Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (nama samaran Mamat) kepada wartawan Variasari.
Sewaktu Mamat dalam perjalanan menaiki Kereta untuk pulang ke KL Daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya,
'Anak nak ke mana?'.
Mamat menjawab ringkas, 'KL'
Orang tua itu bertanya lagi, 'Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh'
'Ehm... boleh, sila lah pakcik' dijawab oleh Mamat setelah melihat keadaan orang tua yang memerlukan bantuan dan simpati tambahan hari dah semakin gelap dan hujan mula turun renyai-renyai di hentian..
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Bau harum mula menyerbak didalam kereta Mamat.
Dalam hati Mamat berkata, 'Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ..'
Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, 'Anak nak kaya tak?'
Mamat tersentak dan berkata dalam hati, 'Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?'
Mamat pun jawab, 'Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak'
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Mamat berkata mungkin jawapannya Adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu Tanya lagi,
'Anak nak kaya tak?'
. .
.
.
.
.
. Si mamat jawab serupa yang tadi, 'Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana'.
Bila sampai di Hentian Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, 'Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan Pakcik.' Terima kasih, ya nak.' Lalu orang tua tu turun dari kereta.
Mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, 'Terima kasihlah pakcik' lalu meneruskan perjalanan. Moral dan pengajaran dari cerita tadi, kalau orang nak bagi kaya, mintak dia roti sekali...