Pada hujung 1984, akhbar Mingguan Malaysia/Pancaindera telah mengisytiharkan nama 3 orang artis yang dikatakan paling popular di sepanjang tahun itu.
Tempat pertama Artis Paling Popular 1984 jatuh kepada penyanyi legenda Jamal Abdillah yang ketika itu berusia 25 tahun. Kerjaya Jamal dalam bidang hiburan baru mencecah 5 tahun selepas kemenangannya dalam pertandingan nyanyian Bintang RTM 1979. Selepas merakamkan album pertama pada 1980, Jamal pernah muncul sebagai penyanyi undangan dalam filemToyol pada 1981. Jamal kemudiannya merakamkan 4 buah album lagi di antara 1981 hingga 1984 dengan album terbarunya berjudul Sendiri mendapat sambutan paling hebat. Lakonan pertama Jamal dalam filem Azura telah mengangkat popularitinya ke tahap tertinggi. Filem Azura yang ditayangkan dalam tahun 1984 sebenarnya bukanlah sebuah filem yang bagus, tetapi ia berjaya mencapai status cult dan menjadi pujaan ramai hingga kini. Jamal sebenarnya hanya sempat melakonkan watak Z (Zek) dalam filem itu tetapi malangnya proses rakaman suara untuk watak itu terpaksa dilakukan oleh pelakon lain (adik Jamal sendiri) apabila Jamal telah ditangkap atas kes dadah dan ditahan di pusat pemulihan. Jamal Abdillah sememangnya "paling hangat diperkatakan" pada 1984.
Kereta berjenama Datsun pernah menjadi kereta pilihan ramai rakyat Malaysia sebelum kewujudan jenama tempatan Proton Saga pada 1985. Datsun diiklankan sebagai kereta "ekonomi" yang "menjimatkan". Penyanyi Mazuin Hamzah telah dipilih menjadi model bagi mempromosikan kereta Datsun Pulsar E-Type 1300 yang dipasarkan pada 1982. Mazuin telah dikenali dalam dunia hiburan sejak beliau kecil lagi apabila tampil merakamkan album bersama abangnya, Mazlan Hamzah pada sekitar pertengahan 1970-an. Mereka berdua kemudiannya menjadi popular sejak muncul dalam sebuah kumpulan muzik bernama Quinary M pada awal 1980-an. Sebelum itu Mazuin juga pernah berlakon dalam filemCeritaku Ceritamu pada 1979. Dalam iklan kereta Datsun di atas, kelihatan Mazuin sedang melambaikan tangannya, mungkinkah beliau berkata "Hai! Belilah kereta Datsun!!"?
Brick Game adalah nama sejenis permainan video mudah alih (menggunakan bateri) yang digemari ramai di Malaysia pada sekitar awal 1990-an. Permainan tersebut dengan nama asalnya Tetris telah lebih dulu popular kepada pengguna komputer di mana ia dimainkan melalui penggunaan cakera liut bersaiz 5.25 inci yang perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer. Format permainan asal sebegitu mungkin hanya digemari oleh pengguna komputer yang mahir. Peminat permainan video di Malaysia pula lebih awal mengenali permainan Tetris pada hujung 1980-an melalui mesin permainan video bersaiz besar yang hanya terdapat di pusat permainan video, di mana setiap mesin perlu dimasukkan wang syiling 20 sen sebelum ia boleh digunakan. Apabila format permainan mudah alih Brick Game pula muncul di pasaran, ia berjaya mendapat perhatian ramai dalam waktu yang singkat. Peraturan permainannya yang sangat mudah untuk difahami dan dikawal menyebabkannya mendapat perhatian daripada semua golongan masyarakat, tidak kira orang tua atau muda. Permainan video mudah alih tersebut juga dijual dengan murah di merata tempat termasuk di pasar malam. Mendapat blok panjang yang mampu memadamkan 4 baris blok sekaligus merupakan suatu kepuasan ketika itu, apatah lagi apabila blok panjang muncul berturut-turut apabila anda begitu memerlukannya.
Foto: Tiga orang anggota kumpulan Search sedang asyik menaip mesej? Tidak! SMS belum wujud dan tiada telefon bimbit senipis itu pada 1992. Masa untuk Brick Game sementara menunggu konsert bermula.
Pada awal tahun 1970-an, syarikat Lever Brothers di Malaysia telah mengeluarkan sabun mandi berjenama Gayla! Dari mana asal usul perkataan gayla? Sudah tentu bukan daripada bahasa Melayu, malah bukan juga daripada bahasa Inggeris. Kemungkinan besar nama Gayla adalah hasil daripada gabungan perkataan bahasa Inggeris, Gay, dengan perkataan bahasa Melayu, La (sebutan ringkas untuk Lah)
Pada tahun 1970-an di Malaysia, perkataan gay tidak lebih daripada sekadar membawa maksud riang dan gembira seperti mana yang tergambar pada wajah model iklan sabun Gayla ini. Model perempuan tersebut juga digambarkan dalam keadaan berbogel, dan iklan ini disiarkan dalam majalah Wanita keluaran Januari 1974. Nombor siri kelulusan iklan ini pada penjuru kiri bawah tertulis "GAY/1/M"
Apabila membandingkan dengan situasi zaman sekarang, penerbitan iklan sebegini pastinya akan menjadi suatu isu hangat, malah pengeluar produk juga pastinya akan berfikir banyak kali sebelum menggunakan jenama dan paparan sebegini, bukan hanya kerana maksud gay kini secara umumnya merujuk kepada sifat homoseksual (yang berkonotasi negatif pada masyarakat umum, malah akan mengecilkan skop pasaran produk kepada golongan tertentu?), tetapi juga kerana paparan gambar bogel pada iklan dalam media cetak telah dilarang sama sekali. Walaupun kita tahu bahawa semua orang kini boleh melihat gambar bogel yang lebih hebat daripada dalam iklan ini dengan mudah melalui internet, tetapi pastinya tidak ramai daripada kita yang merasakan perlu untuk mengatakan bahawa perbuatan kita itu okey.
"Gayla - kesegaran dingin ais yang anda benar-benar nikmati"
Aliph ialah suatu jenama kasut sukan dan kasual buatan Malaysia yang terkenal pada dekad 1980-an. Pengeluar jenama Aliph iaitu Sime Darby Footwear Sdn Bhd pernah menaja kasut Aliph untuk digunakan (sebagai product placement) dalam penggambaran beberapa buah filem tempatan seperti Rozana Cinta '87, Jejaka Perasan & Ragam Pemandu.
Kasut Aliph juga menjadi kegemaran ramai artis rock tempatan sehingga tercetusnya jenama Aliph Search pada sekitar 1987 yang dipercayai merupakan kasut pertama yang meletakkan nama artis tempatan (iaitu kumpulan Search) sebagai sebahagian daripada nama produk. Selepas itu, kumpulan Lefthanded juga pernah bekerjasama dalam memasarkan rekabentuk terbaru kasut Aliph. Gandingan jenama kasut dengan ikon muzik diketahui menjadi antara strategi pemasaran yang popular, contohnya kasut jenama antarabangsa LA Gear pernah bergandingan dengan Michael Jackson & Ella pada penghujung dekad 1980-an, malah di pasaran terkini juga terdapat pelbagai rekabentuk kasut jenama Converse - Metallica & Black Sabbath atau kasut jenama Vans - Iron Maiden & Slayer umpamanya.
Dalam tahun 2007, selepas menerbitkan beberapa keping gambar dan sedikit cerita mengenai kasut Aliph di dalam laman web MuzikRock.com, saya cuba menjejak semula saki baki peninggalan jenama Aliph ini yang sudah tidak lagi dikeluarkan sejak pertengahan dekad 1990-an. Dua pasang kasut Aliph baru (stok lama) akhirnya berjaya dibeli dengan harga di bawah RM100.
Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada barangan jualan di salah sebuah kedai barangan terpakai di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Dapat dilihat kasut Aliph berwarna hitam itu ditandakan dengan harga RM220 sepasang, manakala kasut Aliph berwarna putih/biru di sebelah kanan pula berharga RM300 sepasang! Sebagai perbandingan, harga asal sepasang kasut-kasut tersebut ketika dikeluarkan lebih 15 tahun dahulu cuma sekitar RM30 ke RM45 sahaja.
Pada masa kini pula tidak mengejutkan lagi sekiranya terlihat kasut Aliph terpakai diniagakan misalnya dalam pasaran Mudah.my dengan harga sekitar RM500 sepasang. Melalui perkenalan dengan beberapa orang penggemar kasut Aliph, maklumat yang didapati bahawa ada di antara mereka yang membeli kasut Aliph stok lama yang belum digunakan dengan harga hampir RM700 sepasang!
Jenama Aliph kembali popular: Top Ten Sneaks and Music Collaboration (ShiftyMag issue #4, August 2009) Gila kasut Aliph (Metro Ahad, 13 Jun 2010) Mohd Nazari collects shoes of rock stars for the fun of it (The Star, 12 October 2010)
Maklumat tambahan: Pada pertengahan tahun 2010, Sime Darby telah mengeluarkan minyak masak dengan jenama Alif.
terbaekk Apisss!!!.... bilo ekau nak lepak balik Sec 7.... rindu raaaaa... huhuhu!!
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!
Sebagai seorang selebriti terkenal, mengiklankan jenama atau barangan jualan adalah antara tugas-tugas khas yang sering ditawarkan kepada mereka. Bagi selebriti sukan, apa yang mereka makan tentu orang lain ingin makan, dan apa yang mereka minum tentu menyihatkan dan memberi tenaga dalam bersukan.
Pemain bolasepak legenda, Mohktar Dahari, mencapai kemuncak popularitinya pada 1983 apabila dijemput berlakon watak istimewa dalam filem Mekanik. Ramai orang berpusu-pusu mahu melihat Mokhtar muncul di layar perak. Selain itu pada tahun yang sama Mokhtar turut dipilih untuk mengiklankan sejenis barangan, iaitu susu!
Susu berjenama Frisiana - "Susu tepung penuh krim", "Khasiat dari Holland", "Baik untuk yang sedang membesar. Baik untuk dewasa"
Pada 1984, rangkaian restoran makanan segera terkenal antarabangsa, McDonald's cawangan Malaysia, mula memperkenalkan minuman milkshake perisa durian! Menurut laporan, "minuman istimewa" tersebut dicipta dan diuji oleh pakar masak McDonald's dan mendapat pengesahan daripada Encik Arend iaitu Ketua Tukang Masak Eksekutif McDonald's di Illinois, Amerika. Minuman milkshake perisa durian itu dikatakan "memenuhi keperluan tempatan dan dalam waktu yang sama untuk membangkitkan suasana keMalaysiaan". Pengarah Urusan McDonald's Malaysia ketika itu, Encik Vincent Tan berpendapat minuman tersebut "sesuai dengan selera tempatan dan berkemungkinan menjadi minuman berpotensi di negara ini"
Ketiadaan minuman milkshake perisa durian pada masa kini membuktikan yang ia sebenarnya tidaklah berpotensi langsung untuk mendapat sambutan ramai pada jangka masa panjang, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa durian masih lagi mengekalkan gelarannya dari dulu hingga kini sebagai "raja buah-buahan tempatan". Cuma, mungkin, kombinasi milkshake dengan durian bukanlah sesuatu yang McDonald's mampu untuk pasarkan secara meluas hingga ke luar negara. Bila difikirkan dengan mendalam, kombinasi durian dengan apa-apa jenis minuman pun sebenarnya tidak pernah dan tidak akan menjadi suatu idea yang baik. "Bos, minum?" "Bagi air durian O ais kurang manis satu" "... (pengsan)"
Kumpulan 4U2C pernah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular (Anugerah Bintang Popular) pada 1993. Keputusan itu tidak mengejutkan kerana mereka sememangnya sangat popular ketika itu. Tahun itu menyaksikan berakhirnya penguasaan kumpulan rock dalam kategori tersebut sejak pertandingan itu dimulakan pada 1987 yang ketika itu dimenangi oleh kumpulan Search. Untuk pengetahuan, tahun 1988 dimenangi oleh Gersang, 1989 Search, 1990 & 1991 Iklim, 1992 Fotograf.
Pada 1994 4U2C telah mengeluarkan album ketiga mereka berjudul 2BD#1 (To Be The Number One) dan mereka bersaing hebat dengan kumpulan KRU yang mengeluarkan album mini Awas!. Sementara KRU disambar oleh syarikat filem untuk menjadi pelakon, 4U2C pula disambar oleh syarikat pengeluar minuman SBM Trading Sdn Bhd untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama RAP.
Generasi pertama 4U2C hanya sempat bertahan setahun saja lagi pada 1995 di mana tahun itu mereka dibayangi oleh populariti KRU yang hadir dengan filem dan album soundtrack Awas!. Empat anggota asal 4U2C telah menarik diri termasuk Joe yang kemudiannya berjaya mengeluarkan album solo berjudul Bang! pada 1996. Anggota yang tinggal termasuk AC terpaksa mencari barisan anggota yang baru dan membentuk 4U2C generasi kedua yang sempat mengeluarkan album terakhir berjudul Kembalilah Fiona pada 1996 sebelum arena muzik Malaysia mula dilanda demam muzik alternatif pula
Sejenis minyak rambut yang tidaklah terkenal atau diiklankan secara meluas ketika itu (penghujung dekad 1980-an, awal dekad 1990-an). Namun jenama Poken ini yang berbentuk krim padat berwarna hijau mempunyai pengikutnya yang tersendiri walaupun terdapat juga yang tidak menggemarinya kerana bau wangiannya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas "besi" tidak seperti jenama-jenama lain yang lebih terkenal, ia banyak dijual di kedai runcit, pasar malam, mahu pun supermarket. Kini tidak ramai lagi yang menggayakan rambut mereka dengan "minyak" sebegini yang telah pun dianggap ketinggalan zaman
minyak poken kalu pakai banyak2 boleh jadi mcm wax.... stail rambut takkan berubah.... tapi takla keras mcm pakai gel... nak ubah stail pun anytime, selagi tak mandi boleh lagi ubah stail.....
Pada awal tahun 1970-an, syarikat Lever Brothers di Malaysia telah mengeluarkan sabun mandi berjenama Gayla! Dari mana asal usul perkataan gayla? Sudah tentu bukan daripada bahasa Melayu, malah bukan juga daripada bahasa Inggeris. Kemungkinan besar nama Gayla adalah hasil daripada gabungan perkataan bahasa Inggeris, Gay, dengan perkataan bahasa Melayu, La (sebutan ringkas untuk Lah)
Pada tahun 1970-an di Malaysia, perkataan gay tidak lebih daripada sekadar membawa maksud riang dan gembira seperti mana yang tergambar pada wajah model iklan sabun Gayla ini. Model perempuan tersebut juga digambarkan dalam keadaan berbogel, dan iklan ini disiarkan dalam majalah Wanita keluaran Januari 1974. Nombor siri kelulusan iklan ini pada penjuru kiri bawah tertulis "GAY/1/M"
Apabila membandingkan dengan situasi zaman sekarang, penerbitan iklan sebegini pastinya akan menjadi suatu isu hangat, malah pengeluar produk juga pastinya akan berfikir banyak kali sebelum menggunakan jenama dan paparan sebegini, bukan hanya kerana maksud gay kini secara umumnya merujuk kepada sifat homoseksual (yang berkonotasi negatif pada masyarakat umum, malah akan mengecilkan skop pasaran produk kepada golongan tertentu?), tetapi juga kerana paparan gambar bogel pada iklan dalam media cetak telah dilarang sama sekali. Walaupun kita tahu bahawa semua orang kini boleh melihat gambar bogel yang lebih hebat daripada dalam iklan ini dengan mudah melalui internet, tetapi pastinya tidak ramai daripada kita yang merasakan perlu untuk mengatakan bahawa perbuatan kita itu okey.
"Gayla - kesegaran dingin ais yang anda benar-benar nikmati"
iklan ni lah punyanya aku pandai main sabun dibilik mandi dulu!!...
Sabunnnnn di bilik mandi sabuunnnnnnn!!!!!
Sabunnnnn di bilik mandi sabuunnnnnnn!!!!!
Sabunnnnn di bilik mandi sabuunnnnnnn!!!!!
__________________
Lepak SANTAI MAT NEGRO!! ------------------------------- Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!. Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM call aku - 019-6003900...!!