RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Survey pengguna mengenai kenaikan minyak!!


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Survey pengguna mengenai kenaikan minyak!!


Minyak ohhh minyak
Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal RETRO bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal RETRO yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh."



__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 1327
Date:

Wak Samion dah femes skrang...boleh ajak dia join ride RMR...

__________________

walk the talk



Guru

Status: Offline
Posts: 587
Date:


hadiah yang amat ditunggu2 rakyat malaysia sempena merdeka dan hari raya yang menjelang tiba. terima kasih kerajaan malaysia!

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

alexz wrote:


hadiah yang amat ditunggu2 rakyat malaysia sempena merdeka dan hari raya yang menjelang tiba. terima kasih kerajaan malaysia!




 msti ada sebab tu.......wink



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 632
Date:

ada servey baru mencadangkan,motosikal mesti mengunakan kuasa option...iaitu..pengayuh(mcm basikal) atau pasang layar,kerana..lebih menjimatkan dan untuk kesihatan...ataupon..1 moto naik 5 org..ikut jln dlm...


-- Edited by chamber on Wednesday 9th of September 2009 06:02:22 AM

__________________

biarlambatasalselamat...



Guru

Status: Offline
Posts: 1327
Date:

ape adahal...yang POLICY MAKER di putrajaya semua tu bukan selalu isi minyak motor/kereta pun...mana nak rasa semua ni...
kalau depa singgah petrol pump pun, driver yang akan turun dan tolong isikan....pakai pulak petrol card.mana ada pakai sen.
lalu tol pun pakai smart tag, kenderaan pun disediakan, servis/maintainance pun sama, saman speed trap,tinted gelap semua boleh claim.budget allocation katanya....

mcmana depa nak terasa...duit dalam wallet pun tak sempat nak kempis....bak kata orang kampung...."MAKAN TANGGUNG,BERAK CANGKUNG"

__________________

walk the talk



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

betoi tu en.usyar.......

selalunya kalo ada sesuatu perkara....mesti ada positif & negatif-nya.... smile.gifsmile.gifsmile.gif

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:


1
malaysia
......







semua kena>>>>biggrinbiggrinbiggrin

__________________
fuhh...................



Guru

Status: Offline
Posts: 777
Date:

1 Satu ( Saya Akan Terus Untung )

M malaysia
A akan
L lebih
A aman
Y yaaaa tuan-tuan..
S sekiranya
I ikut
A arahan saya ( kata PM sekarang la... )


Lu pikirlah sendiri.. ( kata Nabil )

__________________
Naik motor biar perlahan, janji kite jadi perhatian.. he..he...




Guru

Status: Offline
Posts: 1728
Date:

chamber wrote:

ada servey baru mencadangkan,motosikal mesti mengunakan kuasa option...iaitu..pengayuh(mcm basikal) atau pasang layar,kerana..lebih menjimatkan dan untuk kesihatan...ataupon..1 moto naik 5 org..ikut jln dlm...


-- Edited by chamber on Wednesday 9th of September 2009 06:02:22 AM



Idea ko mmg bernas chamber...dan rasanya mmg dh ada segelintir remaja telah mempraktikkan moto ni contohnya sila lihat thread PENGUMUMAN TERKINI sambutan hari merdeka 31 ogos..

yeah! itulah dia Club EX5 kayuh Shah Alam telah berjaya mengumpulkan ramai peserta dr sekitar shah alam. hehehe...

 



__________________

Salam persahabatan kepada semua gang2 retro se'antero malaysia......



Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

Idea ko mmg bernas chamber...dan rasanya mmg dh ada segelintir remaja telah mempraktikkan moto ni contohnya sila lihat thread PENGUMUMAN TERKINI sambutan hari merdeka 31 ogos..

yeah! itulah dia Club EX5 kayuh Shah Alam telah berjaya mengumpulkan ramai peserta dr sekitar shah alam. hehehe...

 



juanZ.......

 "Club EX5 kayuh" ni penah masuk majalah ker ???

kalo cmtu,aku pon nak bikin jugak ar kt beskal aku....biggrin



__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard