Farah Alya Ali menunjukkan produk minyak yang dihasilkan daripada sisa plastik di Pilot Plant, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 9 Jun - Sebuah syarikat tempatan, Greenbase Utama Sdn. Bhd. muncul sebagai syarikat pertama di dunia yang berjaya menukar sampah sarap menjadi petrol dan diesel.
Lebih menarik, proses berkenaan tidak menghasilkan bahan buangan kecuali arang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan industri.
Kualiti minyak berkenaan pula menepati standard Euro 4 selain tidak mempunyai unsur sulfur.
Pengerusi Eksekutif Greenbase, Tan Sri Halil Abdul Mutalib berkata, pada masa ini loji pertamanya mampu menghasilkan 5,000 liter minyak daripada lima tan sampah sarap dalam masa sehari.
Katanya, proses berkenaan bermula dengan pemotongan sampah sarap yang boleh diuraikan seperti plastik, kertas dan kayu menjadi kepingan kecil.
''Semua bahan ini akan dimasukkan dalam kebuk khas untuk tempoh yang tertentu dan 80 peratus daripadanya akan ditukar menjadi minyak mentah.
''Selebihnya ia menjadi arang berkualiti tinggi yang tidak menghasilkan asap,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian loji milik Greenbase di Seksyen 28 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Halil berkata, pihaknya mengalu-alukan para pelabur yang berminat untuk menjalinkan kerjasama.
Katanya, industri itu menjanjikan pulangan lumayan dan berdasarkan perkiraan pihaknya, pelaburan antara RM50 ke RM60 juta mampu menghasilkan pulangan RM30 juta dalam masa setahun.
''Kos pengeluarannya amat rendah dan ia membolehkan minyak berkenaan dijual lebih rendah atau setanding dengan harga pasaran,'' katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Halil berharap teknologi yang dimiliki pihaknya dapat mengurangkan beban pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aspek pengurusan bahan buangan yang semakin kritikal.
Sehubungan itu, katanya, Greenbase akan menjalinkan kerjasama dengan PBT untuk memanfaatkan bahan buangan yang akan dilupuskan mereka.
''Dengan ini PBT tidak perlu lagi membuka tapak pelupusan sampah yang baru, lagipun kewujudan tapak pelupusan sampah mengundang pelbagai masalah alam sekitar,'' katan
ape lah yg ada pada nama ape lah yg ada pada gelaran sampai masa kite akan jatuh beringatlah BERMACAM2 RAYBAN DAN AKSESORI RAYBAN UNTUK DIJUAL. PM SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT.
idea yg bernas..marilah warga2 RMR selamatkan dbumi dan alam sekitar kita ini dgn menyahut cabaran dan menjaga alam sekitar kita ini... cukuplah sekadar pencemaran2 asap yg dibuat oleh kita sendri...termasuk den...hahhaa jgn mare sumer...
BAGUS TU...SIKIT ARI ORG2 MALAYSIA LG BYK WT SMPAH..!!!YE LA NK JIMAT KOS BELI MINYAK..YE LA DLU BESI,ALMUNIUM.PLASTIK JE YG DE REGE TP SKRG DH MAJU... BLEH WT DUIT D SMPING SARA IDUP... KRAKEN..MODEL MINYAK TU KO X KENAL KER..BG LA NO TIPON..HU..HU...
BAGUS TU...SIKIT ARI ORG2 MALAYSIA LG BYK WT SMPAH..!!!YE LA NK JIMAT KOS BELI MINYAK..YE LA DLU BESI,ALMUNIUM.PLASTIK JE YG DE REGE TP SKRG DH MAJU... BLEH WT DUIT D SMPING SARA IDUP... KRAKEN..MODEL MINYAK TU KO X KENAL KER..BG LA NO TIPON..HU..HU...
senang je nak mendekati model yg kat atas 2..kumpul je sampah banyak-banyak..