RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tong Gas Boleh Meletup Di Dapur

Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Tong Gas Boleh Meletup Di Dapur

 p/s :- pada rakan2 yg mengunakan tong gas MOBIL sila lebih berhati hati kerana gas jenis MOBIL tiada mempunyai bau seperti gas kebiasaan yg lain spt BP atau PETRONAS, jadi jika berlaku kebocoran ... anda tidak akan mengetahuinya dan pasti akan terjadi bencana jika api dinyalakan ketika itu. 

Waspada: Risiko Tong Gas Boleh Meletup Di Dapur

download?mid=1%5f52751%5fAGzjimIAAArYTonQDQkyS3r9gHc&pid=2&fid=Inbox&inline=1
Kuala Lumpur - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.

TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.

"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.

Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.

"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.

Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.

Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus. -kosmo

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

Guru

Status: Offline
Posts: 5052
Date:

info berguna..terima kasih

__________________

 " Integration of Colors, Speed & Sound...."

Senior Member

Status: Offline
Posts: 318
Date:

gooood info en.mamat sgt2 berguna....trimaaa kasehhhbiggrin

__________________

tel:017-48ribu25

@mail:aie_kronic@yahoo.com---ahmadsuhairy@rocketmail.com

 ride sana sini bersama RMR....

Guru

Status: Offline
Posts: 1952
Date:

wahhhh! bahayo ni.. kena sport check ni!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

__________________

in memory PBX 540,AR 4476 ... now with BFF 2636  .....Klang / Shah Alam 012-6044007 , 011-31549405

Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

30092011233.JPG30092011234.JPG30092011235.JPG

secara kebetulan kejadian kebocoran gas punca kebakaran jugak telah berlaku di segamat pada 30.09.2011...info yang abg mamat bagi amat lah berguna dan penting..kerana kita mungkin lupa pekara yang sebegini...di atas adalah keadan di terminal bas segamat yang rentung di jilat api punca dari sebuah gerai makan yang mengalami kebocoran gas masak...jadi berhati-hati ketika menguna kan gas masak...

__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...

Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:

tabuan tanah wrote:

yg terjadi pada member saya tu.... sbb GAS tu tak berbau.

pagi tu, isteri beliau nak masak air... so dia petik la dapur gas tu... pastu terus masuk bilik air nak mandi. bila selesai mandi... dia perasan... air tu tak masak lagi sebab dapo gas tu tak nyala... pastu dia petik sekali lagi dapo gas tu..... pastu..... KObaabooooooooo. 3 hari isteri beliau dirawat di hospital sebab melecur.. nasib baik meletup tak berapa kuat.. mungkin sebab gas tu ON tak lama sangat.

sewaktu kejadian, isteri beliau kata...memang tak de bau apa apa.. sbb tu dia petik balik dapor gas tu utk nyalakan api.

kalau gas dulu.... kalau gas keluar kita ada baru...

Gas baru sekarang.... dah takde bau..

jadi harap semua lebih berhati hati.

__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

MamatKapar wrote:

yg terjadi pada member saya tu.... sbb GAS tu tak berbau.

pagi tu, isteri beliau nak masak air... so dia petik la dapur gas tu... pastu terus masuk bilik air nak mandi. bila selesai mandi... dia perasan... air tu tak masak lagi sebab dapo gas tu tak nyala... pastu dia petik sekali lagi dapo gas tu..... pastu..... KObaabooooooooo. 3 hari isteri beliau dirawat di hospital sebab melecur.. nasib baik meletup tak berapa kuat.. mungkin sebab gas tu ON tak lama sangat.

sewaktu kejadian, isteri beliau kata...memang tak de bau apa apa.. sbb tu dia petik balik dapor gas tu utk nyalakan api.

kalau gas dulu.... kalau gas keluar kita ada baru...

Gas baru sekarang.... dah takde bau..

jadi harap semua lebih berhati hati.

 behati hati lah

__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...

Senior Member

Status: Offline
Posts: 246
Date:

very good info..thz for sharing..alhamdulillah,nasib baik beliau selamat..berhati2 lah kawan2 semua..nonono

__________________

...Its MY Life...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard