peristiwa berlaku di tahun Gajah yang asyik dok mengawan
ianya berkisar perihal seorang tukang kasut yang miskin namun berbudi bahasa serta pandai pula membasuh kain menggunakan sabun cap kilat.
Ada pun,si tukang kasut ini mempunyai suara yang amat bagus..
mungkin setanding peserta Kilauan emas Polident dan peserta pertandingan suara warga emas peringkat kebangsaan.
Namun walaupun suara nya begitu baik dan merdu,ia sering kalah pada seorang pemuda yang bengis dan huduh namun mempunyai vokal suara yang begitu tinggi.
Pemuda yang bengis dan huduh itu pula mempunyai sebuah lori pikap berwarna kuning..
dan lori pikap itu pula asyik dok melepak ajer kerjanya..
ini kerana pemuda itu begitu sibuk dengan perihal dunia dan akhirat sehingga kadangkala terlupa yang ianya mempunyai lori pikap dan juga mesin basuh automatik keluaran syarikat dari negara Taiwan.
Ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai masalah penglihatan dan juga kekurangan hormon Estrogen dan telah di nasihatkan oleh beberapa orang doktor terlatih daripada beberapa Zoo yang terkenal di
seluruh dunia dan asia tenggara.
Mereka menyarankan agar beliau menjalani terapi elektron voltron Transformer Gaban Kamen Riders dimana terapi itu memerlukan beliau menunggang sebuah motorsikal keluaran Yamaha yang lama
mengelilingi pulau pangkor dan juga pulau Karimon di Indonesia.
Maka beliau memberitahu pada pihak pemberita bahawa jika ada sesiapa yang mahu pertukaran lori pikap beliau dengan motorsikal Yamaha RD250 YPVS,boleh lah menghubungi beliau..
Dan syarat hendaklah motorsikal itu berada di dalam keadaan tip top condition yakni hensem lah dan setampan pelakon Johnny Depp waktu muda..
lalu tanpa membuang masa dan membuang pampers merata-rata,anda saksikanlah lori pikap itu sambil mengunyah mee goreng mamak dan ayor sirap cincau yang kurang manis:
Jangan jadikan tempat solat untuk kita melepaskan mengantuk yang ada..ini nasihat si tukang kasut tu
Kebersihan itu adalah satu ibadat..Ini pesanan oleh seorang Imam di sebuah masjid di selatan India..Beliau suka menghisap rokok Suria dan juga cendol pulut buatan makcik Kiah..
Yang ini pula stor simpanan sahabat si tukang kasut...Dengor ceritanya stor ni udah di runtuhkan kerna angkara pembangunan yang dirancangkan oleh pembangunan luar bandar...
beginilah rupa pikap itu...tapi taklah hensem sangat..
Ini rupa interior dia...tapi stereng tidak disertakan sekali..akan diberi stereng yang lain..banyak kenangan stereng ni...
Engkomer fikir dulu..yang mana rasa teruja sangat,boleh menghubungi pemuda itu di talian 011-29550 900..jangan di sms dan sms tidak akan dilayan sama sekali!!!
Lori ini pernah berkonvoi dari Teluk Intan ke Alor setar,Teluk Intan ke Terminal Bersepadu Selatan Cheras tanpa sebarang masalah..
Kalau nak ke Burma pun insyAllah sampai,takut pinggang engkomer ajer yang tak tahan..Lenguh yob...
bila dah lenguh,terpaksa pula berkunjung ke Kedai2 urut tapak kaki yang udah tumbuh bagai bak cendawan di sebuah negara yang agama rasmi nya ialah agama islam..
Cukai jalan masih hidup hingga bulan 11 ni..
Geran baru atas nama pemuda itu..
Jadi,terserah pada yang berminat..
Syarat nya adalah seperti berikut:
Yamaha RD250YPVS
no plat Wilayah(pilihan utama)
Motor kena tip top condition
Cukai jalan dan geran serta pertukaran nama tiada masalah
Body ketuk,enjin ketuk di reject sama sekali..
berminat,call 011-29550 900
nama pemuda yang huduh dan bengis itu ialah Encik Fahme Burger
Lokasi:Teluk Intan
Reason nak jual:dah ada lori baru dan nak menambahkan bilangan motor2 yang ada...