SEGAMAT: Dua sahabat maut pada hari pertama Ramadan dengan seorang daripadanya terbunuh di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas hampir lima jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat selepas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Kampung Jawa petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohd Shadan Mohd Adam, 20, maut selepas lima jam dirawat di ICU Hospital Segamat akibat cedera parah di kepala dan badan manakala rakannya yang membonceng, Mohd Saiful Suhadi, 24, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat cedera parah di seluruh anggota badan.
Menurut sumber polis, motosikal Yamaha RD 250 yang ditunggang Mohd Shadan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan Proton Gen.2 dari arah Felda Medoi menuju ke bandar ini tidak dapat mengelak lalu bergesel dengan motosikal ditunggang mereka.
Katanya, akibat rempuhan itu dua sahabat berkenaan cedera parah dengan Mohd Saiful meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Shadan dikejarkan ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mohd Shadan yang cedera parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 malam tadi (semalam). Jenazah dua sahabat dari Kampung Jawa di sini dihantar ke rumah mayat untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mereka yang melihat kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
AL-FATIHAH buat kedua-dua Arwah.
-- Edited by arraf on Tuesday 2nd of August 2011 11:45:37 AM
pemilik tong kaler putih rim oren adalah mangsa kemalangan jalan raya semalam...
kami dari warga segamat mengucap kan takziah pada keluarga beliau...
INNA LILLAH HI WA INNA LILLAH HI ROJIUN
kenapa lambat bagi info?...
Satu lagi tragedi yg melibatkan rakan2 Retro..
walaupun tak mengenali beliau, namun masih terasa sebak lebih2 lagi melihat gambar..dimana keluarga arwah meratapi pemergian ditempat kejadian. Kejadian yg tak sesiapa pun inginkan lebih2 lagi baru saja kita bermula puasa.... semoga menjadi ikhtibar kepada semua untuk menunggang dgn lebih berhati hati.
Takziah kepada keluarga arwah.
AL-FATIHAH
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!

saya pun tak berapa rapat dengan arwah...
tapi arwah seorang yang support kerana setiap event yang warga segamat pergi atau anjur kan beliau tetap akan menghadirkan diri...
walaupun tak mengenali beliau, namun masih terasa sebak lebih2 lagi melihat gambar..dimana keluarga arwah meratapi pemergian ditempat kejadian. Kejadian yg tak sesiapa pun inginkan lebih2 lagi baru saja kita bermula puasa.... semoga menjadi ikhtibar kepada semua untuk menunggang dgn lebih berhati hati.
PEMBETULAN....bkn pemilik sebnar yg meninggal tetepi adik beliau yg meninggal....harap maklum...
Mungkin adiknya pinjam motor untuk membeli juadah berbuka bersama rakan.
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
Takziah, ...........Alfatiha Allah lebih sayangkan beliau.
Iktibar buat rakan2 yang lain.........berhati2 ketika memandu /menunggang...........mungkin kita betul...tetapi orang lain yang cuai, kada dan kadar. Bagi adik2 yang baru mengenali YP/RD terutama 250-350......berhati2... saya dah melalui pengalaman buruk tersebut. HAnya allah yang tahu rasa hati ni.
Skali lagi salam takziah dari saya sekeluarga. Jasmi