Helmet kura-kura atau topik keledar separuh muka ni cukup popular di kalangan penunggang motosikal easy rider sebab stail yang sempoi dan ranggi. Bukan setakat tu jer budaya ni menular di kampung2 malah mat2 motor di bandar juga tak ketinggalan.
Dari segi pemakaian memang mudah, semudah memakai kopiah jer. Pastu suka hatilah nak ikat atau tidak. Situasi ni sebenarnya meningkatkan risiko kecederaan dan kematian kemalangan penunggang motosikal.
Ya saya tahu ada yang memandang sinis perkara ni terpulanglah pada u all sebab kepala u all yang dijadikan sandaran. Memang apa2 helmet pun kalau kena lenggek dengan tayar lori kepala memang akan berkecai tapi usaha2 untuk meminimumkan kecedaraan wajib kita patuhi.
Kenyataan di atas masih belum dikuatkuasakan kalau tak silap saya. Sejak dari tahun 2008 Pak Menteri Pengangkutan Jalan dan buka isu ni tapi beliau hanya nyatakan ianya mungkin diharamkan.
Tahun ni pula sekitar bulan Mac 2009 juga telah dicadangkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana tiada ciri2 keselamatan yang menyeluruh. Tapi rasanya sampai hari ni belum ada berita ianya telah dikuatkuasakan. Cuma kedengaran seruan supaya kita memakai topi keledar yang diluluskan olej SIRIM.
Namun bagaimana pula dengan topi keledar separuh yang diimpot adakah ianya berkelulusan sama yang seperti SIRIM inginkan?
Walaua apa pun yang diperdebatkan kita sebagai penunggang motosikal perlu berfikiran positif untuk mengatakan bahawa topi keledar separuh muka memang tidak selamat untuk dipakai.
Tak perlulah sehinggan kita disaman oleh JPJ atau polis baru nak fikir pasal semua tu. Kita berhijrah untuk selamatkan nyawa sendiri lebih baik dari kita mempersoalkan apa yang dicadangkan demi kebaikan kita semua. Anda mampu mengubahnya.