Berikutan permintaan di kalangan pembaca setia blog motosikal duniamoto.com saya ada membuat sedikit kajian berkenaan model hot di Eropah iaitu Yamaha TZR50. Alamak keciknya kapasiti enjinnya? Ye betul bukan anda salah pandang tapi inilah realitinya.
Model ini dipasarkan pada tahun 2009 untuk penunggang-penunggang baru berjinak-jinak dengan sports bike dan sebagai langkah pertama untuk ke dunia sports sebenar.
Mungkin kita di Malaysia memandang sinis saiz enjinnya yang amak kecil tapi di Eropah remaja di sana berebut-rebut untuk dapatkan motosikal sebegini kerana mereka tidak memerlukan lesen memandu untuk menunggangnya. Jadi tak hairanlah kalau di sana lahirnya pelumba-pelumba hebat seperti Valentino Rossi, Daniel Perdrosa, Marco Melandri dan ramai lagi kerana mereka sejak kecil diasah bakat-bakatnya dengan motor-motor replika sebegini.
TZR50 menggunakan kuasa enjin 2 lejang bersaiz 49.7cc satu silinder menggunakan sejukan cecair. Dengan nisbah mampatan 11.5:1 ia boleh menghasilkan kuasa sekuat 2.68HP pada putaran enjin maksimum 6250RPM. Di samping dapat menghasilkan tenaga tork sekuat 2.87Nm pada 5500RPM.
Menggunakan sistem penghidup eletrik dengan nyalaan CDI, motosikal comel ini memiliki 6 gear untuk memacu tubuh replikanya yang seakan-akan abangnya iaitu Yamaha R1. Apa yang menarik perhatian saya sistem casis yang digunakan menyerupai model Yamaha TZM150 yang pernah meletup di pasaran negara kita pada era 90an.
Kepada sahabat-sahabat yang masih meyimpan model TZM jangan lupa servey body replika ini untuk dipadankan ke badan TZM anda . Boleh convert jadi TZR150 hu..hu..hu
Namun begitu berat motosikal ini dikatakan agak tinggi iaitu 128kg termasuk isian petrol dan pelincir. Isk larat ke enjin kecik nak bawa ownernya? Hemm belum cuba belum tahu tapi yang nyatanya ia tidaklah sehebat motor-motor 100cc ke atas. Tapi ia dilengkapi dengan sepasang brek disk untuk depan dan belakang memang cun habis motor ni .
Sistem kerangka dan suspensi rata-rata dilihat menyerupai spesifikasi model TZM150. Tak perlu dipertikaikan keteguhannya sebab memang sudah lebih dari mampu untuk menampung keseluruhan kuasa yang ada pada TZR50 ini. Isian petrol boleh memuatkan sebanyak 14 liter untuk satu tangki penuh. Lebih kurang kapasiti tangki RXZ dan TZM.
Di keluarkan dengan dua versi warna iaitu merah dan biru TZR50 ini sudah boleh didapati dipasaran Malaysia dengan jumlah yang sangat terhad. Ini berikutan ia dibawa masuk oleh pengimport-pengimport bebas menjadikannya ia model CBU yang agak tinggi harganya jika dibandingkan dengan model-model lain CKD.
Setakat yang saya tahu TZR50 ini diletakkan harga sebanyak RM15,850 tidak pasti pula adakah ianya termasuk insurans dan cukai jalan (RM2). Namun model spec Euro ini diimport terus dari Jepun oleh mereka. Jadi inilah sedikit info yang boleh saya kongsikan sebagai sumber pengetahuan dan maklumat untuk anda semua.