RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Arkib negara - Servis Sidek diharamkan (1982)


Guru

Status: Offline
Posts: 12639
Date:
Arkib negara - Servis Sidek diharamkan (1982)


Servis Sidek diharamkan (1982)

 
Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya


__________________

 Lepak SANTAI MAT NEGRO!!
-------------------------------

Setiap RABU 5.30 ptg - SEc. 7 baru!!... belakang KFC pintu masuk UITM!!.
Setiap Jumaat 10.30 mlm - Pekan KAPAR!..selepas MOBIL
Setiap Sabtu atau Ahad - Ada Ride RMR!!..JOMM
call aku  - 019-6003900...!! 
laughing.gif

 



Guru

Status: Offline
Posts: 632
Date:

aku ingat bengkel servis moto sidek?

__________________

biarlambatasalselamat...



Guru

Status: Offline
Posts: 534
Date:

ade bengkel membuat batu bata kt depan uma anak2 sidek...bleh la oder....anak banting mst taw...

__________________
017-2792194 / 013-4061057......
ilmu tanpa amal ibarat pohon yg tidak berbuah.....


Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Anak-Anak_Sidek_2.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

viig_sidek-bros.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Anak-anak_Sidek_logo.gif



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Anak-Anak Sidek.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Tahniah kepada Misbun Sidek, jurulatih Badminton negara di atas pengurniaan gelaran Darjah Kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sesungguhnya jasa Misbun memang tidak dinafikan kerana sejak 30 tahun dahulu beliau memperhambakan diri kepada negara dalam acara Badminton sebagai pemain dan jurulatih.

Beliau pernah mengharumkan nama negara di arena antarabangsa dengan gelaran Juara dalam kejohanan bertaraf dunia.

BIODATA DATUK MISBUN SIDEK

Tarikh/Tempat Lahir : 17 Februari 1960 / Banting, Selangor

Jawatan *Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002)

*Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1 Januari hingga sekarang)

*Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004)

*Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia(Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang)

Email : misbunsidek007@yahoo.com.my

PENCAPAIAN

1980 Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta

1981 Juara Perseorangan Terbuka Jerman
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila

1982 Juara Perseorangan Terbuka Sweden
Naib Juara Perseorangan Piala Dunia
Semi Finalis Perseorangan All England
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1983 Juara Perseorangan Terbuka Jerman
Juara Perseorangan Terbuka Sweden
Juara Perseorangan Terbuka Kanada
Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia
Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex

1985 Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1986 Juara Perseorangan Terbuka Malaysia
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1987 Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei
Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore)
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1988 Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia

1990 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1992 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1994 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1996 Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta.
1998 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
2000 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia

2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki, berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia.
Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia
Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor
Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara

2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen

2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA

2006 Tenaga Jurulatih Piala Thomas Malaysia
Tenaga Jurulatih Malaysia ke Sukan Asia, Doha



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

su_07_1.jpg      

pewaris servis sidek...



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...



Guru

Status: Offline
Posts: 934
Date:

Misbun_1984.jpg



__________________

kalau kita ingat orang...orang akan ingat kita...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard