SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut? DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik aku tak mati.
============ ========= ========= ===== ... SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
============ ========= ========= =====
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas? DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!
============ ========= ========= =====
SAM: Semalam aku nampak hantu! DOL: Uih! kau terkejut tak? SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. DOL: Mana kau tahu? SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
============ ========= ========= =====
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? DOL: Gula dah habis! SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
============ ========= ========= =====
SAM: Aku ada AIDS? mana ada... DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada Aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada Aids. Kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
============ ========= ========= =====
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
============ ========= ========= =====
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita. DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!