RETRO MALAYSIAN RIDERS

Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KEILMUAN DAN AMALAN


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
KEILMUAN DAN AMALAN


Maka adalah perlu
mempelajari ilmu Usuluddin
Tauhid serta Asas fardhu ain
Fekah sebelum Ilmu Hakikat,
Makrifat Tasauf.
Imam Malik r.a mengungkap:
"Siapa mempelajari tasauf
tanpa fekah, dia kafir zindik,
Siapa yang mempelajari fekah
tanpa tasauf, dia fasiq,
Siapa yang menghimpunkan
kedue-duanya nescaya dia
tahkik."
Ibnu Ajibah berkata:
"Orang yang mempelajari
tasauf tanpa fekah
menjadikafir zindik kerana dia
mengucap dengan cara
terpaksa tanpa mengetahui
hikmah dan hukum-hukumnya.
Manakala orang yang belajar
fekah sahaja tanpa tasauf
menjadi fasik kerana dia
beramal tanpa memberikan
sepenuh tumpuan, hati dan
perasaannya kepa.da Allah.
Ini menyebabkan amalannya
tidak ikhlas."
Perlulah di ketahui
bahawasanya ilmu Tasauf itu
cenderung kepada akhlak dan
perkara-perkara batin. Ianya
banyak membincangkan
tentang perkara-perkara yang
ghaib, yakni yang tidak
terzahir melalui pandanngan
mata zahir. Suatu ilmu yang
tidak di perolehi dengan
bacaan kitab, bahkan ianya
hanya berkehendakkan
praktikal semata-mata.,
barulah dapat merasainya.
Justeru, barangsiapa yang
ingin mempepalajari ilmu
Tasauf, tidak dapat tidak,
kenalah menghabiskan juga
ilmu fardhu ain yang lain yang
berkaitan dengan ibadah, dan
tauhid kita, agar ibadah dan
iktiqad kita di terima oleh
Allah mengikut hukum yang di
tetapkan ulama fekah, dan
ulama usuluddin, agar kita
tidak terpesong dari aqidah
ahli Sunnah wal jamaah.
Ini kerana, barang yang
terkandung di dalam ilmu
Tasauf banyak
membincangkan hal-hal
perkara yang tidak ternampak
oleh pandangan mata zahir, di
takuti kita terdpedaya dengan
bisikan dan hasutan dari
syaitan dan nafsu. Bahkan
ilmu fekah dan Usuluddin
jugalah yang turut membantu
kita dalam memagari tipu
daya syaitan di dalam
bertasauf. Sedangkan yang
menyelamatkan kita semua
hakikatnya adalah Allah,
namun asbabnya Ilmu. Yakni
ilmu yang di wajibkan oleh
Islam untuk mempelajarinya
atas tiap-tiap seorang Islam
yang mukallah. Ilmu fardhu
ain.
Di samping itu, nasihat Syeikh
kami juga, perlulah di ambil
berat juga tentang ilmu tajwid
dan makhraj bacaan yang
selalu kita amalkan ketika
bacaan solat dan ibadah yang
berkaitan dengannya, agar
kita tahu dan yakin bacaan
yang kita amalkan di dalam
solat itu seperti yang di
inginkan syariat Islam.
Kerana, bacaan yang
terkandung di dalam solat ada
yang menjadi rukun di dalam
sembahyang, apabila tidak sah
bacaan rukun tersebut, tidak
sah jugalah rukun qauli
tersebut. Dan apabila tidak
sah salah satu rukun daripada
rukun sembahyang maka tidak
sah jugalah sembahyang.
Namun, syariat kita tidaklah
memberati cara bacaan
mestilah persis dan sempurna
seperti lidah orang Arab,
hanyalah jangan sampai lari
makna bacaan kita dalam
solat tersebut. Dan ini tak
dapat tidak juga wajib
mempelajarinya setakat yang
di wajibkan syarak.
Kata Syeikh al-Darqawi dalam
risalahnya kepada muridnya:
Jikalau engkau
mengkehendaki perjalananmu
di pendekkan supaya segera
engkau sampai kepada tahkik
atau mencapai kesedaran
rohaniah, maka hendaklah
engkau berpegang teguh
kepada segala amalan yang
fardhu dan kepada seagala
amalan yang sunat.
Pelajarilah ilmu zahir setakat
yang tak dapat tidak (yakni
fardhu ain) untuk beribadat
kepada Allah, tetapi jangan
belengah-lengah
menghabiskan waktu padanya,
kerana engkau tiada di
kehendaki mempelajarinya
secara mendalam, apa yang
perlu bagimu ialah bahawa
engkau memperdalami ilmu
batin (ilmu selok belok hati
atau ilmu jalan ke akhirat
atau ilmu tasauf). Lawanlah
hawa nafsumu, nescaya
engkau kan melihat pelbagai
keajaiban. Budi pekerti yang
mulia tiada lain melainkan
tasauf kaum sufi,
sebagaimana ianya agama
bagi orang yang berpegang
kepada agama. Semoga
laknat Allah akan ditimpakan ke atas
orang-orang yang berdusta.
Wallahualam.
Wassalam.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.



Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard