RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AsaL - uSUl HanTU


Guru

Status: Offline
Posts: 953
Date:
AsaL - uSUl HanTU


Asal usul hantu Ngeri
tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..


1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu
kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari
raya .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di
balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula
di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu
terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk
langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan
seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik
dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan
menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya
dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan
akhirnya ialah 'jerang ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung
dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam
Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti
mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu
menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya
anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar
dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain
anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia
melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu
kampung 'Lari..lari ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik
seperti kurap, panau, kayap dan anu ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka
sangat menipu, senang cerita kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah
dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!


__________________
Ahli Retro Ada Isteri
Suzy Jiwaku!
Die Hard Fan Liverpool!
Selamanya Jiwaku Retro......................!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 375
Date:

hahahahabiggrin.gif siot punye hantu....biggrin.gif

__________________

-tak kan melayu hilang di dunia-



Senior Member

Status: Offline
Posts: 150
Date:

..ceh..hantu punya hantu...bikin gua naik hantu jer..

__________________

*Terokai Zaman Retro*

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard