maka telah pun di riwayatkan oleh seorang panglima
yang telah menerima kejayaan yang berganda
hasil kenaikan kelapa sawit dan juga jagung taiwan.
Ada pun,nenek saudara si panglima itu yang merupakan emak saudara kepada Jimi Hendrix,telah pun bercerita kepada ayah angkat si arwah Micheal Jackson perihal riwayat
yang telah di ceritakan oleh panglima itu.
Oleh kerana panglima itu tidak tahu memasak maggi perasa tom yam,maka beliau telah muntah2 dan pening2 kerana menahan lapar dan dahaga serta mengidam kan maggi tom yam itu..
lalu kerana kasihan kesihatan si panglima itu,maka makcik drebar bas sekolah budak2 di damansara damai itu pun memasakkan maggi perasa tom yam itu buat si panglima yang benar keuzuran itu..
Oleh kerana bau masakan maggi tom yam itu benar2 menusuk kalbu,lalu sepantas kilat yang menyambar ke bumi,abang jaga sekolah itu telah meragut kan maggi itu dari tangan si makcik drebar bas sekolah itu..
dan maggi tom yam itu telah tertumpah hingga mengakibatkan kemalangan yang sungguh ngeri dimana komuter dan bas intrakota telah tergelincir serta menghempap kaki pak leman yang sedang mengayuh basikal Fixie berwarna hijau itu..
lalu basikal fixie itu pula telah terjatuh ke tangan pengganas Sulu hingga berlaku peperangan di lahad datu itu sambil mereka berjuang habis habisan sehingga habis segala maggi perasa tom yam dan perasa asam laksa menjadi mangsa kerakusan penebangan
hutan secara terbuka dan mengakibatkan ketidak seimbangan ekosistem khatulistiwa.
oleh yang demikian,menurut wakil pemberita dari Gua tempurung telah melaporkan bahawa hasil risikan mereka selama ini mendapati bahawa rakan si panglima itu ingin menjual sebuah motorsikal lama berjenama honda
dan tanpa berlengah masa,anda saksikan lah sendiri motorsikal Honda tersebut:
bukan yang ini yob...
ini sahabat baik si panglima tu..
dan awek yang cun ini belum berpunya lagi dan beliau cukup minat memakan tapai pulut buatan makcik wok..
yang ini lagi bukan,yang ini kerbau si pak meon yang dilaporkan hilang tu..
dengar cerita kerbau ni dah berlepas ke Alaska,bercuti sambil ziarah kaum keluarga nya yang lain di sana..
maka,inilah motor honda nya
Keluaran Tahun 1983
enjin lancar dan senyap
baru satu tangan dari awal..
minyak jimat bukan main..
telah direstorasi sepenuhnya oleh Encik Fahme Burger memerangkap ahli biasa pengakap sekolah jenis kebangsaan tamil
Cukai jalan baru sahaja di hidupkan sehingga April 2014
Enjin baik dan lancar
banyak parts telah di tukar baru
cukup bergaya dibawa pergi ke masjid,ceramah,memancing dan mengorat awek2 yang kerja di Mcdonald bak kata encik Nasir tu..
Harga:Rm1899 sahaja..boleh dirunding
Lokasi:Warik BanBan Custom & Restoration Garage Teluk Intan