RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: yamaha tzr50


Guru

Status: Offline
Posts: 6285
Date:
yamaha tzr50



TZR50Berikutan permintaan di kalangan pembaca setia blog motosikal duniamoto.com saya ada membuat sedikit kajian berkenaan model hot di Eropah iaitu Yamaha TZR50. Alamak keciknya kapasiti enjinnya? Ye betul bukan anda salah pandang tapi inilah realitinya.

Model ini dipasarkan pada tahun 2009 untuk penunggang-penunggang baru berjinak-jinak dengan sports bike dan sebagai langkah pertama untuk ke dunia sports sebenar.

Mungkin kita di Malaysia memandang sinis saiz enjinnya yang amak kecil tapi di Eropah remaja di sana berebut-rebut untuk dapatkan motosikal sebegini kerana mereka tidak memerlukan lesen memandu untuk menunggangnya. Jadi tak hairanlah kalau di sana lahirnya pelumba-pelumba hebat seperti Valentino Rossi, Daniel Perdrosa, Marco Melandri dan ramai lagi kerana mereka sejak kecil diasah bakat-bakatnya dengan motor-motor replika sebegini.

TZR50 menggunakan kuasa enjin 2 lejang bersaiz 49.7cc satu silinder menggunakan sejukan cecair. Dengan nisbah mampatan 11.5:1 ia boleh menghasilkan kuasa sekuat 2.68HP pada putaran enjin maksimum 6250RPM. Di samping dapat menghasilkan tenaga tork sekuat 2.87Nm pada 5500RPM.

Menggunakan sistem penghidup eletrik dengan nyalaan CDI, motosikal comel ini memiliki 6 gear untuk memacu tubuh replikanya yang seakan-akan abangnya iaitu Yamaha R1. Apa yang menarik perhatian saya sistem casis yang digunakan menyerupai model Yamaha TZM150 yang pernah meletup di pasaran negara kita pada era 90an.

Yamaha TZR50

Kepada sahabat-sahabat yang masih meyimpan model TZM jangan lupa servey body replika ini untuk dipadankan ke badan TZM anda :) . Boleh convert jadi TZR150 hu..hu..hu

Namun begitu berat motosikal ini dikatakan agak tinggi iaitu 128kg termasuk isian petrol dan pelincir. Isk  larat ke enjin kecik nak bawa ownernya? Hemm belum cuba belum tahu tapi yang nyatanya ia tidaklah sehebat motor-motor 100cc ke atas. Tapi ia dilengkapi dengan sepasang brek disk untuk depan dan belakang memang cun habis motor ni :) .

Sistem kerangka dan suspensi rata-rata dilihat menyerupai spesifikasi model TZM150. Tak perlu dipertikaikan keteguhannya sebab memang sudah lebih dari mampu untuk menampung keseluruhan kuasa yang ada pada TZR50 ini. Isian petrol boleh memuatkan sebanyak 14 liter untuk satu tangki penuh. Lebih kurang kapasiti tangki RXZ dan TZM.

Yamaha TZR50

Di keluarkan dengan dua versi warna iaitu merah dan biru TZR50 ini sudah boleh didapati dipasaran Malaysia dengan jumlah yang sangat terhad. Ini berikutan ia dibawa masuk oleh pengimport-pengimport bebas menjadikannya ia model CBU yang agak tinggi harganya jika dibandingkan dengan model-model lain CKD.

Setakat yang saya tahu TZR50 ini diletakkan harga sebanyak RM15,850 tidak pasti pula adakah ianya termasuk insurans dan cukai jalan (RM2). Namun model spec Euro ini diimport terus dari Jepun oleh mereka. Jadi inilah sedikit info yang boleh saya kongsikan sebagai sumber pengetahuan dan maklumat untuk anda semua.

SPESIFIKASI YAMAHA TZR50

DIMENSI

  • Panjang keseluruhan 2002 mm
  • Lebar keseluruhan 689 mm
  • Tinggi keseluruhan 1105 mm
  • Jarak roda 1341 mm
  • Ruang kelegaan bumi 151 mm
  • Ketinggian tempat duduk 815 mm
  • Berat kering 128 kg
  • Kapasiti tangki minyak 14 liter

ENJIN

  • Jenis 2 lejang,  satu silinder
  • Gerek x Lejang 40.3 x 39.0 mm
  • Sesaran 49.70 cc
  • Nisbah mampatan 11.5 : 1
  • Kuasa Kuda Maksimum 2.0 Kw/2.68HP @ 6250 rpm
  • Tork maksimum 2.87 N.m / 5500 rpm
  • Sistem nyalaan  CDI
  • Sistem penghidupan Penghidup lektrik
  • Sistem sejukan cecair

CASIS

  • Jenis Deltabox
  • Saiz tayar hadapan 100/80 17
  • Saiz tayar belakang 130/70 17
  • Suspensi hadapan Cabang teleskopik
  • Suspensi belakang Penyerap hentak monocross
  • Brek hadapan Cakera tunggal 280 mm
  • Brek belakang Cakera tunggal 220 mm

TRANSMISI

  • Jenis 6 kelajuan
  • Jenis klac - manual pelbagai cakera (basah)
  • Sistem pacuan Pemacu rantai


__________________

''kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"

marwie 3xv      017-3766415
BANGI - PUTRAJAYA - BUKIT MAHKOTA - KUALA PILAH

LEPAK SANTAI RETRO PUTRAJAYA
SETIAP RABU
LOKASI (laman perdana/dataran putra - SEBELAH JABATAN PERDANA MENTERI)
6PM - 12PM

PUTRAJAYA RETRO OWNER CLUB ( PROC)                            

 - tzr250 3XV -



Guru

Status: Offline
Posts: 1157
Date:

kat kedai mana kite leh tgk moto ni?

__________________



Senior Member

Status: Offline
Posts: 440
Date:

ada jual ke motor nih....

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

uihhh...terbaik ni...

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."

mrX


Guru

Status: Offline
Posts: 941
Date:

nak beli gak moto ni...

boleh melaram depan awek kat tanjung dawai time petang2x..

wakaka


__________________
 
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard