting ini ke atas kembali...