Terletak sebuah kampung yang jauh dari bandar.Majoriti penduduk kampung itu bekerje kebun atau petani.Nak dijadikan cerita terdapat sepasang suami isteri yang tinggal dikampung itu yang hidup sederhana dan bekerje sabagai penoreh getah..
Seperti biasa Si Suami hendak pergi memotong getah. Si Isteri pula akan menyediakan peralatan Si Suami. Sudah semua peralatan disediakan,Si Suami pun pergilah nak memotong getah.
Si Isteri : "Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!"
Setibanya dikebun getah, Si Suami akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Si Suami berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang dengan hampa.
Si Isteri pun heran kerana Si Suami pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"
Si Suami pun menjawab, "Sejak bila plak kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu yang bertanda 'DILARANG MEMOTONG'."