Thread ini adalah tazkirah2 ringkas. Ringkas tapi insyaallah dapat dijadikan renungan, peringatan & panduan bersama. X lama pun nak bacanya.. Sebelum tu sy terangkan dulu maksud tazkirah. Tazkirah : Peringatan ringkas.
(Kuliah Tauhid) "Ramai orang Islam mengabaikan amalan2 soleh kerana mencari sesuatu yang akan hilang darinya". [Kitab Al-Iman]
(Ilmu Tasawuf) "Bila ilmu2 disudut Akhlak tidak diambil berat, maka jadilah perangai seperti kambing, burung merak, keldai & kera."
Kambing sifatnya degil. Burung merak sifatnya ego & bermegah2. Keldai sifatnya bodoh jadi pak turut. Kera pula tak tahu malu & buruk perangai. Wallahu'alam..
(Kuliah FEKAH) "Dakwah datang dari 3 pihak. Dari ALLAH & RasulNya. Dari iblis @ syaitan dan dari manusia yg sesat dari jalan ALLAH." [Kitab Ilmu Dakwah]
(Kuliah Fekah) Doa utk orang2 yg zalim & sombong. "Ya Allah jika sakit itu lebih baik drp sihatnya yg berterusan dgn kezalimannya, maka Engkau sakitkanlah dia, mudah-mudahan dgn sakitnya itu dia bertaubat." [Kitab: HATI2 DOA ORANG TERZALIM]