Kali ini MBC akan teroka jalan baru.lagi. Tak perlu buka peta anda kerana Jalan ini belum ada dalam peta lagi, Jalan yang akan melalu pinggiran Tasik Kenyir dari Kuala Berang hingga ke Gua Musang. Ia adalah merupakan jalan terbaru yang akan menyambungkan Timur Barat semenanjung Malaysia.
Kosongkan jadual/schedule anda pada tarikh atas, mari sahut cbaran baru ini, we ride ke pendalaman terengganu dan keluar ke Kelantan di Gua Musang dan seterusnya kite daki Cameron highland
Kite akan bermalam di Air Terjun Sekayu pada malam pertama dan di tanah Rata pada malam ke 2
Route
28 Mac (Jum)
KL -Kuantan -Jabor- Jerangau - Bukit Besi - Sekayu (kuala Berang) Bermalam di Rumah rehat/chalet jabatan perhutanan Terengganu (Sekayu) Sebuah rumah rehat ada 3 bilik didalamnya, harga rm60 boleh share share. Manakala sebuah chalet rm40. ( Ini harga 3 tahun lepas,.. nanti abg acid confirm semula)
29 Mac (Sab) Sekayu- Kuala Berang- Gua Musang - Pos Slim - Brincang - Tanah Rata Bermalam di tanah rata ? Boleh sewa apartment lebih kurang rm350 sebuah . Apartment ada 3 bilik. Boleh share share atau kite sewa Bilik di twin-pine Resthouse. Harga sebilik lebih kurang rm60
30 Mac (Aha) Tanah Rata - Tapah - Hiway Plus ke Selatan.