RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Doa Intipati Segala Ibadah


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Doa Intipati Segala Ibadah


Doa Intipati Segala Ibadah

 
Hadith:

RASULULLAH s.a.w bersabda yang maksudnya: "Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak."

Riwayat at-Tirmizi

Huraian Hadith:

Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.


__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 237
Date:

Sambungan...

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan

Menurut satu lagi riwayat, Ketika Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya, mengapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT, padahal kami selalu berdoa kepadanya. Jawab Ibrahim bin Adham, ini kerana hati kamu semua buta disebabkan oleh sepuluh perkara.

Pertama: Kamu mengenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan suruhannya.

Kedua: Kamu menyangka kamu cintakan Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

Ketiga: Kamu membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.

Keempat: Kamu telah makan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.

Kelima: Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam:kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

Ketujuh: Kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak menjauhinya.

Kelapan: Kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

Kesembilan: Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa akan keaiban diri sendiri.

Kesepuluh: Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.



__________________

   11879_457149111031718_69093270_n.jpg

Klik to join>>> https://www.facebook.com/groups/luckystrikearraf/

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard