Haji Hasbulah dan Haji Jelani pergi berkhemah di dalam Hutan di Banjar Masin Kalimantan selatan. Mereka berdua ini bijak-bijak belaka.Si haji Hasbullah ni berkelulusan PHD manakala Haji Jelani pula berkelulusan lebih tinggi dari PHD iaitu PPD(Panjat Pokok Durian)..
Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertidur la di dalam khemah tersebut kerna amat keletihan. Beberapa jam kemudian, Haji Hasbullah terbangun dari tidur dan mengejutkan Haji Jelani daripada tidur secara tiba-tiba...
Haji Hasbullah : Jelani, cuba kau pandang di atas dan cuba beritahu apa yang engkau nampak.
Haji Jelani: Aku nampak berjuta-juta bintang la...
Haji Hasbullah: Dan apakah maksudnya itu?
Haji Jelani: *setelah berfikir sejenak*lalu beliau berkata" Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Manakala dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu Maha Berkuasa dan kita ini hanyalah hambanya yang sangat kerdil dan lemah...
Mengapa kau bertanyakan aku soalan yang sedemikian rupa? Apakah maksudnya bagi kau pula?ujar Haji Jelani..
Haji Hasbullah: *Terdiam seketika*. lalu berkata"Buduh la kau ni Jelani!!!!". Ada orang dah curik khemah kita la...
-- Edited by fahme burger on Sunday 23rd of May 2010 11:56:33 AM
hehehehehehe...... dua-dua cerdik.... jwpan yg diberi oleh hj jalani berdasarkan soalan yg diberikan oleh hj hasbulah.... yg kurang kena adalah soalan yg diajukan oleh hj hasbulah....