RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: nak kaya x?


Senior Member

Status: Offline
Posts: 498
Date:
nak kaya x?


Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (nama samaran Mamat) kepada wartawan Variasari.

Sewaktu Mamat dalam perjalanan menaiki Kereta untuk pulang ke KL Daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang- camping lalu menegurnya,

'Anak nak ke mana?'.

Mamat menjawab ringkas, 'KL'

Orang tua itu bertanya lagi, 'Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh'

'Ehm... boleh, sila lah pakcik' dijawab oleh Mamat setelah melihat keadaan orang tua yang memerlukan bantuan dan simpati tambahan hari dah semakin gelap dan hujan mula turun renyai-renyai di hentian..

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Bau harum mula menyerbak didalam kereta Mamat.


Dalam hati Mamat berkata, 'Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ..'

Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, 'Anak nak kaya tak?'

Mamat tersentak dan berkata dalam hati, 'Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?'

Mamat pun jawab, 'Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak'

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati Mamat berkata mungkin jawapannya Adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu Tanya lagi,

'Anak nak kaya tak?'

.
.

.

.

.

.

.
Si mamat jawab serupa yang tadi, 'Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana'.

Bila sampai di Hentian Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, 'Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan Pakcik.' Terima kasih, ya nak.' Lalu orang tua tu turun dari kereta.

Mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, 'Terima kasihlah pakcik' lalu meneruskan perjalanan. Moral dan pengajaran dari cerita tadi, kalau orang nak bagi kaya, mintak dia roti sekali... 113.gif


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 777
Date:

ceh...
buat seram je..
kui..kui...

__________________
Naik motor biar perlahan, janji kite jadi perhatian.. he..he...




Guru

Status: Offline
Posts: 738
Date:

kah3x..nonononono mat mat.. imaginasi tggi sngt.. cian pak cik pelawa kaya 2 3 kli..

__________________
Yas : 019-2224384  Puncak Jalil
- AR80
- RZ350R


Guru

Status: Offline
Posts: 1813
Date:

cam kenal jer mamat nie...haha...

__________________
Kedai Rahmat Trg dibuka daripada 21-01-2012 Jika ada ingin membeli apa2 sparepart boleh menghubungi saya : 0133299808


Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

pagoh..

dia turun kat flyover exit Pagoh ker ??

hmmmmm...mamat tu lepas dia turunkan pak cik tu..ada tak dia tengok back mirror...

tah tah...hmmm ?

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."



Guru

Status: Offline
Posts: 1813
Date:

han....

__________________
Kedai Rahmat Trg dibuka daripada 21-01-2012 Jika ada ingin membeli apa2 sparepart boleh menghubungi saya : 0133299808


Senior Member

Status: Offline
Posts: 344
Date:

rahmat_trg wrote:

han....




hangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt



__________________
Jadilah kamu seolah-olah orang yang berdagang @ orang yg melintasi jalan...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard