RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kami dalam dilema..harap baca!!


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Kami dalam dilema..harap baca!!
Permalink Closed


Salam semua,
harap dapat berbincang dan bermusyawarah di sini....

Bukan apa, kami serpihan moto retro sekitar S/alam-Klang-Meru-Kapar-Banting.. sebenarnya dlm situasi... ditelan mati mak!.... diluah mati bapak!!
bilamana HQ moto retro di KL terpecah dua... jadi Team A dan Team B. Kami tersepit di tengah2... nak join yg mana??. kedua2nya kami kenali dan hormati... walaupun diantara kedua2 team tersebut ada 1~2 orang yg bermasalah... itu perkara kecil. Takanlah kerana itu akan membuatkan kita keluar ada tidak mahu join sesebuah kumpulan.?? ... jadi secara dasarnya kami join kedua-duanya... sebab itu kadang2... muka/moto kami ada di Website sebelah... dan ada juga muka/moto kami di website ini. Malah sekarang pun.... ada forumer yg login sini dan login sebelah sana dalam keadaan berahsia untuk tidak melukakan hati sesiapa.... Harap dapat mengerti.!smile


Cuma dilemanya lebih berat sekarang ini..... trip konvoi ke Kuala kangsar pada hujung minggu ini!... dIsebelah ajak join.... RMR pun ajak sama konvoi.... sekali lagi kami dalam situasi ditelan mati mak!.... diluah mati bapak!! ...macamana??
Jadi dikesempatan ini kami ingin maklumkan....secara dasarnya sekiranya tiada aral melintang kami akan ikut konvoi RMR untuk ke Kuala Kangsar...... pasti akan ada yg terluka...pasti akan ada yg kecewa.. tapi itulah hakikatnya walaupun bukan begitu niatnya. ...kerana setelah memerhati lama antara kedua2 team.... Team RmR lebih ramai dan lebih ramai Otai. kerana itulah hakikat berkonvoi.... KUANTITI!... lagi ramai moto retro lebih seronok dan meriah.

Sekiranya ada pihak disebelah membaca statement ini... kami memohon maaf tak dapat join ride kali ini.... tapi jika ada xtvt/ride akan datang  yg TIDAK BERTEMBUNG dgn ride RMR... inysallah kami akan join. 



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 2736
Date:
Permalink Closed

start je motor tu...jumpa atas hiway jalan sama-sama....kalo angkat tangan tak berbalas abaikan je...ramai lagi yang menunggu nak konvoi sama-sama...

__________________



Guru

Status: Offline
Posts: 812
Date:
Permalink Closed

oh, berat sungguh luahan hati tuan hamba.. apa pun
1- terima kasih sebab hadir meeting aritu. kenalkah tuan hamba dengan saya?winksalam perkenalan..

2- kalau nak diikut kata orang, sampai bila bila pun kita tetap akan jadi orang-orang cam kat sawah padi tu..:P dok gitu enchek zarin??aww

3- kami di RMR teringin sangat nak berada dalam situasi RAMAI dan MENGGEMBIRAKAN. maksudnya kata orang kelantan 'HAPPY SOKMO'..

KUALIti dengan KUANtiti kitorang sama-sama nak. cuma kengkadang kita kena KUALI kan telinga untuk capai kepuasan diri.biggrin

maka kami di RMR dengan ini akaan terus berusaha dengan harmoni dan saksama untuk semua warga jentera 80an. (tak 80an pun bleh join gak..lame lame dapat a tu..)kan??



__________________

Jangan Pernah Menyerah, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Permalink Closed

nudinisme wrote:

oh, berat sungguh luahan hati tuan hamba.. apa pun
1- terima kasih sebab hadir meeting aritu. kenalkah tuan hamba dengan saya?winksalam perkenalan..
....rasanya kenal!... tuan hamba yg menjadi MC dan photographer haritu kan??

2- kalau nak diikut kata orang, sampai bila bila pun kita tetap akan jadi orang-orang cam kat sawah padi tu..:P dok gitu enchek zarin??aww
....ya.. setuju!

3- kami di RMR teringin sangat nak berada dalam situasi RAMAI dan MENGGEMBIRAKAN. maksudnya kata orang kelantan 'HAPPY SOKMO'..

KUALIti dengan KUANtiti kitorang sama-sama nak. cuma kengkadang kita kena KUALI kan telinga untuk capai kepuasan diri.biggrin.... memang itulah yg sepatutnya... KUALITI dan KUANTITI.
Kalau kump. moto mat rempit lain cerita... kalau tak ngam, bila2 masa kita bleh keluar pastu join group lain... kat Selangor ni jer ada berpuluh-puluh Group moto... mana2 boleh join.
.... tapi kump. moto retro ni cuma RmR dan yg disebelah tu jer ada!... kalau kat Kapar...cuma 2~3 biji moto retro jer. nak cari KUANTITI mmg payah. jadi bagi aku KUANTITI paling penting... baru org nampak!. KUALITI mmg bagus.. tapi tak berapa penting dlm hal moto retro.... sbb susah nak dapatkan KUALITI... sbb mcm kata sdr. TENZ.....
rambut sama hitam..hati lain-lain....
motor sama yamaha....plet lain-lain...!!






__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 129
Date:
Permalink Closed

pergh....org kapar la.....caya la...ni mesti geng2 cikgu sidi @ mr.yoko....hehehe

p/s :sy bukan warga kapar tapi jalan kapar......kira satu wilayah la yer....coz gi pasar pun selalu kat pasar kapar.....huhuhu

__________________





Guru

Status: Offline
Posts: 812
Date:
Permalink Closed

Mula mula sikit lagi ahli, bagi setahun dua tgk.. haa, mau kurus agensi yang menguruskan RMR ni.hehehehe

apepun, geng geng jalan kapar, join RMR, ade masalah kontek kontek. jangan pendam lame2. tak parah, tak pasal pasal terpakse nyanyi lagu bibir mesra jiwa parah..biggrin
ade mase je, meh a ke KG.MALAYSIA( temporary port)..


bagi kami di RMR a.k.a azuramengamuk,
sekali dah melangkah ke depan, kami takkan patah balik..
sekali memecut ke depan, kami takkan patah balik.
tapi patah balik gak a kalo teringat IC, lesen, roadtax tertinggal..biggrin

__________________

Jangan Pernah Menyerah, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya



Guru

Status: Offline
Posts: 2736
Date:
Permalink Closed

orang kapar rupanya...aku bekas orang north port...tapi skang bz ngan orang sungai kuantan plak di hujung minggu.....

__________________



Guru

Status: Offline
Posts: 3188
Date:
Permalink Closed

sy nak komen bnyak2 pun x guna...tepuk dada tanya selera...

__________________
You've been SMOKED by a TWO STROKE Machine


Senior Member

Status: Offline
Posts: 239
Date:
Permalink Closed

oh, berat sungguh luahan hati tuan hamba.. apa pun

2- kalau nak diikut kata orang, sampai bila bila pun kita tetap akan jadi orang-orang cam kat sawah padi tu..:P dok gitu enchek zarin??aww

Eh cik nudin,nape pulak org2 sawah menjadi mangsa dlm hal ni,klau x de org2 sawah ni makan roti la org malaysia ni..BERAS kan da naik harga skarang ni,bekalan x tidak mencukupi,tp malaysia mungkin kurang merasai kesusahan ini.jadi berTERIMAKASIHlah kepada petani2 ini kerana mereka kita masih lagi dapat makan nasi campur,nasi goreng kampong,nasi goreng pataya bla bla bla.biggrin

Dalam situasi ni ramai sebenarnya yang serba salah.. sana kita kawan sini kita kawan..jadi kita kawan semua.walaupun berlainan parti tp aku rasa matlamat mereka adalah sama.smile


__________________
"OLD SKOOL BIKE BORN TO RIDE AND YOU'LL NEVER RIDE ALONE"

azuramengamuk.activeboard.com


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:
Permalink Closed

nudinisme wrote:

oh, berat sungguh luahan hati tuan hamba.. apa pun
1- terima kasih sebab hadir meeting aritu. kenalkah tuan hamba dengan saya?winksalam perkenalan..
Salam perkenalan juga dari saya, Saya masih ingat lagi pada mlm lepas meeting tu kita minum kat bandar tasek tuu ramai yg turun sekali.Terutama sekali mamatkapar ni.lu bagus la...very friendly laaaa...

2- kalau nak diikut kata orang, sampai bila bila pun kita tetap akan jadi orang-orang cam kat sawah padi tu..:P dok gitu enchek zarin??aww
Yaaaa saya setujuuu!!!!! Bak kata Director Hafsham, PAKCIK DAH JAUH BERJALAN DAHHH....JALAN TU JANGAN PANDANG BELAKANG...... BARU BOLIH BERJAYA........

3- kami di RMR teringin sangat nak berada dalam situasi RAMAI dan MENGGEMBIRAKAN. maksudnya kata orang kelantan 'HAPPY SOKMO'..
Ingat tak trip gi melaka mula-mula tu? Perghhhhh ramai gilerrr..walau kita tak dapat mengenali satu sama lain tapi bahasa mamat RETRO ni,semua paham  tak yah cakap tapi matlamat berkumpul ada kat situ.... Terus je bolih jem sekali....Itu lah yg kita sasar kan.. bersatu kita ramai , biler ramai kita tu pandai-pandai kita cari parking....

KUALIti dengan KUANtiti kitorang sama-sama nak. cuma kengkadang kita kena KUALI kan telinga untuk capai kepuasan diri.biggrin

maka kami di RMR dengan ini akaan terus berusaha dengan harmoni dan saksama untuk semua warga jentera 80an. (tak 80an pun bleh join gak..lame lame dapat a tu..)kan??
HIDUP RMR........HIDUP RMR.....HIDUP RMR,,,,,,,,,,yawn.gifyawn.gif
DALAM RMR NI APER-APER MASAALAH PUN BOLIH SELESAI.....BAK KATA DR.SMITH NEVER FEAR SMITH IS HERE....







__________________
Tukar machine baru kalau machine lama  tak laju....
THANKYOU SETTING BY NAZRIES......NO HAL...


Guru

Status: Offline
Posts: 812
Date:
Permalink Closed

klmemekak wrote:

oh, berat sungguh luahan hati tuan hamba.. apa pun

2- kalau nak diikut kata orang, sampai bila bila pun kita tetap akan jadi orang-orang cam kat sawah padi tu..:P dok gitu enchek zarin??aww

Eh cik nudin,nape pulak org2 sawah menjadi mangsa dlm hal ni,klau x de org2 sawah ni makan roti la org malaysia ni..BERAS kan da naik harga skarang ni,bekalan x tidak mencukupi,tp malaysia mungkin kurang merasai kesusahan ini.jadi berTERIMAKASIHlah kepada petani2 ini kerana mereka kita masih lagi dapat makan nasi campur,nasi goreng kampong,nasi goreng pataya bla bla bla.biggrin

Dalam situasi ni ramai sebenarnya yang serba salah.. sana kita kawan sini kita kawan..jadi kita kawan semua.walaupun berlainan parti tp aku rasa matlamat mereka adalah sama.smile




ashamedayyak menteri beras dan membanting tulang dah bersuara dah..ashamed



__________________

Jangan Pernah Menyerah, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Permalink Closed

klmemekak wrote:

Dalam situasi ni ramai sebenarnya yang serba salah.. sana kita kawan sini kita kawan..jadi kita kawan semua.walaupun berlainan parti tp aku rasa matlamat mereka adalah sama.smile




Yaa.... Sini Kawan, Sana Kawan.... semua kawan! takmau lawan,
kalau korang taknak kawan.... aku tak kira!!.. aku nak kawan gak...
abihh.. takan aku nak ride moto retro sorang-sorang!

KLmemekak!..
cam kenal jer avatar rumah+khemah siap bendera PAS tu jer??...
mlm2 kalau ada lepak2.... jemput aku gak yea!!



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Permalink Closed

zarin wrote:
1- terima kasih sebab hadir meeting aritu. kenalkah tuan hamba dengan saya?winksalam perkenalan..
Salam perkenalan juga dari saya, Saya masih ingat lagi pada mlm lepas meeting tu kita minum kat bandar tasek tuu ramai yg turun sekali.Terutama sekali mamatkapar ni.lu bagus la...very friendly laaaa...
Masa kan saya tidak ingat tuan Prez.... tempat jatuh lagi dikenang... inikan pula muka tuan hamba yg hensem itu!!biggrinbiggrin


bersatu kita ramai , biler ramai kita tu pandai-pandai kita cari parking....
....satu ungkapan peribahasa yg indah dan dalam maknanya!!!evileyeevileye

HIDUP RMR........HIDUP RMR.....HIDUP RMR,,,,,,,,,,yawn.gifyawn.gif
DALAM RMR NI APER-APER MASAALAH PUN BOLIH SELESAI.....BAK KATA DR.SMITH NEVER FEAR SMITH IS HERE....

..tukar laaa.... never fear, RMR is here!!





__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 889
Date:
Permalink Closed

mintak maaf mencelah..sy pn orang br jgak.br belajar nak merangkak je
RMR xde niat untuk memecah belahkn geng2 moto nie..

untuk pengetahuan,bukanlah seorang 2 yang menghadapi masalah dengan pihak pengurusan di pihak sana...tp,dah ramai!sy salah seorang.

memang pada mulanya kebanyakan ahli hanya berdiam diri..tp,semakin diam,semakin menjadi..ingatkan diam bleh menyelesaikan msalah.tp,semakin parah!
habis orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.bila ingin berdamai,hanya seketika sahaja..

bg yang kurang rapat (mintak maaf cakap)
mgkn xtau masalah dalaman yang kami hadapi...

so,minit brganti minit,jam brganti jam,hari brganti hari,bulan brganti bulan,thun brganti thun
maka kami (dikepalai oleh otai 1kt ketika itu) telah bersepakat untuk mencari penyelesaian dengan menubuhkan club br.dan kami tidak memaksa atau menghalang mana2 pihak untuk join club yang mna mereka berminat.sekali lg TIDAK MEMAKSA atau MENGHALANG.

diharap,penubuhan club ini tidak lg menjadi isu...kepada pihak pengurusan,bleh bg pandangan lain...kepada yang tidak bersetuju dengan pandangan sy,akhir kata ammmppppuuuuuuuuuunnnnnnnnnnnn..........

setting by BIG JOHN

__________________



TOYOTA 1JZ 2500 GTE twin turbo (drag) vs TOYOTA 7K 1800 GL (drift)

facebook <wan JZ turbocharge>



Guru

Status: Offline
Posts: 2361
Date:
Permalink Closed

Saya juga bersetuju dengan pendapat dan pandangan Cekgu Wan. Saya juga dulu baru dengan kelab yang satu tu. Banyak mendengar cerita2 orang luar tentang kelab yang satu tu yang tidak menyenangkan. Tapi saya tak hiraukan tentang kata2 orang. Saya tetap aktifkan diri dengan kelab tu.

Bila dah aktif baru saya tau. Betul dengan kata2 orang tu. Da banyak langkah dan cubaan untuk membaiki Kelab tersebut telah saya buat bersama Otai 1kt. Tapi semuanya hampa belaka. Dianggap sebagai tidak di perlukan dan talam dua muka pula tu. Sesuka hati nak buat apa dia suka. Ye la Kelab tu dia yang punya sorang.Kalau dia tak suka dengan orang tu, Kalau kita berkawan juga dia akan anggap sama saje macam orang tu. Pokoknya suka hati dia la nak buat apa. Satu lagi yang paling saya tak suka adalah selalu samakan kawan2 kita dengan BINATANG...Apa ni ko tu siapa????Tuhan tu jadikan makhluknya semua sama saja.Tapi takkan tak tau bezakan MANUSIA dengan BINATANG????


Alhamdulillah dengan tertubuhnya RMR dapatlah kita mengaktifkan diri semula...dengan era permotoran 80an ini. Semoga kita dapat bersefahaman dan bermuafakat bersama2.Insyaallah...HIDUP RMR!!!
biggrinbiggrinbiggrin

__________________
RMR FOREVER....RETRO MALAYSIAN RIDERS


Guru

Status: Offline
Posts: 889
Date:
Permalink Closed

sy stuju dengan abg han...
ntahle..diharap si dia sedar ape yang telah dia lakukan.
trus trang sy katakan,sy pn bkanla baik sangt..
tp,sebagai manusia kita mestila bertolak ansur dan saling memahami..
setiap orang mempunyai fikiran yang berlainan..so,kita kenala faham..
bagi yang xde masalah,bole je kalo nak kwan dengan mereka2 sume2..
RMR tidak pernah menghalang dan tidak sesekali ingin memutuskan tali silaturrahim

setting by BIG JOHN

__________________



TOYOTA 1JZ 2500 GTE twin turbo (drag) vs TOYOTA 7K 1800 GL (drift)

facebook <wan JZ turbocharge>



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Permalink Closed

Harap maaf pada semua yg membaca, tujuan utama bukan lah untuk mengeruhkan balik keadaan.... apatah lagi nak bermain api!.dan mengapi-api kan mana2 pihak..
Untuk pengetahuan anda semua.... pd mesyuarat pertama penubuhan RMR tempohari dan selesai medang/minum di Bdr. Tasek Selatan.(betul ke nama tempat ni?)... kami pun ke Dataran Merdeka dan kebetulan sdr. Mizi ikut serta... disitu saya sendiri mengambil kesempatan bertanya sendiri pd tuan punya diri mengenai situasi ketika itu...( yelah... seeloknya tanya sendiri drpd mendengar kata2 dari org lain!).. dan sdr. Mizi telah pun menerangkan segalanya kepada saya/kami.

Jadi sekali lagi disini... saya ingin meminta maaf pada semua yg membaca (disini...dan disana) kerana saya merasakan selaku tread starter telah semacam mengeruhkan balik keadaan...yg sememangnya tiada niat dihati!.. jadi saya rasa tidak perlu rasanya untuk meneruskan topic ini dan saya harap pihak Moderator menutup dan membuang tread ini sahaja. sekian, harap maklum



-- Edited by MamatKapar at 13:04, 2008-04-26

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Permalink Closed

wanJZgte wrote:

sy stuju dengan abg han...
ntahle..diharap si dia sedar ape yang telah dia lakukan.
trus trang sy katakan,sy pn bkanla baik sangt..
tp
,sebagai manusia kita mestila bertolak ansur dan saling memahami..
setiap orang mempunyai fikiran yang berlainan..so,kita kenala faham..
bagi yang xde masalah,bole je kalo nak kwan dengan mereka2 sume2..
RMR tidak pernah menghalang dan tidak sesekali ingin memutuskan tali silaturrahim

setting by BIG JOHN


inilah yang saya/kami maksudkan dan harapkan dari RMR dan RDclub!


-- Edited by MamatKapar at 13:09, 2008-04-26

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 372
Date:
Permalink Closed

KAMI DI PIHAK PENGURUSAN JUGA TIDAK INGIN MENEGRUHKAN LAGI KEADAAN, KAMI JUGA BERHARAP AGAR PLATFORM YANG KAMI SEDIAKAN INI ADALAH SEBAGAI JALAN UTAMA KEPADA PERPADUAN YANG AMAT DI IMPIKAN OLEH SEMUA PEMILIK JENTERA ERA80AN INI.

KAMI TIDAK MEMAKSA, MERACUN MAHUPUN MENGABURI MATA MANA MANA PIHAK. KAMI INGIN BINA PERPADUAN.


KITA AKHIRI FORUM TOPIK INI DENGAN UMMUL KITAB:
AL-FATIHAH



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard