Sebulan cari pakar yang sanggup bedah mesin ni. Bukan sakit teruk pun cuma enjin jem sebab tak dihidupkan lebih dari 3 tahun. Ada pakar otai bedah Honda kat Tanjung tapi dah nak pencen pulak katanya dan ada yang tak berani ambik risiko. Ada member sanggup buat tapi aku pulak takut sangkut tak dak sparepart.
Akhirnya jumpa pakar yang sanggup bedah mesin ni dan boleh modified kat BM. Hantar tengah bulan 9 dalam masa 2 minggu moto ni dah bernyawa semula. Alhamdulillah. Katanya cari piston kat Sg Petani kedai lama2 yang masih simpan sparepart NOS. Piston saiz 100. CDI tak ada problem langsung. Aku dah test bawa moto ni naik bukit BM (halfway saja). Fuhh tuhan saja tahu betapa kagumnya aku pada moto purbasourus ni.
Enjin dah ok, sekarang proses mekap bedak gincu pulak. Tunggu post make up nanti. Wassalam...
Jijan, ko cat sendiri ke? Aku ingat nak cat tahitian red tank moto tu, frame hitam. macam, kau punya. warna asal putih, frame merah.
cuma masalah tank ada karat sikit bahagaian bawah tepi seat. boleh welding sikit kot.
Satu lagi nak minta pendapat kau seat aku ni bahagian tepi-tepi ni karat banyak dan dah relai, ada apa cara nak welding ke atau fiber glass sahaja. seat susah cari baru, memang takada pun.
-- Edited by pidicoco on Wednesday 16th of October 2013 08:56:19 AM
rangka kwn saya yg sembr, tank ngan cover owner lama bikin cat, saja xnk tkr biar mtr ada identiti sndiri.. heheh
seat t elok abg anta wat fiber bleh bat mold skali...
kala skit2 je weld blk pon boleh.... :)