Baru-baru ni saya ada review Honda CS1 yang cukup hebat di Indonesia dan selang beberapa bulan ia dilancarkan di Indonesia Kawasaki juga memperkenalkan senjata hebatnya bagi kategori itu.
Kawasaki Athlete 125 merupakan saingan sengit mesin Honda itu dengan mempunyai reka bentuk sangat ekstrem dan futuristik. Jika di Malaysia rupanya boleh dikatakan seakan Suzuki Belang 150R namun Kawasaki ini tampak lebih radikal. Bertuah betul peminat-peminat motor di negara jiran kita.
Kalau tak silap saya model ini juga dipasarkan di Filipina dengan nama Fury 125. Namun rakyat Indon bertuah kerana Kawasaki menawarkan pakej istimewa iaitu versi rim sports dan disk break depan belang. Wow! Apakah rahsianya? Kena tanya pihak Kawasaki.
Kuasa Enjin
Kekuatan utama Athlete 125 ini terletak pada enjin 124.6cc sejukan udara yang mempunyai rekabentuk enjin oversquare seperti kebanyakkan superbike. Kelebihan enjin jenis ini dapat mencapai putarab enjin maksimum pada nilai agak tinggi dengan kuasa 9.9 hp pada 8,000 rpm. Seakan hampir sama dengan kuasa Honda Sc1 perghhh!!! Cuma Athlete 125 ini hanya menggunakan transmisi 4 kelajuan.
Sistem Suspensi
Kalau kita perhatikan bahagian kedudukan monosocknya agak radikal seperti model Kawasaki ER-6n. Kedudukan paralel seperti ini dikatakan lebih stabil berbanding menegak. Kedudukan tangki bahan api berada di bahagian hadapan seperti Modenas Excite menambahkan lagi kestabilan Athlete 125.
Sungguhpun begitu di Malaysia hanya menunggu seolah-olah kucing bertanduk mengarapkan nama-nama besar seperti Kawasaki, Honda dan Yamaha membawa masuk model-model cangggih seperti ini. Bukan mesin dah basi dan tak laku di negara-negara jiran barulah bagi rakyat Malaysia rasa.
Spesifikasi Kawasaki Athlete 125
Jenis Enjin : 4 stroke, SOHC 2 valve
Gerek x Lejang : 56.0 x 50.6m
Jumlah Silinder : 1
Isipadu : 124.6cc
Nisbah Mampatan : 9.5:1
Kuasa Maksimum : 9.9 PS @ 8000 RPM
Tork Maksimum : 10.64 Nm @ 4000 RPM
Karburator : Keihin PB 18
Transmisi : 4 kelajuan N-1-2-3-4 (Rotary)
Sistem Nyalaan : DC-CDI
__________________
''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
marwie 3xv 017-3766415 BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)